Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat


 




Dari Rafizi Ramli

4 Oktober 2022

PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT:

PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN

Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera.

Salah satu perolehan besar yang menjadi sebutan dan kontroversi terkini ialah pembelian meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta. SPH ialah meriam artileri yang digunakan oleh Angkatan Tentera Darat dan diukur antaranya dari segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi/pengangkutan.

Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.

Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.

Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai

terbaik

wang rakyat (agar pembida

terbaik

dilantik).

Walau bagaimana pun, permohonan melaksanakan tender terhad oleh Kementerian Pertahanan ini ditolak oleh Kementerian Kewangan, seperti yang dimaklumkan oleh wakil Bahagian Perolehan Kerajaan, Datin Rosni Mohd Yusoff (bagi pihak Kementerian Kewangan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan:

Saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam seperti Datin Rosni dan kakitangan Kementerian Kewangan yang pintar menyatakan secara tersirat bentuk-bentuk campur tangan yang telah berlaku dalam perolehan meriam artileri ini:

1. Menteri Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad, sebaliknya mengarahkan supaya perolehan dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat bernama MA Analytics Sdn Bhd pada harga RM853 juta

2. Syarikat MA Analytics Sdn Bhd telah menulis kepada Perdana Menteri untuk merayu mengenai perkara ini dalam satu surat bertarikh 21 April 2022

Saya lampirkan surat dari MA Analytics kepada Perdana Menteri itu yang merakamkan nota arahan Perdana Menteri yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta ini diberikan kepada MA Analytics:

Surat tersebut memohon agar Perdana Menteri campur tangan untuk menyegerakan keputusan permohonan MA Analytics Sdn Bhd untuk dianugerahkan kontrak membekalkan meriam artileri SPH secara rundingan terus.

Perdana Menteri kemudiannya mencatatkan nota arahannya kepada Menteri Kewangan pada 27 April 2022 seperti berikut:

“... YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [......] ambil tindakan segera”

Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan.

Satu Surat Niat (“Letter of Intent”) telah dikeluarkan yang melantik MA Analytics untuk membekalkan sistem meriam artileri SPH secara rundingan terus, walaupun ini bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad (seperti lazimnya).

Saya juga telah menyemak latar belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan membekal dan menyelia sistem meriam artileri SPH berjumlah RM835 juta ini.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar.

Saya ingin memulakan siri pendedahan perolehan persenjataan dan pertahanan negara (siri meriam artileri) dengan menanyakan soalan-soalan berikut:

1. Siapa di belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang tiada pengalaman ini sehingga Perdana Menteri sendiri yang memberi arahan agar tender dianugerahkan secara rundingan terus?

2. Kenapa kerajaan UMNO – PAS -BERSATU terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod seperti MA Analytics Sdn Bhd ini?

Saya akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH ini setiap hari dalam minggu ini dan minggu depan.

Oleh kerana UMNO nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada UMNO jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini.

Rafizi Ramli

https://www.facebook.com/100044561133929/posts/663683315127034/?sfnsn=mo— at Lunas Kulim Malaysia

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/dari-rafizi-ramli-4-oktober-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Larang Ahli Politik Dari Terlibat Perolehan Aset Tentera

Rafizi Larang Ahli Politik Dari Terlibat Perolehan Aset Tentera

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 218 hits
Reshna Reem GanesanPETALING JAYA Perolehan aset ketenteraan sebelum ini perlu disiasat dengan teliti dan ahli politik dilarang daripada terlibat dalam proses perolehan ini kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Katanya Malaysia punya poten...
Analisis Pasangan Usd Jpy Untuk 07 Oktober 2022 Penembusan Corak Segi Tiga Dalam Perspektif

Analisis Pasangan Usd Jpy Untuk 07 Oktober 2022 Penembusan Corak Segi Tiga Dalam Perspektif

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 218 hits
Analisis teknikal Pasangan USD JPY telah berdagang menaik seperti yang saya jangkakan dan harga menuju ke arah objektif menaik saya Terdapat penembusan segitiga awal pagi yang merupakan satu lagi tanda untuk pertumbuhan selanjutnya Cadangan...
5 Oktober 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

5 Oktober 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 213 hits
Tahap harga sekitar 1 1700 telah memegang harga untuk jangka masa yang singkat sebelum satu lagi penurunan harga berlaku ke arah 1 1200 Tidak lama selepas itu zon harga sekitar 1 1500 telah menggunakan tekanan JUAL yang ketara apabila Kemas...
Analisis Teknikal Pasangan Eur Usd Untuk 05 Oktober 2022

Analisis Teknikal Pasangan Eur Usd Untuk 05 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 312 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang EUR USD menghadapi rintangan kecil pada tahap 1 USD manakala rintangan utama dilihat pada tahap 1 0100 Sokongan ditemui pada tahap 0 9823 dan 0 9768 Juga perlu diingatkan bahawa titik pivot harian tel...
6 Oktober 2022 Analisis Teknikal Intraday Gbp Usd Dan Tahap Utama Yang Penting

6 Oktober 2022 Analisis Teknikal Intraday Gbp Usd Dan Tahap Utama Yang Penting

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 222 hits
Sebelum ini pasangan mata wang GBP USD kekal di bawah tekanan menurun untuk mencabar had bawah saluran sekitar 1 3000 yang gagal mengekalkan harga di atas Tidak lama selepas itu paras rendah harian baharu telah ditubuhkan sekitar 1 2150 yan...
Filem Seratus Di Pawagam 6 Oktober 2022

Filem Seratus Di Pawagam 6 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 310 hits
Filem seratus mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 6 oktober 2022 Seratus merupakan filem pertama kali dalam sejarah perfileman Malaysia menampilkan 100 pelakon dalam 1 filem Antara pelakon yang membintangi Filem seratus arahan...
Concert Sabyan Dan Seventeen 15 Oktober 2022 Di Axiata Arena

Concert Sabyan Dan Seventeen 15 Oktober 2022 Di Axiata Arena

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 265 hits
CONCERT SABYAN DAN SEVENTEEN 15 OKTOBER 2022 DI AXIATA ARENA Assalammualaikum semua Bersempena Maulidur Rasul pada 9 Oktober 2022 Sabyan dan Seventeen bergabung untuk mengadakan konsert di Axiata Arena Bukit Jalil pada 15 Oktobet 2022 ini M...
Eth Usd Berpotensi Untuk Momentum Menurun 12 Oktober 2022

Eth Usd Berpotensi Untuk Momentum Menurun 12 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 274 hits
Melihat pada carta H4 kecenderungan keseluruhan semasa untuk ETH USD adalah menurun Untuk menambah kepada kecenderungan ini harga kini berada di bawah awan Ichimoku yang menunjukkan pasaran menurun Semalaman harga telah meneruskan momentum ...
Dari Rafizi Ramli Bantah Pru15 Semasa Banjir Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan

Dari Rafizi Ramli Bantah Pru15 Semasa Banjir Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 206 hits
Dari Rafizi Ramli BANTAH PRU15 SEMASA BANJIR SELAMATKAN NYAWA BUKAN JAWATAN Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat dari UMNO untuk mengadakan Pilihanraya Umum 15 secepat mungkin Jika Parlimen dibubarkan dalam m...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt