Pembatalan Ipp Ringankan Beban Tnb Jika Tidak Rakyat Bakal Tanggung Beban


DASAR “cash is king” kerajaan lama Barisan Nasional (BN) menular secara sistematik dan berleluasa sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi yang tidak diperalatkan.

Penyiasatan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dengan bantuan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Emiment Persons/CEP) mendapati sistem pemberian kontrak dan konsesi zaman kleptokrasi (kerajaan yang mencuri) merugikan negara dan membebankan rakyat jelata.

Bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengamalkan dasar “duit adalah raja” dengan harapan mendapat taat setia dan sokongan semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.

Antara badan yang teruk dibebani oleh amalan ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini berkesudahan dengan kerajaan membatalkan beberapa lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) yang dikeluarkan pada beliau.

Pemberian tidak terkawal lesen IPP ini menyebabkan TNB dibebani kos operasi tambahan apabila terpaksa (atau dipaksa) membeli elektrik yang tidak diperlukan yang dijana oleh IPP.TNB pula akan memindahkan beban kos itu kepada pengguna dalam bentuk tarif elektrik yang lebih mahal.

Dalam bahasa yang mudah, pengguna dipaksa membayar tarif yang lebih tinggi daripada sepatutnya supaya pemegang konsesi IPP mendapat keuntungan terjamin selama sehingga 25 tahun.

Walaupun penjanaan menggunakan sistem IPP telah membantu menjamin bekalan yang stabil, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak lesen IPP dikeluarkan.

Boleh dikatakan semua lesen baru ini diputuskan secara rundingan terus dan kebanyakan penerimanya adalah orang yang tidak pernah terlibat dengan penjanaan elektrik atau yang sepatutnya tidak terbabit dengan perniagaan.

Akibatnya TNB, sebagai pembeli tunggal elektrik yang dijana oleh IPP di Semenanjung, mempunyai bekalan yang tidak diperlukan yang jauh lebih tinggi daripada margin rizab (reserve margin) 30 peratus yang diperlukan.

Margin rizab ini diperlukan untuk menghadapi kemungkinan seperti permintaan yang naik secara mendadak atau apabila berlaku penutupan penjana kerana kecemasan atau untuk penyelenggaraan.


Empat Lesen Batal

Pada 25 Oktober lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengumumkan pembatalan empat lesen IPP atas alasan gagal mematuhi syarat.

Empat lesen IPP yang dibatalkan itu adalah:

Usaha sama Malakoff Corp Bhd-TNB di Kapar, Selangor dengan daya penjanaan 700MW menggunakan gas;Aman Majestic Sdn Bhd-TNB di Paka, Terengganu dengan keupayaan 1,400MW menggunakan gas;Penjana hidro usaha sama Sabah Development Energy (Sandakan) Sdn Bhd - SM Hydro Energy Sdn Bhd di Sandakan, Sabah; danPenjanaan tenaga solar 400MW oleh Edra Power Holdings Sdn Bhd milik China. Edra ini asalnya milik 1MDB, tetapi dijual kepada China untuk bayar balik sebahagian hutang 1MDB.

Sumber-sumber memberitahu dua buah lagi projek sedang dipertimbangkan pembatalannya, iaitu Tadamax di Pulau Indah, Selangor dengan cadangan kapasiti 1,400MW dan THB Power Sdn Bhd dengan cadangan kapasiti 1,400MW juga di Gurun, Kedah.

Tanpa penjana-penjana ini pun, bekalan elektrik yang terpaksa dibeli oleh TNB dalam jangka pendek akan melebihi rizab yang ditetapkan.

Misalnya, apabila IPP Tuah milik Edra di Melaka mula beroperasi pada tahun 2021, rizab TNB akan melambung kepada 46 peratus dan jika pembinaan IPP yang sudah dilesenkan itu diteruskan, lebihan akan meningkat kepada hampir 50 peratus pada tahun 2024.

Dalam bahasa yang mudah, pengguna dijadikan mangsa dengan kadar tarif elektrik yang lebih tinggi daripada sepatutnya semata-mata bagi memperkayakan beberapa orang kenamaan dan kapitalis.

Identiti mereka bukanlah rahsia tetapi saya tidak akan dedahkannya kerana projek mereka telah pun dibatalkan dan mungkin mencetuskan satu lagi kontroversi jika dihebahkan.

Ironinya, lembaga pengarah dan pengurusan kanan TNB yang membuat keputusan merugikan itu masih belum diganti walaupun ada khabar mengatakan mereka akan ditukar tidak lama lagi.

Mereka ini wajib mengambil tanggungjawab atas keputusan yang mereka buat tidak kiralah sama ada mereka melakukannya secara bebas atau kerana wahyu daripada kerajaan lama.

Kesimpulannya, kalau BN terus berkuasa dan penjanaan elektrik yang berlebihan ini diteruskan maka TNB akan dibebani bekalan berlebihan dan pengguna dipaksa membayar kadar tarif yang lebih tinggi.
Tekanan harga elektrik tetap ada kerana kos penjanaan akan naik jika harga gas dan arang batu naik. Tetapi setidak-tidaknya buat masa ini tekanan harga kerana bekalan yang berlebihan sedang dikurangkan dengan pembatalan empat hingga enam IPP berkenaan.

Sementara itu, dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan penambahan subsidi elektrik kepada pengguna kecil daripada RM20 sebulan kepada RM40.

Tulisan Artikel : Kadir Jasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/pembatalan-ipp-ringankan-beban-tnb-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Ipp Untuk Ringankan Beban

Batal Ipp Untuk Ringankan Beban

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 228 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Empat hingga enam lesen ...
Di Pertemuan Cpopc Indonesia Bakal Negosiasi Bea Masuk Kelapa Sawit Ke India

Di Pertemuan Cpopc Indonesia Bakal Negosiasi Bea Masuk Kelapa Sawit Ke India

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 263 hits
Menteri Perindustrian Airlangga Hartarto mengatakan ada sejumlah pembahasan mengenai sawit yang akan dibawa dalam pertemuan tingkat menteri dewan negara negara produsen minyak sawit Salah satunya adalah mengenai bea masuk CPO dari Malaysia ...
Tak Mau Mangkrak Menteri Basuki Bakal Lelang Dini Proyek Infrastruktur 2019

Tak Mau Mangkrak Menteri Basuki Bakal Lelang Dini Proyek Infrastruktur 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 269 hits
Kementerian PUPR diberikan jatah anggaran sebesar Rp 110 7 triliun tahun depan Dari jumlah tersebut sekitar 80 persen atau Rp 88 triliun merupakan pengadaan barang dan jasa yang dilakukan melalui pelelangan
Ini Hal Penting Bakal Diselidiki Dari Cvr Lion Air Pq Lqp

Ini Hal Penting Bakal Diselidiki Dari Cvr Lion Air Pq Lqp

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 247 hits
Kepala Komite Nasional Keselamatan Transportasi Soerjanto Tjahjono mengatakan dalam kasus ini FDR dan CVR sangat penting untuk mengungkap apa yang sebenarnya terjadi di dalam kokpit pesawat
Hadiah Cincin Dari Hafreez Adam Bukan Tanda Kami Bakal Nikah Zara Zya

Hadiah Cincin Dari Hafreez Adam Bukan Tanda Kami Bakal Nikah Zara Zya

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 705 hits
Selepas Ruhainies kini giliran Zara Zya pula menerima sebentuk cincin dari kekasih hati Tapi ianya bukanlah cincin lamaran tetapi kata Zara cincin tersebut hanyalah hadiah hari jadi dari Hafreez Adam Sebenarnya foto yang saya memuat naik it...
Zara Zya Nafi Bakal Kahwin Hafreez Adam

Zara Zya Nafi Bakal Kahwin Hafreez Adam

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 527 hits
Selepas Ruhainies kini giliran Zara Zya pula menerima sebentuk cincin dari kekasih hati Tapi ianya bukanlah cincin lamaran tetapi kata Zara cincin The post appeared first on
Wisata Olahraga Dan Mice Bakal Dibangun Di Kek Bangka Belitung

Wisata Olahraga Dan Mice Bakal Dibangun Di Kek Bangka Belitung

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 234 hits
Gubernur Kepulauan Bangka Belitung Erzaldi Rosman mengatakan apabila usulan tersebut disepakati oleh pemerintah untuk daerah Tanjung Gunung akan dijadikan Meeting Incentive Convention and Exhibition tourism Sementara di Sungai Liat akan dij...
Malioboro Direncanakan Bakal Bebas Kendaraan Bermotor

Malioboro Direncanakan Bakal Bebas Kendaraan Bermotor

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 216 hits
Dinas Perhubungan Daerah Istimewa Yogyakarta tengah menggodok konsep penataan lalu lintas di kawasan Malioboro Kota Yogyakarta Dalam konsep penataan lalu lintas itu nantinya kawasan Malioboro diwacanakan akan bebas kendaraan bermotor
Iphone 5g Bakal Diluncurkan Tahun 2020

Iphone 5g Bakal Diluncurkan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 287 hits
Tak seperti vendor smartphone lainnya yang telah menjanjikan smartphone 5G keluar sesegera mungkin Bahkan beberapa produsen smartphone seperti LG dan OnePlus mengatakan siap di 2019 Apple justru kebalikannya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025