Kenapa Kerajaan Mesti Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Dong Zong


Sejarah Membuktikan Dong Zong Anti Perpaduan Nasional


Apabila Perdana Menteri menggelarkan pertubuhan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) sebagai rasis, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membantah kenyataan tersebut...

Menurut mereka, Dong Zong hanya melindungi kepentingan pendidikan Cina dan menjunjung dasar bahasa kebangsaan...

Benarkah begitu?

Rekod sejarah gerakan Dong Zong menunjukkan tindakan yang berbeza, iaitu mereka menentang pelaksanaan bahasa kebangsaan di sekolah aliran Cina...

Di bawah ini disenaraikan beberapa bukti gerakan penentangan Dong Zong terhadap bahasa kebangsaan dan usaha menyatukan kaum :

Bantah Arahan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perhimpunan Sekolah


10 Oktober 1984, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Zainal Abidin Baharudin menandatangani surat pekeliling mengarahkan semua guru besar sekolah rendah menggunakan Bahasa Kebangsaan semasa perhimpunan sekolah...

2 minggu kemudian, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd Hussein Ahmad mengeluarkan pekeliling mewajibkan Guru Besar SJK (C) menggunakan Bahasa Kebangsaan semasa perhimpunan sekolah...

Tujuannya adalah untuk melatih murid supaya meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan kerana pihak kementerian mendapati tahap penguasaan bahasa kebangsaan di SJK (C) sangat rendah...

Beberapa siri protes dianjurkan oleh Dong Jiao Zong, menentang arahan tersebut...

Hujahnya, ia bertentangan dengan prinsip penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di SJK (C)...

Antara bentuk protes adalah seperti 'duduk dan bantah' di hadapan pintu masuk Kementerian Pelajaran Malaysia (ketika itu Menterinya ialah Pak Lah), demonstrasi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor yang hasilnya berupa penyerahan memorandum menuntut arahan kementerian ditarik semula...

Bantah Program Sekolah Integrasi


5 Ogos 1985, Menteri Pelajaran, Abdullah Ahmad Badawai mengumumkan 18 buah sekolah terpilih untuk menyertai Program Percubaan Sekolah Integrasi bermula pada tahun berikutnya, 1986...

Secara ringkas, Sekolah Integrasi merupakan projek Sekolah Kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) di dalam satu kawasan yang sama akan digabungkan dalam kegiatan kokurikulum...

Tujuannya supaya murid-murid pelbagai kaum dapat diintegrasi bagi tujuan mencapai matlamat perpaduan nasional...

Dong Zong bersama 2,500 orang mengadakan demonstrasi raksasa membantah program Sekolah Integrasi di SJK(C) Kepala Batas (kawasan Parlimen Pak Lah) pada 30 Oktober 1985...

Alasan mereka, bahasa yang akan dipakai untuk program tersebut bakal menghakis identiti SJK (C)...

Membantah Projek Sekolah Wawasan


26 Ogos 1995, Menteri Pendidikan, Najib Abdul Razak mengumumkan Sekolah Wawasan akan dibina dengan melibatkan beberapa buah SJK (C)...

Ringkasnya, ia merupakan projek menyatukan sekolah-sekolah kecil yang mempunyai murid kurang daripada 150 orang di kawasan luar bandar ke satu kompleks sekolah yang baharu...

Tujuannya supaya sekolah dapat dioptimumkan kemudahan dan menggalakkan kerjasama murid pelbagai aliran sekolah...

Dong Zong mengadakan siri jelajah penerangan ke seluruh negara bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina menentang pelaksanaan projek Sekolah Wawasan...

Alasannya, bahasa pengantar yang bakal digunakan di sekolah tersebut adalah bahasa kebangsaan yang bakal merencatkan bahasa ibunda (Cina)...

Tiga penentangan di atas adalah bukti nyata Dong Zong merupakan pertubuhan yang sangat anti perpaduan nasional...

Ada banyak lagi contoh gerakan pertubuhan ini yang bercanggah dengan usaha memupuk perpaduan kaum...

Antaranya :

Kontroversi Universiti Merdeka


Pada tahun 1967, Dong Zong menuntut agar sebuah universiti berbahasa pengantar Cina ditubuhkan, dinamakan Universiti Merdeka...

Tuntutan ini berlangsung sehinggalah kemuncaknya pada 28 September 1981, pihak peguam Universiti Merdeka Bhd menuduh tindakan Yang Di Pertuan Agung menolak penubuhan universiti tersebut adalah tindakan yang salah...

Bagaimanapun, pada 1982, Mahkamah Persekutuan menolak tuntutan tersebut dengan alasan penghakiman, ia bertentangan dengan Perkara 152, iaitu Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu...

Penubuhan Kolej Swasta Cina


1988 hingga 1998, tiga buah kolej menawarkan sistem pendidikan Cina berjaya ditubuhkan melalui usaha Dong Zong di tiga zon Semenanjung :

》Kolej Selatan (zon selatan)
》Kolej New Era (zon tengah)
》Kolej Han Chiang (zon utara)

Mereka terus gigih memperjuangkan lebih banyak kolej dan IPTS dengan bahasa pengantarnya bahasa Cina...

Menentang Laporan Pendidikan Kabinet 1979


9 Oktober 1974, Menteri Pelajaran, Mahathir Mohamad menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Kabinet bagi menyelesaikan beberapa masalah pendidikan dan membentuk rakyat yang bersatu padu...

Pada 1979, hasil laporan tersebut mencadangkan agar semua sekolah swasta diwajibkan menggunakan kurikulum sekolah kerajaan dan perlu menawarkan peperiksaan awam...

Dong Zong menentangnya kerana ia menggugat status quo sekolah menengah persendirian Cina...

Menentang Pelaksanaan 3M


8 Disember 1980, Menteri Pelajaran, Musa Hitam mengumumkan pembaharuan kurikulum dengan melaksanakan skim 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)...

Dong Zong menentang pelaksanaannya kerana bakal menghakis bahasa ibunda Cina di SJK(C) memandangkan bahasa pengajaran dibuat dalam bahasa kebangsaan (kecuali buku teks Bahasa Cina dan Ilmu Hisab)...

Operasi Lalang


Dong Zong juga pernah hampir mencetuskan rusuhan kaum, antaranya pada 1987 apabila pertubuhan itu menentang pelantikan 60 jawatan pentadbir kanan di SJK(C) oleh kementerian (menterinya ketika itu ialah Anwar Ibrahim) yang dikatakan tidak berkelayakan bahasa Cina...

Penentangan itu meleret sehingga menjadi kontroversi perkauman dan berakhir dengan penangkapan besar-besaran di bawah ISA dalam Operasi Lalang...

Lucut Kewarganegaraan


Pada tahun 1961 seorang pengasas dan Pengerusi Dong Zong, Lim Lian Geok telah dilucutkan status kewarganegaraan oleh kerajaan kerana menentang dasar kerajaan menyatu padukan rakyat pelbagai kaum melalui undang-undang dan dasar pendidikan (antaranya Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 - kesemuanya menganjur penekanan Bahasa Kebangsaan)...

Pada 14 November 2011, Dong Jiao Zong mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak supaya memberi semula taraf warganegara kepada mendiang Lim Lian Geok, walaupun mendiang sudah meninggal dunia pada 1985...

Isu Tulisan Jawi


2019, Dong Zong sekali lagi membuat onar bila membantah keputusan kerajaan untuk perkenalkan Tulisan Jawi di semua sekolah vernakular...

Alasan separa matang mereka ialah, ianya akan menggugat bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Mandarin...

Persoalannya :

》Di manakah rasionalnya dakwaan Dong Zong langkah memperkenalkan Tulisan Jawi yang hanya 6 mukasurat itu di semua sekolah vernakular akan menggugat penggunaan Bahasa Mandarin di kalangan masyarakat Cina?

》Apakah Dong Zong fikir mereka sudah besar kepala apabila sebahagian dari menteri kanan dalam kabinet kerajaan Pakatan terdiri dari pemimpin DAP hingga mereka terlalu angkuh menolak dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia?


Dalam isu memperkenalkan Tulisan Jawi di sekolah vernakular, akhirnya kerajaan Pakatan di bawah pimpinan Dr. Mahathir telah melutut di kaki Dong Zong...

Kerajaan Pakatan membuat keputusan dasar memperkenalkan Tulisan Jawi di sekolah vernakular HANYA BOLEH diteruskan sekiranya mendapat persetujuan PIBG sekolah berkenaan...

Persoalannya, siapa yang menganggotai PIBG sekolah vernakular tersebut dan sudah PASTI mereka akan menolak...

Pendek kata, dasar akan hanya tinggal dasar tanpa ada apa-apa perlaksanaan...

Dan Dong Zong tetap dan makin akan besar kepala kerana merasakan mereka kebal dan tidak ada siapa pun, walau pun kerajaan yang mampu menggugat mereka...

Tahniah Dr. Maszlee Malik dan Dr. Mahathir yang akhirnya tunduk dengan arahan Dong Zong!!!



Rujukan:

Cheong Yuen Keong, 2013
Gerakan Pendidikan Cina di Malaysia. Petaling Jaya: SIRD

Kua Kia Soong, 2008
New Era College Controversy. Kuala Lumpur: Oriengroup

Kua Kia Soong, 2010
Lim Lian Geok, Soul of the Malaysian Chinese. Kuala Lumpur : LLG Cultural Development Centre

Dong Jiao Zong, 14 November 2014
Memorandum kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/08/kenapa-kerajaan-mesti-ambil-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Zong Di Sebalik Kerajaan

Dong Zong Di Sebalik Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 342 hits
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Dasar jejas proses pencinaan pelajar menjadi secina cinanya ditentangSEDIH teramat sangat apabila perlaksanaan dasar Pendidikan negara perlu bertanya kepada PIBG Sekolah Cina sama ada ia boleh dilaksanakan atau ...
Siapa Kerajaan Dong Zong Atau Kerajaan Malaysia

Siapa Kerajaan Dong Zong Atau Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 177 hits
Sedih teramat sangat apabila perlaksanaan dasar Pendidikan negara perlu bertanya kepada PIBG Sekolah Cina sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak Tidak kah kita sedar bahaw PIBG Sekolah Cina itulah Dong Zong Di manakah maruah kita selaku ...
Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Parti Politik Perkauman

Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Parti Politik Perkauman

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 217 hits
Ambil tindakan tegas ke atas parti politik perkaumanOleh August 15 2019Tindakan parti parti pembangkang menghangatkan isu perkauman di Malaysia amat dikesali pada bulan Zulhijah ketika umat Islam menunaikan ibadah haji di Mekah Tidak sewaja...
Gps Lancar Petisyen Desak Kerajaan Haramkan Dong Zong

Gps Lancar Petisyen Desak Kerajaan Haramkan Dong Zong

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 271 hits
BANGI 10 Zulhijjah 1440H Ahad Gerakan Pengundi Sedar melancarkan satu petisyen bagi menggesa kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak Cina Persekutuan Persatuan persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia GPS dalam petisyen ber
Hina Atm Adun Ngo Tuntut Tindakan Tegas Ke Atas Yew Yi

Hina Atm Adun Ngo Tuntut Tindakan Tegas Ke Atas Yew Yi

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 251 hits
Kenyataan ahli perniagaan satu penghinaan kepada anggota tentera ADUN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri KLANG Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bersama beberapa wakil NGO yang lain membuat laporan polis di pe...
Pasang Bendera Malaysia Terbalik Beranikah Kerajaan Ph Mengambil Tindakan Tegas

Pasang Bendera Malaysia Terbalik Beranikah Kerajaan Ph Mengambil Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 819 hits
Pemasangan bendera Malaysia terbalik langkah pihak yang sengaja mahu mempersenda selain pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta Ketua Pemuda Umno Selangor Rizam Ismail menegaskan pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan teg...
Adakah Kula Segaran Dong Zong Juga Akan Dikenakan Tindakan

Adakah Kula Segaran Dong Zong Juga Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 274 hits
Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyambut baik ketegasan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk terus menyiasat serta menangkap mana mana pihak yang membangkitkan sensitiviti perkauman bangsa dan agama Bagaimanapun kata ketuany...
Tindakan Tegas Jika Benar Dakwaan Kontraktor Berkomplot Bida Projek Kerajaan Kata Lim

Tindakan Tegas Jika Benar Dakwaan Kontraktor Berkomplot Bida Projek Kerajaan Kata Lim

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 317 hits
Suruhanjaya Persaingan Malaysia BUTTERWORTH Syarikat kontraktor yang disyaki berkomplot dalam bidaan projek kerajaan perlu dikenakan tindakan sekiranya dakwaan itu wujud kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata tindakan itu sememan...
Muhyiddin Cops To Question Dong Zong Yew Yin And Zakir

Muhyiddin Cops To Question Dong Zong Yew Yin And Zakir

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 253 hits
Police will be calling in educationist group Dong Zong tycoon Koon Yew Yin and preacher Zakir Naik in for questioning Home Minister Muhyiddin Yassin said this is in light of the tendency of various quarters to spread fake news and make raci...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih