Hanya Gertak Dan Wayang Sahaja Umno Bawa Ke Mesyuarat Agung Tahunan



January 7, 2021 7:07 am

Selepas drama dan ugutan, mereka juga sama-sama makan popcorn yang ada di atas meja mesyuarat mereka.
Setelah seminggu panas dengan gertak dan ugutan akhirnya Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi membuat keputusan, Mesyuarat Agung Umno pada 31 Januari ini akan membincangkan segala usul yang diputuskan oleh mesyuarat Umno bahagian.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno sebaik sahaja selesai mesyuarat MT malam tadi, mereka juga mengambil keputusan untuk berbaik-baik dengan Pas walaupun Umno Terengganu dan Kelantan sudah menolak Pas dalam usul berapi-api mereka.
Hanya Umno Terengganu sahaja masih berani melawan tekanan yang dibuat ke atas mereka tetapi yang lain-lain masih juga tergila-gila kepada Pas walau parti itu sudah ‘kahwin’ baru dengan Bersatu.

“Hanya drama, gertak dan wayang sahaja di samping atas meja mereka juga ada popcorn,” kata para netizen dan penganalisis politik tentang apa yang berlaku dalam masa seminggu lepas.

Bagi mereka, Umno takut kehilangan kuasa yang mereka nikmati sekarang dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mereka juga takut tindak balas dari PN.

“Saya rasa sebahagian MT Umno sudah berada dalam tangan Muhyiddin dan Azmin bahkan Umno sendiri. Umno sudah hancur. Mereka tidak lagi berani bertindak,” kata beliau lagi merujuk kepada kedudukan pemimpin utama Umno yang hadapi kes mahkamah dan kedudukan pendaftaran Umno sendiri.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dalam kenyataan tiga muka suratnya malam tadi berkata, MT telah mengambil keputusan untuk membawa semua usul ke mesyuarat agung tahunan setelah mempertimbangkan semua usul yang dikemukakan oleh 189 bahagian parti.

“Mesyuarat juga memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 bahagian-bahagian Umno yang telah bersidang di seluruh Malaysia.

“Antara usul utama yang dibangkitkan majoriti besar Umno bahagian-bahagian: Mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.

“Memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi PRU-15.

“Mesyuarat (MT Umno) bersetuju untuk membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari 2021 bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan perlembagaan tersebut,” jelasnya lagi.

Hamdan juga berkata, keputusan memecat Tan Sri Annuar Musa dari jawatan Setiausaha Agung BN telah mendapat persetujuan lisan presiden parti komponen BN.

Bagi pemerhati politik, apa yang berlaku dalam mesyuarat MT Umno malam tadi membuktikan kelemahan Umno dan parti itu sudah tidak berani lagi bertindak.
Kenyataan berdegar-degar Ketua Pemuda Umno tetapi entah ke mana apabila masuk ke mesyuarat MT.

“Jelas bahawasanya Umno sudah tiada taring. Ada keris tapi tumpul dan tak boleh diguna untuk bertarung. Silap-silap patah urat,” kata seorang pemerhati politik dari Kelantan.

Bagi beliau, selepas PRU14, nampak jelas akan kemerengan kepimpinan Umno dan terumbang ambing tidak menentu.

“Haluannya sudah ternyata diselubungi kegelapan dek mendung yang menghijabkan masa depan mereka untuk terus menapak seperti masa lalu,” katanya lagi.

Mulai sekarang, katanya, sudah nyata Zahid dan panglima-panglimanya sudah layu dalam mempertahankan keteguhan dan kekuatan Umno seperti yang diharapkan.

“Kekuatan minda Umno juga nampaknya sudah semakin pudar dan akan diambilalih oleh parti yang mmpunyai minda dan dokongan gabungan baru yang lebih mantap,” tambah beliau lagi.
Bagi penganalisis politik, Dr Mazlan Ali (gambar) pula, keputusan Umno ini adalah baik untuk tempoh jangka pendek, kerana ia boleh mengurangkan ketegangan politik seketika, dan kerajaan boleh fokuskan terhadap usaha-usaha untuk memulih negara dari ancaman Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

“Bagaimanapun, saya melihat, untuk jangka panjang, tali yang mengikat Umno dalam kerajaan PN ini akan bertambah kusut, ekoran keputusan meneruskan kerjasama dalam kerajaan, tetapi memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU-15 akan datang,” kata beliau.

Ia diburukkan lagi dengan pendedahan oleh Tan Sri Annuar Musa bahawa Najib dan Zahid Hamidi dalang dalam perkara sokongan terhadap Anwar pada bulan september lepas, kata beliau
Oleh MALAYSIA DATELINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/hanya-gertak-dan-wayang-sahaja-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pada Kebiasaannya Hanya Cakap Sahaja Percaya Sangat Pun Jangan Kah

Umno Pada Kebiasaannya Hanya Cakap Sahaja Percaya Sangat Pun Jangan Kah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 263 hits
Pakatan PH BN Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik kata TajuddinAhli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahmanberkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk parti komponennya DAP Tajuddin berkata demikia...
Hanya Mesyuarat Biasa Tak Bincang Isu Umno Bersatu

Hanya Mesyuarat Biasa Tak Bincang Isu Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 251 hits
PAS menafikan tanggapan yang mengatakan mesyuarat parti itu hari ini menyentuh isu pertelingkahan antara Umno dan Bersatu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pertemuan pemimpin PAS pagi ini hanya mesyuarat bulana...
Bawa Usul Keluar Pn Ke Perhimpunan Agung Umno Ada Risiko Buat Zahid Hamidi

Bawa Usul Keluar Pn Ke Perhimpunan Agung Umno Ada Risiko Buat Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 250 hits
Seorang pemimpin Bersatu hanya tertawa kecil dengan keputusan mesyuarat MT UMNO malam semalam yang akhirnya tidak membuat apa apa ketetapan untuk keluar daripada kerajaan PN Sebaliknya mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamid...
Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 246 hits
Mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno yang akan diadakan pada 31 Januari Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata majlis te...
Ini Kenyataan Penuh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno Pada 6 Januari 2021

Ini Kenyataan Penuh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno Pada 6 Januari 2021

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 352 hits
KENYATAAN MEDIA 1 Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini 6 Januari 2021 mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Bahagian dan Sayap Sayap Wanita Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang ber...
Hanya 18 Kerusi Pas Tolak Umno

Hanya 18 Kerusi Pas Tolak Umno

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 489 hits
Pas tolak cadangan Umno bentuk pakatan baruJanuary 3 2021 PAS hari ini mempertahankan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dan menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baru Menyifatkan MN dan PN sebagai benih yang baru tumbuh subu...
Tengking Menengking Dalam Mesyuarat Umno Seremban

Tengking Menengking Dalam Mesyuarat Umno Seremban

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 252 hits
Mesyuarat Umno Seremban pada malam Isnin dilaporkan kecoh apabila berlaku pertengkaran mulut membabitkan beberapa anggota jawatankuasa termasuk Ketua Pemudanya Zool Amali Hussain Sinar Harian melaporkan kekecohan bermula setelah mesyuarat d...
Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 294 hits
Oleh January 09 2021Menyedari beberapa usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno pada 30 31 Januari ini mungkin menggugat survival kerajaan Perkatan Nasional Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menggunakan helah pandemik Covid 19...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord