Adun Ketari Dakwa Kebimbangan Penduduk Terhadap Pencemaran Sungai Kenui Berasas


 


BENTONG - Kebimbangan penduduk berhubung pencemaran Sungai Kenui di kawasan hutan Lentang Bentong kerana kerja-kerja penerokaan tanah bagi tujuan pembalakan ada asasnya.
Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang meninjau lokasi itu hari ini.
Menurutnya, beliau difahamkan ada permohonan daripada pelesen untuk melakukan kerja-kerja mengeluarkan hasil hutan dari kawasan tersebut.
"Kita tidak mempersoalkan aktiviti pembalakan di kawasan ini tetapi kesal apabila kerja-kerja penerokaan tanah tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sehingga menjejaskan alam sekitar dan mencemarkan anak sungai.
"Saya difahamkan arahan berhenti kerja sementara telah dikeluarkan untuk pihak terbabit melakukan kerja mitigasi terhadap cerun dan bukit yang ditarah.
"Bagaimanapun keadaannya masih sama dan air sungai juga keruh sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk. Kita tidak mahu ada pihak mengambil jalan mudah dengan melanggar SOP untuk mengaut keuntungan,"katanya ketika dihubungi hari ini.
Young Syefura juga bimbang perkara itu akan mengakibatkan masalah lebih serius termasuk air terjun yang keruh ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.
Beliau berkata, tinjauan selama tiga jam dengan berjalan kaki di kawasan itu mendapati kawasan air terjun itu masih jernih tetapi aliran sungai selepas lokasi kerja-kerja penolakan tanah mulai tercemar.
Young Syefura berkata, pihaknya akan mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Tanah Bentong dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang esok mendesak tindakan lebih tegas diambil kepada pihak yang merosakkan alam sekitar.
"Saya memang tidak puas hati dengan perkara yang berlaku di sini. Jadi kita harap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya supaya isu kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti pembalakan tidak berulang.
"Isu penerokaan hutan sama ada berlesen atau secara haram sering berlaku di negeri ini. Jadi ia perlu ditangani termasuk memantau kerja-kerja penerokaan tanah lebih awal bagi memastikan pihak terlibat mematuhi semua SOP," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/adun-ketari-dakwa-kebimbangan-penduduk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Ketari Yb Rara Mohon Maaf Selepas Di Dakwa Telah Melanggar Sop Pkpb Di Selangor

Adun Ketari Yb Rara Mohon Maaf Selepas Di Dakwa Telah Melanggar Sop Pkpb Di Selangor

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 531 hits
KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman memohon maaf setelah netizen menuduhnya melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat yang kini berkuat kuasa di Selangor Jelasnya walaupun dirinya ADUN di Pahang tet...
Polis Selangor Menerima Dua Laporan Di Buat Terhadap Kes Adun Ketari Langgar Sop Pkpb

Polis Selangor Menerima Dua Laporan Di Buat Terhadap Kes Adun Ketari Langgar Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR Dua laporan polis diterima berhubung muat naik gambar Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan berkelah beramai ramai...
4 Loji Air Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini Akibat Pencemaran

4 Loji Air Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini Akibat Pencemaran

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 458 hits
Terbaru 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau Isnin lalu yang menyebabkan 1 196 457 pemegang akaun Air Selangor di 1 292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan air SHAH ALAM Empat loji rawatan air dikendalikan Air Se...
Air Selangor Polis Terima Laporan Pencemaran Di Sungai Kundang

Air Selangor Polis Terima Laporan Pencemaran Di Sungai Kundang

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 452 hits
LUAS mengesan pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang ketika pemantauan secara 24 jam dalam Ops Statik Sungai Gong Rawang pada jam 10 45 pagi FOTO ihsan LUAS Shah Alam Polis Selangor sudah menerima laporan daripada Lembaga Urus Air...
Cap Pencemaran Sungai Naran Di Bayan Lepas Membimbangkan

Cap Pencemaran Sungai Naran Di Bayan Lepas Membimbangkan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 255 hits
GEORGE TOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung pencemaran Sungai Naran dekat Batu Maung yang dikhuatiri akan menjejaskan ekosistem dan kesihatan penduduk setempat Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow b...
Penduduk Kg Sg Rinting C Diancam Pencemaran Toksik

Penduduk Kg Sg Rinting C Diancam Pencemaran Toksik

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 495 hits
PENDUDUK KG SG RINTING C DIANCAM PENCEMARAN TOKSIK PASIR GUDANG Kira kira 1 000 penduduk Kampung Sungai Rinting C dan kawasan berdekatan merayu pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah pencemaran bau yang dihadapi mereka sejak kelmarin ...
Dakwa Beli Vellfire Sanusi Fail Saman Fitnah Terhadap Mahfuz Dr Ismail

Dakwa Beli Vellfire Sanusi Fail Saman Fitnah Terhadap Mahfuz Dr Ismail

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 363 hits
117 total views 24 views today Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah ke atas empat pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman adalah bagi ke...
Adun Ketari Persoal Jasa Dapat Rm81 Juta Tapi Peruntukan Felda Hanyalah Rm51 Juta

Adun Ketari Persoal Jasa Dapat Rm81 Juta Tapi Peruntukan Felda Hanyalah Rm51 Juta

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 375 hits
BENTONG Ahli Dewan Ubdangan BlNsgeri Ketari Young Syefura Othman mempersoalkan kenapaJASA dapat RM80 juta Projek Bekalan Air FELDA pun hanya dapat RM51 juta Projek Jalan FELDA dimansuhkan terus Harap orang FELDA cari nanti apa fungsi JASA n...
Pkpd 200 Penduduk Flat Sungai Emas Belum Disaring Akan Dikesan

Pkpd 200 Penduduk Flat Sungai Emas Belum Disaring Akan Dikesan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 367 hits
SHAH ALAM 28 OKT Seramai 200 penduduk Flat Sungai Emas Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan didapati belum menjalani ujian saringan Covid 19 Pegawai daerah Kuala Langat berkata pihaknya bersama...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa

Resipi Pan Mee Homemade Mudah Hanya Guna 3 Bahan