Batalkan Semua Dong Zong


Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah  Syor tubuh RCI kaji tindak-tanduk pertubuhan haram, rasis
LANGKAH Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran kumpulan Pendidikan Cina Dong Zong negeri Johor, satu langkah bijak dan tepat. Ia hendaklah diikuti seterusnya di seluruh negara.
Dong Zong melahirkan pemikiran rasis dan komunis. Penentangan berterusan khat jawi daripada enam muka kepada tiga muka, daripada subjek wajib menjadi pilihan, sangat menyerlahkan wajah sebenar Dong Zong.
Kerajaan sudah terlampau baik selama ini memberi muka kepada pertubuhan rasis ini. Sejak awal penubuhannya, pertubuhan ini tidak pernah bersetuju dengan apa jua saranan Kementerian Pendidikan demi masa depan negara. Malah, pertubuhan rasis ini yang mengenakan syarat kepada KPM supaya tunduk kepada mereka.
Saya syorkan RCI ditubuhkan untuk mengkaji segala tindak tanduk Dong Zong sejak mula ditubuhkan oleh Lim Lian Geok hingga kini, isu terbaharu penentangan terhadap jawi.
Dengan pembatalan ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada Dong Zong negeri-negeri lain.
Ini bermakna, semua sekolah yang beroperasi di bawah Dong Zong seperti Sekolah Menengah Persendirian Cina dan sijil UEC yang dikeluarkan adalah tidak sah.
Badan ini adalah badan haram dan sijilnya juga ada sijil haram. Pemimpin mereka daripada dahulu hingga kini masih mendewa-dewakan, pengasas mendiang Lim Lian Geok.
Lian Geok yang meninggal pada 1985 adalah seorang rasis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961.
Lian Geok adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.
Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar.
Jika ditubuhkan RCI, penentangan terhadap agenda negara sudah tentu dapat membuktikan betapa rasisnya pertubuhan ini.
Kepada Lian Geok apa sahaja akta atau undang-undang yang mencairkan proses pencinaan akan ditentang habis-habisan. Hari ini perkara sama dilakukan oleh pewaris-pewaris Lian Geok.
Mendiang didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum.
Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok.
Saya masih ingat, satu ketika dahulu, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Mereka mahukan nama Lian Geok mesti dibersihkan.
Lantas, tekanan demi tekanan dibuat terhadap kerajaan terutama menjelang pilihan raya. Ultra kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh Perlembagaan atas hak kebebasan bersuara.
Kata-kata keramat Lian Geok yang terus dipegang oleh pimpinan Dong Zong hingga ke hari ini adalah “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina.
Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”.
Kata-kata ini tidak baik untuk pembinaan negara bangsa. Kata-kata ini begitu jelas menunjukkan bagaimana selama ini Dong Zong sedang membina negara dalam negara.
Ultra kiasu selalu menggunakan hujah Lian Geok yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan hujah menghalalkan segala tindak tanduk Lian Geok,
Antara lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular.
Perkara ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanah air dan memohon kewarganegaraan.
Hujah ini begitu tersasar, penyata Razak 1956 sudah memuktamadkan bukan Lian Geok seperti yang didakwa.
Nyatakan perlakuan Lian Geok tidak mencerminkan kata-katanya, jika benarlah perjuangan beliau, sepatutnya pimpinan Dong Zong hari ini akan menjadi lebih lunak terhadap jawi. Tetapi ditentang habis-habisan sehingga ke akar umbi. Inikah semangat Lian Geok yang diungkapkan dalam Utusan Melayu.
Saya noktahkan di sini bahawa mengenai Dong Zong sekian lama, nyata sekali pertubuhan ini sangat rasis dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah. KDN hendak bertegas untuk tidak melayan sebarang rayuan untuk menghidupkan gerakan dan pemikiran rasis yang begitu bahaya dalam pembinaan negara bangsa.
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah,  Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/batalkan-semua-dong-zong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apologetik Dong Zong Memang Rasis

Apologetik Dong Zong Memang Rasis

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 265 hits
Muhyiddin jumpa Dong Zong Johor esokKumpulan pendidikan Cina Dong Zong akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin esok susulan rayuannya terhadap Pendaftar Pertubuhan yang telah membatalkan pendaftaran kumpulan itu di Johor ...
Muhyiddin To Discuss With Dong Zong On Wednesday About Its Deregistration

Muhyiddin To Discuss With Dong Zong On Wednesday About Its Deregistration

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin will be meeting with officials from Dong Zong s Johor chapter to discuss about its deregistration The Home Minister said the meeting will be held on Wednesday I will meet them tomorrow This is just adminis...
Batal Pendaftaran Dong Zong Jumpa Muhyiddin Ros Esok

Batal Pendaftaran Dong Zong Jumpa Muhyiddin Ros Esok

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 283 hits
Zakir Naik boleh sertai Malam Islam Bersatu jika tak beri ceramah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan Dong Zong Johor dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan e...
Menunggu Pengharaman Dong Zong Yang Rasis

Menunggu Pengharaman Dong Zong Yang Rasis

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 474 hits
Saya ketua polis untuk negara bukan parti politik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan tuduhan seolah olah beliau berat sebelah terhadap parti politik di negara ini dan hanya menyerang pihak pembangkang Beliau berkata tugasnya seb...
Pendaftaran Dong Zong Johor Terbatal Bukan Kes Terpencil

Pendaftaran Dong Zong Johor Terbatal Bukan Kes Terpencil

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 257 hits
Menteri Dalam Negeri memaklumkan pembatalan pendaftaran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Johor adalah suatu perkara biasa dan bukan kes terpencil Saya dapati kes ini bukan isolated Ada beberapa persatuan yang terbatal merayu kepada m...
Wajarkah Sekolah Vernakular Dan Dong Zong Ujud Dinegara Ini Mereka Kian Rasis

Wajarkah Sekolah Vernakular Dan Dong Zong Ujud Dinegara Ini Mereka Kian Rasis

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 471 hits
Penyata Razak kian malap kita dibakar api perkaumanSetahun sebelum kemerdekaan Tun Razak melalui Penyata Razak 1956 menyatakan tujuan dasar pelajaran hendak menyatukan budak budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai sat...
Dong Zong Johor Diberi Tempoh Pinda Perlembagaan

Dong Zong Johor Diberi Tempoh Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 269 hits
Muhyiddin enggan ulas sebab utama RoS keluar surat pembatalanBANGI Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor sebuah persatuan yang bernaung di bawah Dong Zong diberi tempoh yang bersesuaian untuk meminda beberapa perkara berkaitan perl...
Pemuda Ppbm Akan Serah Petisyen Haramkan Dong Zong Pada Agong

Pemuda Ppbm Akan Serah Petisyen Haramkan Dong Zong Pada Agong

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 205 hits
Pemuda PPBM akan meneruskan usaha mendesak Putrajaya mengharamkan kumpulan pendidikan Cina Dong Zong yang dilabelkan rasis oleh Dr Mahathir Mohamad dengan cadangan menghantar petisyen itu kepada Yang di Pertuan Agong Exco Pemuda PPBM Muzzam...
Kenapa Kerajaan Mesti Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Dong Zong

Kenapa Kerajaan Mesti Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Dong Zong

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 443 hits
Sejarah Membuktikan Dong Zong Anti Perpaduan NasionalApabila Perdana Menteri menggelarkan pertubuhan Dong Zong sebagai rasis Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membantah kenyataan tersebut Menurut mereka Dong Zong hanya melindungi kepen...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord