Baru 2 Tahun Semua Gigi Terpaksa Dicabut Puncanya Banyak Menyusu Botol Susah Berus Gigi


Penjagaan gigi susu sangat penting di usia anak mula tumbuh gigi sehinggalah mula tercabut dengan sendirinya untuk memberi laluan kepada gigi kekal. Namun apa yang berlaku hari ini ramai kanak-kanak mengalami masalah karies gigi akibat daripada beberapa faktor.
Perlu ingat masalah karies gigi ini jika tidak dirawat dari awal, ia boleh menyebabkan masalah serius kepada anak kerana mungkin boleh berlaku jangkitan kuman sehingga anak berasa sakit dan perlu dibuang semua gigi.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Dr Azila Mohd Kasim, kes seorang pesakitnya yang baru berusia dua tahun dan perlu menjalani pembedahan membuang semua giginya boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa agar menitikberatkan penjagaan gigi anak dari awal.

Anak sekecil secomel 2 tahun ini sudah dicabut semua gigi susunya. Kenapa?
Perkongsian cerita ini telah mendapat kebenaran ibunya demi memberi kesedaran dan pengajaran ibu bapa di luar sana.
Ayden sangat susah untuk diberus giginya. Gusi sering berdarah dan mengadu sakit. Makan juga agak susah, maka dietnya hanya minum susu botol. Kebiasaannya apabila melihat kaum keluarga makan, dia akan meminta disuapkan.
Tetapi setelah disuap makanan oleh ibunya, dia tidak mengunyah malah diluek keluar makanannya.
Ibu pernah membawa Ayden berjumpa doktor gigi kerajaan untuk pemeriksaan. Sebaik diperiksa, doktor gigi memberi ubat tahan sakit.
Kemuncak kejadian, Ayden menangis-nangis tidak boleh tidur 2-3 malam akibat sakit gigi. Ibu memberi ubat tahan sakit tetapi tangisannya tidak reda. Ketika itu klinik kerajaan tutup.
Maka ibu bapa membawa ke bahagian kecemasan hospital. Doktor gigi ‘oncall ‘ memberi ubat tahan sakit paracetamol.
Ayden tetap nangis kesakitan, keesokan paginya ibu bapa membawa Ayden ke klinik gigi swasta. Doktor gigi tersebut menyarankan agar dirujuk ke pakar pergigian di hospital kerajaan kerana gusi sudah mulai bengkak-bengkak.
Sebaik jumpa doktor pakar di hospital, doktor memberi ubat antibiotik untuk dihabiskan. Rawatan tidak dapat terus dijalankan kerana senarai menunggu pesakit sangat ramai.
Mereka terpaksa pulang dan menunggu panggilan dari pihak hospital. Sekiranya ada pesakit lain yang terpaksa dibatalkan prosedur di dalam bilik pembedahan, barulah giliran rawatan Ayden akan di buat.
Kena pulang tunggu lagi. Selepas 2 hari menunggu, alhamdulillah dapat panggilan daripada pihak pakar bedah mulut hospital. Doktor memaklumkan Ayden perlu menjalani cabutan semua gigi susu dibawah bius umum (General Anaesthesia).

Boleh bayangkan bagaimana perasaan ibu bapanya setelah prosedur? Melihat mulut anaknya penuh dengan jahitan dan bekas darah cabutan gigi?
Alhamdulillah..Sekarang semua sudah selesai.
Cabut semua gigi susu? YA betul.
Ini kerana Ayden mengalami Karies Awal Kanak-kanak. Kes Ayden berpunca dari minum botol susu.
APAKAH KARIES AWAL KANAK-KANAK?
Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan sebatang atau lebih sebatang gigi.
Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Antara punca kejadian karies gigi :
1. Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi seperti gula-gula, makanan manisan.
2. Kurang atau tidak memberus gigi.
3. Teknik memberus gigi yang tidak betul dan tidak berkesan untuk menanggalkan plak sisa makanan
4. Menyusu botol minuman yang mengandungi gula sukrosa.
5. Transmisi (pemindahan) bakteria daripada ibubapa / penjaga kepada anak melalui air liur.
Contoh: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan. Kebersihan mulut ibu yang tidak memuaskan boleh menjangkitkan bakteria dari ibu kepada anak.
6. Pengambilan ubat yang mengandungi gula ( supplement tambahan)
Gigi susu yang mengalami masalah karies KENAPA GIGI AYDEN ROSAK HINGGA MENYEBABKAN BENGKAK GUSI ?
Sekiranya gigi berlubang tidak dirawat, lubang ini akan menjadi lebih besar dan merebak ke bahagian saraf gigi (pulpa) dan boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak gusi.
Sekiranya ini terjadi, rawatan yang lebih kompleks diperlukan iaitu rawatan akar ataupun cabutan bagi mengelakkan kerosakan kepada gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang kanak-kanak berkenaan.
APAKAH KESAN CABUTAN AWAL GIGI SUSU?
Cabutan gigi susu yang terlalu awal boleh menyebabkan kesesakan pada rahang akibat pergerakan gigi dan akhirnya boleh menyebabkan tiada ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh.
Jika ini berlaku, gigi kekal yang tumbuh akan berlapis dan kanak-kanak ini mungkin memerlukan rawatan ortodontik contohnya braces untuk membetulkan kedudukan gigi kekal berkenaan.
BAGAIMANA MENCEGAH KARIES GIGI SUSU ?
1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)
2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari
Ibubapa / penjaga perlu membantu dan pantau anak-anak bawah 8 tahun memberus gigi.
3. Ibubapa / penjaga perlu mengangkat bibir atas anak (Lift the Lip Technique), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.
4. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)
Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol. Jangan biarkan anak mengempeng susu botol !
5. Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan.
6. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.
7. Elakkan letak gula / manisan ke dalam botol susu.
8. Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah dan pantau kekerapan pengambilan makanan ringan.
9. Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
10. Minum air masak / berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula. Ini sebagai bilasan mulut.
Gusi yang dijahit semula selepas selesai prsoedur mencabut gigi. 11. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun. Seeloknya sebaik sahaja gigi susu mulai tumbuh.
Menjalani pemeriksaan gigi secara berkala (disarankan 3 – 6 bulan sekali ).
12. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.
13. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)
Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.
Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

The post Baru 2 Tahun, Semua Gigi Terpaksa Dicabut. Puncanya Banyak Menyusu Botol & Susah Berus Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baru-2-tahun-semua-gigi-terpaksa-dicabut-puncanya-banyak-menyusu-botol-susah-berus-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencecah Usia 1 3 Tahun Anak Memang Banyak Akal Masa Ni Kena Betul Betul Bersabar

Mencecah Usia 1 3 Tahun Anak Memang Banyak Akal Masa Ni Kena Betul Betul Bersabar

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 353 hits
Bagi anak kecil berumur 1 3 tahun ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat menyeronokkan Dalam bahasa Inggeris umur ini kita panggil toddler berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang Yang ...
10 Tahun Kerja Keras Achey Bersyukur Rumah Baru Sedia Didiami

10 Tahun Kerja Keras Achey Bersyukur Rumah Baru Sedia Didiami

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 531 hits
Umum sedia maklum bahawa pelawak terkenal Achey baru sahaja membina sebuah rumah 3 tingkat untuk keluarganya Momen tersebut telah dimuat naik Achey beberapa minggu lepas dan mendapat respon yang positif daripada warganet Hari ini ahli kumpu...
Dari Flu Burung Hingga Corona Kenapa China Banyak Lahirkan Virus Baru

Dari Flu Burung Hingga Corona Kenapa China Banyak Lahirkan Virus Baru

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 294 hits
Hingga saat ini 8 Agustus 2020 Wabah virus corona baru di seluruh dunia dilaporkan sudah mencapai angka 19 607 761 kasus positif dan telah membuat 725 136 nyawa melayang Kemunculan virus corona baru yang diberi nama 2019 nCoV ini pertama ka...
Rayakan 10 Tahun Perjalanan Xiaomi Hadirkan 4 Produk Baru Dan Promo Spesial Untuk Pengguna Setia

Rayakan 10 Tahun Perjalanan Xiaomi Hadirkan 4 Produk Baru Dan Promo Spesial Untuk Pengguna Setia

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 221 hits
Dalam perayaan 10 tahun Xiaomi hadirkan produk produk baru dengan harga menarik untuk para Mi Fans
Usia 4 Tahun Masih Hisap Jari Info Dari Doktor Gigi Ini Perlu Ambil Serius Kalau Tak Mahu Ganggu Pertumbuhan Gigi Anak

Usia 4 Tahun Masih Hisap Jari Info Dari Doktor Gigi Ini Perlu Ambil Serius Kalau Tak Mahu Ganggu Pertumbuhan Gigi Anak

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 322 hits
Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil Jika kecil dahulu mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gi...
Tiap Tiap Hari Susu Ibu Berubah Rasa Sebab Itulah Bila Anak Menyusu Nak Lepas Susah

Tiap Tiap Hari Susu Ibu Berubah Rasa Sebab Itulah Bila Anak Menyusu Nak Lepas Susah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 323 hits
Percaya tak susu ibu ni rasanya berlainan setiap hari mengikut jenis makanan yang ibu makan Sebab itulah bila kita menyusu bayi sebolehnya bayi tak mahu lepas Perasan tak Beruntung sangat bayi kita kerana apa yang kita makan itulah yang dia...
Viral Heboh Penampakan Uang Baru Sambut Kemerdekaan Ri Ke 75 Tahun

Viral Heboh Penampakan Uang Baru Sambut Kemerdekaan Ri Ke 75 Tahun

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 222 hits
Bank Indonesia bersama Kementerian Keuangan akan menerbitkan uang baru Penerbitan ini untuk memperingati 75 tahun kemerdekaan Indonesia Acara peluncuran uang baru tersebut akan dilakukan pada 17 Agustus 2020 pukul 11 15 WIB atau besok siang...
Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday

Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 480 hits
Kisah adik Ainul suatu ketika dahulu pernah viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh Menderita ketumbuhan dalam mulut bapa kepada adik Ainul tabah...
4 Tahun Tinggalkan Dunia Drama Jeon Doyeon Ryu Junyeol Dikhabarkan Akan Bergandingan Dalam Naskhah Baru

4 Tahun Tinggalkan Dunia Drama Jeon Doyeon Ryu Junyeol Dikhabarkan Akan Bergandingan Dalam Naskhah Baru

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 261 hits
Sesuatu drama itu akan menjadi best apabila ia dibarisi oleh pelakon hebat dengan mutu lakonan yang mantap Sama seperti dengan drama Disqualified As A Human yang kini sedang dalam pembikinan Dengar khabar pelakon Ryu Jun yeol telah dirisik ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte