Ani Arope Dedah Rancangan Black Out 1992 Untuk Wujudkan Ipp



(Keadilan Daily, 22 May 2014) – Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope, mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.
Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.
“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.
“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.
Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.
Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.
Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.
“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.
Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.
Subsidi itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.
“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui. Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.
PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.
Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/08/ani-arope-dedah-rancangan-black-out-1992-untuk-wujudkan-ipp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Black Dedah Nama Anak Kedua Di Instagram

Black Dedah Nama Anak Kedua Di Instagram

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 410 hits
Jika anda masih belum move on lagi dengan kepetahan anak Black iaitu Dayyan berkata kata baru baru ini penyanyi tersebut turut berkongsikan nama kedua The post appeared first on
Knkt Dibantu Singapura Cari Black Box Lion Air Jt610

Knkt Dibantu Singapura Cari Black Box Lion Air Jt610

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 315 hits
KNKT dibantu Singapura cari Black box Lion Air JT610 Menurut Soerjano dari Singapura membantu tiga personel dan peralatan khusus untuk mencari black box pesawat
Black Hanifah Sambut Kelahiran Anak Kedua Dayyan Excited Jadi Abang

Black Hanifah Sambut Kelahiran Anak Kedua Dayyan Excited Jadi Abang

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 570 hits
Penyanyi Black Hanifah menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira selamat bersalin semalam Cira telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada Khamis 25 10 2018 1 56 pagi Khabar gembira itu dikongsika...
Unboxing Galaxy Note9 Midnight Black Rm3 699 Malaysia

Unboxing Galaxy Note9 Midnight Black Rm3 699 Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 455 hits
Fenomena pelancaran Smartphone Samsung terbaik di Malaysia setakat ini MrJocko turut sama dalam menyaksikan pengenalan kepada model terbaru Samsung Galaxy Note9 yang telah berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada bulan Ogos 2018 yang le...
Black Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Black Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 356 hits
Tahniah buat Black dan isterinya kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua hari ini pada jam 1 56 pagi Perkara tersebut dikongsikan The post appeared first on
Panglima Tni Akan Fokuskan Pencarian Di Lokasi Bunyi Ping Black Box Lion Air

Panglima Tni Akan Fokuskan Pencarian Di Lokasi Bunyi Ping Black Box Lion Air

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 295 hits
Kami menduga kuat badan pesawat yang lebih besar tak jauh dari lokasi tersebut jelas Hadi
Asal Sinyal Black Box Lion Air Berjarak 400 Meter Dari Titik Hilang Pesawat

Asal Sinyal Black Box Lion Air Berjarak 400 Meter Dari Titik Hilang Pesawat

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 340 hits
Lokasi sinyal black box berada di kedalaman 32 meter dari permukaan laut dan jarak 400 meter titik hilang Selain black box diduga bangkai pesawat juga berada di lokasi tersebut
Isteri Black Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Isteri Black Selamat Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 521 hits
Tahniah buat Black dan isterinya kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua hari ini pada jam 1 56 pagi Perkara tersebut dikongsikan penyanyi tersebut melalui akaun Instagram miliknya disertai dengan ucapan tahniah tidak henti henti da...
Kelilingi Dunia Dengan Souled Out Kota Kinabalu

Kelilingi Dunia Dengan Souled Out Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 350 hits
SOULed OUT Kota Kinabalu membawa pelanggannya menyertai perjalanan kuliner di seluruh dunia dengan menu baharu yang memperkenalkan pelbagai perasa antarabangsa kepada destinasi santai di pinggir air Im the YatieOwner The Personal Blogger Fr...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank