Batalkan Surat Niat Kontrak Meriam Kembali Kepada Proses Tender Terhad Gesa Rafizi Kepada Hishammuddin


 
Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin yang memberi maklum balas positif mengenai pendedahan kontrak pembekalan meriam artileri SPH berjumlah RM834 juta.
Saya telah mendedahkan bagaimana keputusan Kerajaan Persekutuan melantik MA Analytics Sdn Bhd, sebuah syarikat setahun jagung untuk dianugerahkan kontrak ini secara rundingan terus adalah bertentangan dengan kehendak pertahanan negara.
Kementerian Pertahanan secara jelas memohon supaya kontrak ini dibuat secara tender terhad supaya spesifikasi pertahanan dapat dipenuhi pada harga yang terbaik untuk negara.
Kenyataan Hishamuddin itu mengesahkan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan memberi tender secara rundingan terus itu adalah benar.
Jawapan beliau semalam hanyalah menyebut bahawa kontrak itu tidak muktamad kerana masih dirundingkan.
Masalahnya, jika keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Surat Niat tidak dibatalkan segera, kontrak itu masih lagi akan diberikan kepada MA Analytics Sdn Bhd. Yang mungkin berubah hanyalah harga akhir yang dibayar oleh rakyat.
Oleh itu, saya menyambut baik kenyataan Hishamuddin dengan menggesa supaya keputusan melantik MA Analytics Sdn Bhd secara rundingan terus dibatalkan dengan segera.
Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan hendaklah kembali kepada proses tender terhad seperti yang disarankan oleh Kementerian Pertahanan mengikut spesifikasi persenjataan yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Darat.
Apatah lagi dalam keadaan MA Analytics Sdn Bhd nampaknya didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Ahli Parlimen Tanah Merah ini menang atas tiket UMNO tetapi melompat menyertai BERSATU selepas PRU14.
Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan siasatan ke atas individu-individu terbabit dalam MA Analytics Sdn Bhd menunjukkan pemilikan bersama syarikat-syarikat dengan anak Ikmal Hisham iaitu Ikmal Hadzlan bin Ikmal Hisham dan isteri Ikmal Hisham iaitu Datin Seri Norihan Ayob.
Saya akan menunjukkan bukti-bukti pemilikan bersama yang mengesahkan bahawa MA Analytics Sdn Bhd adalah syarikat kroni berkait dengan Timbalan Menteri Pertahanan esok.
Saya pasti Hishamuddin sedia maklum mengenai perkara ini.
Jika dia benar-benar prihatin mengenai kepentingan pertahanan negara, wajarlah dia mengambil tindakan sebagai Menteri Pertahanan membatalkan Surat Niat kepada MA Analytics Sdn Bhd dengan segera.
Saya juga menunggu maklum balas dari Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden Keadilan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/batalkan-surat-niat-kontrak-meriam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Surat Niat Anugerah Kontrak Meriam Sph Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri

Batal Surat Niat Anugerah Kontrak Meriam Sph Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 146 hits
Dari Rafizi Ramli6 Oktober 2022BATAL SURAT NIAT ANUGERAH KONTRAK MERIAM SPH KEPADA SYARIKAT ADA KAITAN ANAK MENTERISaya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamuddin Hussin yang memberi maklum balas positif mengenai pended...
Rafizi Wants Truthful Answer On Lcs From Hishammuddin

Rafizi Wants Truthful Answer On Lcs From Hishammuddin

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 152 hits
Senior Minister Hishammuddin Hussein must reveal the true cost behind the controversial littoral combat ships project said PKR deputy president Rafizi Ramli In a statement the former Pandan MP pointed out that what was said by Hishammuddin ...
Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat

Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 143 hits
Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir reda proses ...
Deputy Minister Lodges Report Against Rafizi Over Artillery Tender Claims

Deputy Minister Lodges Report Against Rafizi Over Artillery Tender Claims

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 101 hits
PETALING JAYA The Deputy Defence Minister has lodged a police report against PKR deputy president Rafizi Ramli over a Facebook post that allegedly implicated him in a military related contract In a statement Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Az...
Tender Meriam Howitzer Rm854j Secara Terus Pada Syarikat Setahun Jagung Rupanya Ada Kabel Besar

Tender Meriam Howitzer Rm854j Secara Terus Pada Syarikat Setahun Jagung Rupanya Ada Kabel Besar

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 92 hits
NASUHA RAHMANSelepas skandal kapal pesisir tempur timbul pula skandal baru iaitu tender pembelian meriam artileri Howitzer yang diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat setahun jagung yang tiada pengalaman Apa istimewanya sya...
Menteri Pn Gesa Tumpu Persediaan Hadapi Banjir Bukan Pru 15 Seperti Zahid Minta

Menteri Pn Gesa Tumpu Persediaan Hadapi Banjir Bukan Pru 15 Seperti Zahid Minta

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 151 hits
Persediaan bagi menghadapi musim banjir yang akan dijangka melanda negara pada hujung tahun lebih penting daripada mengadakan pilihan raya umum ke 15 Perikatan Nasional berkata Jemaah Menteri dalam gabungan itu menolak gesaan PRU 15 diadaka...
Nadma Gesa Semua Pihak Sedia Hadapi Risiko Bencana Empangan

Nadma Gesa Semua Pihak Sedia Hadapi Risiko Bencana Empangan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 121 hits
Nadma gesa semua pihak sedia hadapi risiko bencana empangan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Sep 2022 11 24PM
Belanjawan 2023 Ngo Gesa Tingkat Insentif Harga Padi Kepada 80 Sen

Belanjawan 2023 Ngo Gesa Tingkat Insentif Harga Padi Kepada 80 Sen

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 145 hits
Pesawah menaruh harapan kerajaan mengumumkan berita gembira pada Bajet 2023 untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka dan pengeluaran padi negara PETALING JAYA Kerajaan digesa menaikkan insentif harga padi kepada 80 sen per kilogram ber...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran