Cabar Di Mahkamah Uk Batal Pembayaran Usd 5 78 Billion


Kerajaan akan berada di Mahkamah Tinggi London hari ini bagi memfailkan permohonan untuk mengketepikan anugerah (award) persetujuan yang direkodkan oleh tribunal timbangtara pada 9 Mei tahun lalu.

Anugerah persetujuan itu adalah antara International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS sebagai pihak penuntut dan 1MDB serta Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai responden.

Di bawah persetujuan itu, Malaysia perlu membayar AS$5.78 bilion kepada IPIC dan pemegang amanah bon dalam tempoh lima tahun, jumlah wang yang ditakrifkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang diperoleh melalui cara yang menipu.

“Asas bagi cabaran perundangan Malaysia di Mahkamah Tinggi di London adalah bahawa Award Persetujuan tersebut telah diperoleh secara penipuan ataupun dengan cara yang bertentangan dengan polisi umum. “Permohonan mahkamah tersebut berkaitan dengan pengetahuan IPIC dan Aabar akan tuduhan yang serius yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, Najib Razak, yang juga merupakan tenaga penggerak dan pembuat keputusan yang utama di 1MDB. “Pengetahuan mereka diperoleh, antara lainnya, tidak terkemudian daripada masa sidang media DOJ yang diadakan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch, pada Julai 2016 apabila beliau mengumumkan pemfailan beberapa guaman sivil oleh DOJ untuk membekukan aset-aset yang dibeli oleh penipu-penipu menggunakan hasil yang dicuri, dan secara kebiasaannya diperihalkan sebagai kleptokrasi yang terbesar dalam sejarah moden, " kata Thomas dalam satu kenyataan hari ini.
Pertuduhan yang berat dan terperinci dalam dokumen-dokumen mahkamah DOJ, katanya telah mendapat publisiti global yang hebat, terutamanya dalam media politik dan perniagaan.

“Hal ini jelas sekali telah memasuki domain global umum pada Julai 2016. Najib Razak dikenal pasti sebagai MO1 dalam pliding-pliding DOJ.

“Mana-mana pembaca yang rasional yang membaca dokumen-dokumen tersebut dengan serta-merta akan menyedari peranan utama dia menipu 1MDB untuk manfaat dirinya sendiri, anak tirinya dan Jho Low,” katanya.

Berikut kenyataan penuh itu:

Mencabar Award Persetujuan Timbang Tara IPIC

1. Kerajaan Malaysia akan membuat permohonan kepada Mahkamah di England untuk suatu perintah bagi mengetepikan Award Persetujuan yang direkodkan pada 9 Mei 2017 oleh Tribunal Timbang tara yang bersidang di London. Kami berasa yakin bahawa kami mempunyai kes yang kukuh. Timbang tara tersebut, yang dijalankan di bawah Peraturan-peraturan London Court of International Arbitration, adalah antara International Petroleum Investment Company (“IPIC”) dan Aabar Investments PJS, selaku pihak-pihak menuntut, dengan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan, selaku pihak-pihak responden.

2. Di bawah Award Persetujuan tersebut, Malaysia bertanggungan untuk membayar US$5.78 bilion kepada IPIC dan Pemegang Amanah Bon bagi tempoh lima tahun. Setakat ini, sejumlah US$1.46 bilion telah dibayar, dan bakinya US$4.32 bilion, dengan bayaran faedah seterusnya sebanyak US$50 juta perlu dibayar pada 11 November 2018. Pembayaran faedah yang serupa perlu dibayar secara berkala sehingga April 2022. Pembayaran-pembayaran akhir secara sekali gus, sebanyak US$1.8 bilion setiap satunya yang merupakan jumlah pokok dan faedah, perlu dibayar pada Mei dan Oktober 2022.

3. Asas bagi cabaran perundangan Malaysia di Mahkamah Tinggi di London adalah bahawa Award Persetujuan tersebut telah diperoleh secara penipuan ataupun dengan cara yang bertentangan dengan polisi umum. Permohonan Mahkamah tersebut berkaitan dengan pengetahuan IPIC dan Aabar akan tuduhan yang serius yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak, yang juga merupakan tenaga penggerak dan pembuat keputusan yang utama di 1MDB. Pengetahuan mereka diperoleh, antara lainnya, tidak terkemudian daripada masa Sidang Media DOJ yang diadakan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch, pada Julai 2016 apabila beliau mengumumkan pemfailan beberapa guaman sivil oleh DOJ untuk membekukan aset-aset yang dibeli oleh penipu-penipu menggunakan hasil yang dicuri, dan secara kebiasaannya diperihalkan sebagai kleptokrasi yang terbesar dalam sejarah moden.

4. Pertuduhan yang berat dan terperinci dalam dokumen-dokumen mahkamah DOJ telah mendapat publisiti global yang hebat, terutamanya dalam media politik dan perniagaan. Hal ini jelas sekali telah memasuki domain global umum pada Julai 2016. Najib Razak dikenal pasti sebagai “MO1” dalam pliding-pliding DOJ. Mana-mana pembaca yang rasional yang membaca dokumen-dokumen tersebut dengan serta-merta akan menyedari peranan utama dia menipu 1MDB untuk manfaat dirinya sendiri, anak tirinya dan Jho Low.

