Batu Dalam Pedal Ayam
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai batu dalam pedal ayam.
Bagi peminat pedal ayam, mesti akan familiar dengan bahagian ini. Rasanya yang pejal dan kenyal memang digilai oleh sebahagian orang. Namun bagi saya, saya kurang gemar bahagian ini. Agak liat bagi saya.
Selera masing-masing berbeza kan. Jadi buat bagi yang biasa menyiang ayam, pastinya akan menjumpai benda di dalam pedal ayam. Biasanya ketulan berpasir warna kuning dalam pedal ini. Ini biasanya untuk ayam bandar.
Kalau untuk ayam kampung, biasanya akan menjumpai ketulan batu. Ini kerana ayam kampung yang bergerak bebas memakan apa sahaja yang dijumpai mereka.
Jadi persoalannya, batu apakah di dalam pedal ini?
Saya jumpa perkongsian yang telah dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan hal ini.
Berikut penulisan beliau:
Dalam pedal ayam ada batu?
Mungkin hantaran ini(gambar) dibuat dengan niat bergurau, namun mungkin ada juga yang tak tahu fungsi pedal ayam.
Pedal adalah organ penghadaman, dan fungsinya untuk menghancurkan makanan. Ayam perlukan organ ini kerana ia tak mengunyah makanan.
Bagi membantu pedal melumatkan makanan, ayam menelan batu-batu kecil, dan ia akan masuk ke dalam pedal dan kekal di situ.
Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil.
Jadi, bukanlah perkara yang aneh jika kalian jumpa ketulan batu dan pasir dalam pedal ayam yang dibeli di pasar. Terutamanya ayam kampung.
Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya.
Pernah dengar geliga buaya? Batu geliga yang dikatakan dimuntahkan oleh buaya. Ada orang buat cincin dari batu ini, kononnya ada sakti.
Agak-agak batu geliga itu datang dari mana? Betul! Batu dari pedal buaya, yang kemudian dimuntahkan semula atau keluar bersama tinjanya.
Berbalik kepada soalan pembeli ni. Boleh tak buat aduan KPNDHEP(dulu KPDNKK)? Boleh ja. Pengguna berhak buat aduan jika rasa ditipu peniaga.
OK tu je untuk malam ni!
Semoga bermanfaat!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sains Santai Sahaja
Gambar: dari grup FB
Jadi berdasarkan penulisan tersebut bolehlah kita simpulkan yang batu dalam pedal ini adalah normal kerana ayam memakan batu ini untuk dijadikan agen melumat makanan di dalam pedalnya.
Semoga bermanfaat
The post Batu Dalam Pedal Ayam? appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/batu-dalam-pedal-ayam/