Sabah Harap Kejutan Di Pasir Gudang
Sabah harap kejutan di Pasir Gudang
PETER ANTHONY
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony yakin Sabah mampu membuat kejutan ke atas Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam ini.
"Walaupun beraksi di gelangang lawan dan masih ada beberapa pemain utama tidak dapat disenaraikan kerana kecederaaan, saya percaya pasukan kita mampu membuat kejutan untuk mempertahankan kedudukan selaku pendahulu liga.
"Suasana dalam pasukan amat baik dan semuanya begitu bersemangat. Saya percaya ini petanda baik dan saya yakin barisan jurulatih juga sudah ada perancangan rapi untuk memburu kemenangan yang sangat diperlukan," kata Peter ketika dihubungi di sini, Khamis.
Dua pemain tengah, Mohd Azizan Nordin dan Sabri Sahar adalah antara pemain utama yang tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.
"Satu mata akan mengesahkan tempat ke Liga Super tetapi kalau menang, bukan sahaja dapat tempat ke Liga Super musim depan tetapi akan mengukuhkan kedudukan sebagai calon terbaik memenangi gelaran juara Liga Premier musim ini.
"Kemenangan juga akan menebus kekalahan 1-2 di tangan lawan sama pada pusingan pertama di Stadium Likas," kata Peter.
Kedua-dua pasukan kini hanya dijarakkan satu mata dengan Rhinos mendahului selepas mengumpul 34 mata daripada 16 perlawanan manakala JDT II di tangga kedua dengan 33 mata dari 17 perlawanan.
Baca:Sabah mahu lunas dendam di Pasir GudangKonflik berterusan antara SAFA dan penyokong pasukan Sabah FARM600,000 lebih kutipan tiket perlawanan persahabatan JDT All-StarsGol jarak jauh puskas RooneyJDT TMJ vs JDT Rest Of The WorldBersediakah SAFA beraksi di Liga Super 2020Laporan perlawanan persahabatan xplayer Sabah 1-3 xplayer MalaysiaMusim terbaik pasukan Sabah layak ke Liga Super 2020Lagi calon Puskas terjadi di Kuantan'BAKAT BARU' Kedah bernilai 5 juta
"Ini adalah perlawanan antara dua pasukan teratas iaitu situasi yang jelas membayangkan betapa pentingnya dapatkan mata...saya mahu pasukan buru mata penuh.
"Oleh itu saya juga merayu agar penyokong khususnya ribuan rakyat Sabah yang berada di Johor datang memberi sokongan kepada pasukan," kata Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.
Sambil itu, Peter mengucapkan tahniah kepada ketua pasukan Rawilson Batuil yang telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier edisi Mei 2019.
Anugerah itu adalah kelolaan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan asiana.my.
"Saya harap ini bukan sahaja memberi tambahan suntikan moral kepada Rawilson tetapi juga kepada semua anggota pasukan terutamanya menghadapi JDT II esok (malam ini)," kata Peter.
Kesebelasan kemungkinan Sabah malam ini ialah Rozaimie Rohim, Rawilson, Park Tae Su, Evan Wensley, Randy Baruh, Ahmet Atayev, Ricco Nigel Milus, Alto Linus, Jenius Karib, Aguinaldo Mendes dan Rodoljub Paunovic.
Selepas perlawanan malam ini, Rhinos akan meneruskan misi getir menentang UiTM FC juga di tempat lawan (Stadium UiTM Shah Alam) pada Selasa depan (9 Julai)
Sumber: Utusanborneo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabahanviral.blogspot.com/2019/07/tambadau-mampu-buat-kejutan-peter.html