5. Dalam keadaan-keadaan tersebut, Malaysia mengambil kedudukan bahawa IPIC dan Aabar sedar akan penipuan Najib Razak. Sebarang sistem perundangan akan mendapati bahawa tidak mungkin dia telah bertindak demi kepentingan terbaik negaranya dan syarikatnya. Hakikatnya, dia tidak bertindak sedemikian. Penipuan merupakan asas yang mantap untuk mencabar award persetujuan atas sebab-sebab polisi umum.

6. Dengan sukacitanya kami melaporkan bahawa permohonan tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada hari ini. Malaysia akan menuntut bahawa akibat daripada penipuan tersebut, kita dibebaskan daripada sebarang tanggungan untuk membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC atau Aabar di bawah Award Persetujuan, dan tambahan daripada ini kita mempunyai hak untuk mendapatkan semula US$1.46 bilion yang telah dibayar

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/10/cabar-di-mahkamah-uk-batal-pembayaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Ada Bukti Deepak Cabar Najib Rosmah Lawan Di Mahkamah

Saya Ada Bukti Deepak Cabar Najib Rosmah Lawan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 419 hits
19 Okt 2018 Peniaga permaidani Deepak Jaikishian mencabar Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk berdepan dengannya di mahkamah dan bukannya mengarahkan peguam mereka untuk membatalkan samannya Mendakwa mempunya...
Tahap Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Eur Usd Untuk 05 November 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Eur Usd Untuk 05 November 2018

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 347 hits
Berdasarkan kepada carta mingguan pasangan mata wang EUR USD ini menunjukkan corak pembalikkan Head and Shoulders dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses Pada 10 September lalu tahap 1 1500 menawarkan pemulihan kenaikkan harga sement...
Tiga Pemenang Lelang Blok Migas Terminasi Ditetapkan Negara Kantongi Usd 13 9 Juta

Tiga Pemenang Lelang Blok Migas Terminasi Ditetapkan Negara Kantongi Usd 13 9 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 217 hits
Wakil Menteri ESDM Arcandra Tahar mengatakan ada empat wilayah kerja atau blok migas yang akan habis masa kontranya pada 2022 tiga di antaranya sudah ditetapkan kontraktor yang akan mengelola pasca kontrak habis
Jokowi Pembayaran Utang Rs Sampai Ke Presiden Mestinya Rampung Di Menkes

Jokowi Pembayaran Utang Rs Sampai Ke Presiden Mestinya Rampung Di Menkes

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 256 hits
Jokowi mengatakan bahwa menyelesaikan masalah tentang utang BPJS ke RS tidak sulit Yang terpenting sistemnya terbangun dengan benar
Cegah Pungli Polres Gresik Pakai Sistem Cps Untuk Pembayaran Pnpb Non Tunai

Cegah Pungli Polres Gresik Pakai Sistem Cps Untuk Pembayaran Pnpb Non Tunai

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 232 hits
Dengan sistem ini masyarakat yang ingin memperpanjang SIM A atau C maupun SKCK nya bisa menggunakan TCASH atau e money di loket pembayaran di Polres Gresik atau di Satpas Polres Gresik Caranya cukup melakukan snap QR Code dengan mengarahkan...
Pln Peroleh Kredit Sindikasi Internasional Senilai Usd 1 62 M Untuk Proyek 35 000 Mw

Pln Peroleh Kredit Sindikasi Internasional Senilai Usd 1 62 M Untuk Proyek 35 000 Mw

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 312 hits
Dana dari fasilitas kredit sindikasi ini akan digunakan untuk mendanai investasi PLN dan untuk tujuan korporasi secara umum dalam kaitannya dengan mensukseskan proyek 35 000 MW
Ini Percakapan Idrus Eni Minta Usd 2 5 Juta Ke Johanes Kotjo Untuk Munaslub Golkar

Ini Percakapan Idrus Eni Minta Usd 2 5 Juta Ke Johanes Kotjo Untuk Munaslub Golkar

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 245 hits
Jaksa Penuntut Umum Komisi Pemberantasan Korupsi memutar rekaman percakapan antara mantan Menteri Sosial Idrus Marham dan mantan Wakil Ketua Komisi VII DPR Eni Maulani Saragih Rekaman berisi permintaan USD 2 5 juta oleh Idrus Marham Permint...
3 Perusahaan Singapura Bukukan Kontrak Dagang Usd 26 5 Juta Di Tei 2018

3 Perusahaan Singapura Bukukan Kontrak Dagang Usd 26 5 Juta Di Tei 2018

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 257 hits
Duta Besar untuk Singapura Ngurah Swajaya memimpin delegasi bisnis yang terdiri dari 79 pelaku usaha asal Singapura untuk menghadiri Trade Expo Indonesia 2018 Dalam acara tersebut sebanyak 3 perusahaan Singapura membukukan kontrak dagang se...
Andi Narogong Bayar Lunas Uang Pengganti Korupsi E Ktp Rp 2 186 M Usd 2 5 Juta

Andi Narogong Bayar Lunas Uang Pengganti Korupsi E Ktp Rp 2 186 M Usd 2 5 Juta

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 220 hits
Sehingga total KPK melalui Unit Labuksi telah melakukan eksekusi dan penyelamatan uang negara total Rp 2 186 miliar dan USD 2 5 juta untuk terpidana Andi Agustinus dalam kasus e KTP ini
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra