Bawa Usul Keluar Pn Ke Perhimpunan Agung Umno Ada Risiko Buat Zahid Hamidi




Seorang pemimpin Bersatu hanya tertawa kecil dengan keputusan mesyuarat MT UMNO malam semalam yang akhirnya tidak membuat apa-apa ketetapan untuk keluar daripada kerajaan PN.


Sebaliknya, mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memutuskan untuk membawa usul hubungan tegang parti itu dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung yang dijadualkan pada 31 Januari ini.


Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataan medianya berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.


Menurut pemimpin Bersatu itu, ketetapan MT UMNO itu seumpama seseorang yang ingin menyerang lawan kelahinya, tetapi memaklumkan tarikh serta masa untuk melakukan serangan.


Tindakan UMNO itu, katanya, seperti memberi masa kepada Bersatu dan PN untuk bersiap sedia menghadapi apa yang mahu dilakukan, sedangkan untuk menjatuhkan lawan, ia sepatutnya dilakukan secara mengejut dan tanpa dijangka.


“Ini benar-benar kelakar, UMNO sepatutnya tidak menangguhkan lagi keputusannya kerana MT UMNO ketika tidak berlangsung Perhimpunan Agung, adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi yang diiktiraf parti.


“Kenapa harus ditangguhkan lagi kepada Perhimpunan Agung, bukankah usul daripada bahagian-bahagian sudah memadai untuk MT UMNO membuat keputusan mengikut apa yang dimahukannya?,” tegas beliau.


Pemimpin tersebut juga menyifatkan keputusan MT UMNO itu seperti memperlekeh tindakan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob yang sudah pun berkorban meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau MPOB, baru-baru ini.


Tambah beliau lagi, menangguhkan keputusan yang boleh diputuskan oleh MT UMNO kepada Perhimpunan Agung hanya menunjukkan Zahid Hamidi tidak cukup yakin dengan pendiriannya sendiri serta memperlihatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sudah kalah dari segi moral.


Ini juga, kata beliau lagi, bukan kali pertama Zahid Hamidi bersikap flip-flop dalam tindakan dan gebang politiknya.


“Saya fikir reputasi beliau telah terjejas dan tidak lagi diyakini kerana kononnya akar umbi UMNO ketika ini tengah bersemangat untuk berpisah dengan Bersatu, keluar daripada kerajaan dan bersiap sedia untuk PRU15.


“Zahid Hamidi nampaknya telah mengecewa dan menghampakan mereka,” ujarnya lagi.


Selain itu, pemimpin Bersatu itu berkata, membawa isu UMNO keluar daripada kerajaan ke Perhimpunan Agung juga boleh mengundang risiko yang tidak dijangka.


Beliau berkata, apabila isu berkenaan di bawa ke Perhimpunan Agung nanti, tidak mustahil ia menjadi “boomerang” atau serangan yang berbalik kepada Zahid Hamidi sendiri.


Ini kerana, katanya, bukanlah rahsia lagi beberapa pemimpin UMNO sendiri seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa adalah antara yang tidak setuju dengan tindakan UMNO mahu keluar daripada kerajaan PN, apa lagi mendesak PRU diadakan di ketika Covid19 masih belum mereda.


“Akhirnya di mana maruah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO jika pada Perhimpunan Agung UMNO nanti bergema nada berbelah bahagi dengan tindakan UMNO mahu keluar daripada kerajaan dan mendesak PRU segera diadakan?” soalnya. (Shahbudindotcom 07/01/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/bawa-usul-keluar-pn-ke-perhimpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 343 hits
Mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno yang akan diadakan pada 31 Januari Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata majlis te...
Hanya Gertak Dan Wayang Sahaja Umno Bawa Ke Mesyuarat Agung Tahunan

Hanya Gertak Dan Wayang Sahaja Umno Bawa Ke Mesyuarat Agung Tahunan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 367 hits
Selepas drama dan ugutan mereka juga sama sama makan popcorn yang ada di atas meja mesyuarat mereka Setelah seminggu panas dengan gertak dan ugutan akhirnya Majlis Tertinggi Umno malam tadi membuat keputusan Mesyuarat Agung Umno pada 31 Jan...
Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 333 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan keputusan...
Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 391 hits
Oleh January 09 2021Menyedari beberapa usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno pada 30 31 Januari ini mungkin menggugat survival kerajaan Perkatan Nasional Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menggunakan helah pandemik Covid 19...
Wanita Pkr Cabar Pm Tidak Halang Perhimpunan Agung Umno

Wanita Pkr Cabar Pm Tidak Halang Perhimpunan Agung Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 331 hits
WANITA Parti Keadilan Rakyat mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk membenarkan Perhimpunan Agung UMNO berlangsung pada 31 Januari ini Pengarah Komunikasi Wanita Loh Ker Chean berkata PAU yang akan membahaskan usul unt...
Jangkaan Usul Umno Tarik Diri Sokong Pn

Jangkaan Usul Umno Tarik Diri Sokong Pn

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 297 hits
Perkara itu antara dijangka berlaku dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wanita Pemuda dan Puteri yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 1 Januari ini Akar umbi UMNO tidak mustahil akan membawa usul meminta pucuk kepemimpinan pa...
Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 438 hits
Tan Sri Annuar Musa today launched a scathing attack against Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accusing the latter of colluding with Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP Annuar who was recently sacked as Barisan Nasional secretary ge...
Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


First Time Cuba Dessert Pisang Hijau

Day 11 Spm 2025 Kertas Paling Ganas

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Pemakanan Bijak Musim Perayaan Bagaimana Protein Membantu Mencegah Makan Berlebihan

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan