Batal Ipp Untuk Ringankan Beban



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Empat hingga enam lesen baru IPP mungkin dibatalkanDASAR “cash is king” kerajaan lama Barisan Nasional (BN) menular secara sistematik dan berleluasa sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi yang tidak diperalatkan.
Penyiasatan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dengan bantuan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Emiment Persons/CEP) mendapati sistem pemberian kontrak dan konsesi zaman kleptokrasi (kerajaan yang mencuri) merugikan negara dan membebankan rakyat jelata.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengamalkan dasar “duit adalah raja” dengan harapan mendapat taat setia dan sokongan semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.
Antara badan yang teruk dibebani oleh amalan ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini berkesudahan dengan kerajaan membatalkan beberapa lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) yang dikeluarkan pada beliau.
Pemberian tidak terkawal lesen IPP ini menyebabkan TNB dibebani kos operasi tambahan apabila terpaksa (atau dipaksa) membeli elektrik yang tidak diperlukan yang dijana oleh IPP.
TNB pula akan memindahkan beban kos itu kepada pengguna dalam bentuk tarif elektrik yang lebih mahal.
Dalam bahasa yang mudah, pengguna dipaksa membayar tarif yang lebih tinggi daripada sepatutnya supaya pemegang konsesi IPP mendapat keuntungan terjamin selama sehingga 25 tahun.
Walaupun penjanaan menggunakan sistem IPP telah membantu menjamin bekalan yang stabil, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak lesen IPP dikeluarkan.
Boleh dikatakan semua lesen baru ini diputuskan secara rundingan terus dan kebanyakan penerimanya adalah orang yang tidak pernah terlibat dengan penjanaan elektrik atau yang sepatutnya tidak terbabit dengan perniagaan.
Akibatnya TNB, sebagai pembeli tunggal elektrik yang dijana oleh IPP di Semenanjung, mempunyai bekalan yang tidak diperlukan yang jauh lebih tinggi daripada margin rizab (reserve margin) 30 peratus yang diperlukan.
Margin rizab ini diperlukan untuk menghadapi kemungkinan seperti permintaan yang naik secara mendadak atau apabila berlaku penutupan penjana kerana kecemasan atau untuk penyelenggaraan.
Empat Lesen Batal

Pada 25 Oktober lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengumumkan pembatalan empat lesen IPP atas alasan gagal mematuhi syarat.

Empat lesen IPP yang dibatalkan itu adalah:

1.Usaha sama Malakoff Corp Bhd-TNB di Kapar, Selangor dengan daya penjanaan 700MW menggunakan gas;

2.Aman Majestic Sdn Bhd-TNB di Paka, Terengganu dengan keupayaan 1,400MW menggunakan gas;

3.Penjana hidro usaha sama Sabah Development Energy (Sandakan) Sdn Bhd - SM Hydro Energy Sdn Bhd di Sandakan, Sabah; dan

4.Penjanaan tenaga solar 400MW oleh Edra Power Holdings Sdn Bhd milik China. Edra ini asalnya milik 1MDB, tetapi dijual kepada China untuk bayar balik sebahagian hutang 1MDB.

Sumber-sumber memberitahu dua buah lagi projek sedang dipertimbangkan pembatalannya, iaitu Tadamax di Pulau Indah, Selangor dengan cadangan kapasiti 1,400MW dan THB Power Sdn Bhd dengan cadangan kapasiti 1,400MW juga di Gurun, Kedah.

Tanpa penjana-penjana ini pun, bekalan elektrik yang terpaksa dibeli oleh TNB dalam jangka pendek akan melebihi rizab yang ditetapkan.
Misalnya, apabila IPP Tuah milik Edra di Melaka mula beroperasi pada tahun 2021, rizab TNB akan melambung kepada 46 peratus dan jika pembinaan IPP yang sudah dilesenkan itu diteruskan, lebihan akan meningkat kepada hampir 50 peratus pada tahun 2024.
Dalam bahasa yang mudah, pengguna dijadikan mangsa dengan kadar tarif elektrik yang lebih tinggi daripada sepatutnya semata-mata bagi memperkayakan beberapa orang kenamaan dan kapitalis.
Identiti mereka bukanlah rahsia tetapi saya tidak akan dedahkannya kerana projek mereka telah pun dibatalkan dan mungkin mencetuskan satu lagi kontroversi jika dihebahkan.
Ironinya, lembaga pengarah dan pengurusan kanan TNB yang membuat keputusan merugikan itu masih belum diganti walaupun ada khabar mengatakan mereka akan ditukar tidak lama lagi.
Mereka ini wajib mengambil tanggungjawab atas keputusan yang mereka buat tidak kiralah sama ada mereka melakukannya secara bebas atau kerana wahyu daripada kerajaan lama.
Kesimpulannya, kalau BN terus berkuasa dan penjanaan elektrik yang berlebihan ini diteruskan maka TNB akan dibebani bekalan berlebihan dan pengguna dipaksa membayar kadar tarif yang lebih tinggi.
Tekanan harga elektrik tetap ada kerana kos penjanaan akan naik jika harga gas dan arang batu naik. Tetapi setidak-tidaknya buat masa ini tekanan harga kerana bekalan yang berlebihan sedang dikurangkan dengan pembatalan empat hingga enam IPP berkenaan.
Sementara itu, dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan penambahan subsidi elektrik kepada pengguna kecil daripada RM20 sebulan kepada RM40.
Nota kaki: Blog ini mengamalkan dasar hak menjawab (right of reply). Pembaca yang tidak puas hati boleh menjawab dalam ruang komen. Saya hanya bertanggungjawab ke atas blog ini saja. Saya tidak ada kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap petikan daripada blog ini oleh pihak-pihak lain.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kadirjasin.blogspot.com/2018/11/batal-ipp-untuk-ringankan-beban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembatalan Ipp Ringankan Beban Tnb Jika Tidak Rakyat Bakal Tanggung Beban

Pembatalan Ipp Ringankan Beban Tnb Jika Tidak Rakyat Bakal Tanggung Beban

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 314 hits
DASAR cash is king kerajaan lama Barisan Nasional menular secara sistematik dan berleluasa sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi yang tidak diperalatkan Penyiasatan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan dengan bantuan Majlis Penasihat E...
Kerajaan Tidak Akan Tangguh Batal Projek Menara Felcra Azmin

Kerajaan Tidak Akan Tangguh Batal Projek Menara Felcra Azmin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 322 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan idak akan menangguh atau membatalkan projek pembinaan Menara Felcra di Jalan Semarak di sini yang telah siap 41 22 peratus daripada k...
Sistem Komputer Bermasalah 1 170 Orang Batal Tes Cpns Di Kabupaten Kediri

Sistem Komputer Bermasalah 1 170 Orang Batal Tes Cpns Di Kabupaten Kediri

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 242 hits
Test CPNS hari pertama di Kabupaten Kediri batal digelar Penyebabnya jaringan komputerisasi belum siap Panitia pun menunda kegiatan test dan peserta tes yang berjumlah 1 170 orang harus kembali pulang
Saling Tengkar Soal Alasan Premium Batal Naik Anggota Gerindra Tinggalkan Rapat

Saling Tengkar Soal Alasan Premium Batal Naik Anggota Gerindra Tinggalkan Rapat

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 265 hits
Atas perdebatan panjang tersebut kemudian pemimpin rapat menskors rapat tersebut Setelah rapat dibuka perdebatan antar anggota dewan yang hadir kembali terjadi akhirnya rapat diputuskan tertutup Atas keputusan ini membuat anggota Komisi VII...
Ani Arope Dedah Rancangan Black Out 1992 Untuk Wujudkan Ipp

Ani Arope Dedah Rancangan Black Out 1992 Untuk Wujudkan Ipp

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 312 hits
Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd Tan Sri Ani Arope mendedahkan perancangan Black Out seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas di negara ini Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau Memoir Ta...
Drone Ini Sekecil Lebah Namun Bisa Tarik Beban Super Berat

Drone Ini Sekecil Lebah Namun Bisa Tarik Beban Super Berat

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 187 hits
Drone ini sekecil lebah namun bisa tarik beban super berat Terinspirasi dari alam tepatnya si penghasil madu yakni lebah para ilmuwan berhasil mengembangkan sebuah dron yang ukurannya sangat kecil atau lebih tepat disebut microdrone
Diimbau Wali Kota Aksi Bela Tauhid Di Malang Batal Digelar

Diimbau Wali Kota Aksi Bela Tauhid Di Malang Batal Digelar

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 283 hits
Massa aksi Bela Tauhid di Alun Alun Merdeka Kota Malang akhirnya membubarkan diri usai mendapat imbauan dari Forum Komunikasi Pimpinan Daerah Massa yang menamakan diri Komunitas Pembela Tauhid Malang Raya akhirnya batal menggelar jalan seha...
Mengaku Sakit Ratna Sarumpaet Batal Diperiksa Bawaslu

Mengaku Sakit Ratna Sarumpaet Batal Diperiksa Bawaslu

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 231 hits
Tim Anggota Komisioner Badan Pengawas Pemilihan Umum batal memeriksa tersangka Ratna Sarumpaet Mantan anggota Pemenangan Prabowo Sandiaga itu mengaku sakit
Cabar Di Mahkamah Uk Batal Pembayaran Usd 5 78 Billion

Cabar Di Mahkamah Uk Batal Pembayaran Usd 5 78 Billion

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 271 hits
Kerajaan akan berada di Mahkamah Tinggi London hari ini bagi memfailkan permohonan untuk mengketepikan anugerah persetujuan yang direkodkan oleh tribunal timbangtara pada 9 Mei tahun lalu Anugerah persetujuan itu adalah antara International...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan