Banyak Dugaan Nak Bf Anak Ibu Kena Kental Ayah Harus Supportive


Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.
Susu ibu, rezeki buat anak Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.
Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.

Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.
Artikel Menarik: [Niat Mahu Susukan Anak, Tak Pernah Skip Makan Nasi. Puas Hati Tengok Anak Sihat]
Ketahui kewujudan kolostrum Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awalkehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
 
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu!
Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.

 
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat. Salah satunya adalah zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Susu tiada selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.
Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku. Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil. Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.
Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya. Artikel Menarik: [Kenapa Ramai Yang Sakit Belakang Ketika Mneyusukan Anak? Ini Komen Pakar Laktasi]
Pelekapan betul  
Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.
Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan.
Susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.

Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata.
Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
 
The post Banyak Dugaan Nak BF Anak. Ibu Kena Kental, Ayah Harus Supportive! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/banyak-dugaan-nak-bf-anak-ibu-kena-kental-ayah-harus-supportive/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 359 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 438 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 571 hits
Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak Ibu ayah harus melatih anak anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat Tidak dinafikan anak anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap sedap Ada beberapa kaedah yang bole...
Penat Sangat Jadi Ibu Nak Kuat Bersemangat Baca Zikir Ini Dengan Anak Sebelum Tidur

Penat Sangat Jadi Ibu Nak Kuat Bersemangat Baca Zikir Ini Dengan Anak Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 789 hits
Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis Untu...
Guna Posisi Paksa Rela Ini Untuk Mudahkan Ibu Ayah Berus Gigi Anak

Guna Posisi Paksa Rela Ini Untuk Mudahkan Ibu Ayah Berus Gigi Anak

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 749 hits
Biasakan anak memberus gigi antara situasi yang agak sukar lagi lagi bila anak dah pandai tutup mulut dan mengamuk Ini antara drama yang kadang tu boleh buat ibu bapa naik angin waktu pagi atau malam sebelum tidur Jika biarkan anak gosok gi...
5 Perkara Anak Rindukan Terhadap Ibu Ayah

5 Perkara Anak Rindukan Terhadap Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ANAK SENTIASA RINDU 5 PERKARA INI DARIPADA IBU AYAH Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian tidak dinafikan bahawa kadang kala anak anak kurang mendapat perhatian daripada kita sebagai ibu aya...
Hormon Oxytocin Ibu Ketika Membelai Anak Ayah Pula Ketika Bermain Lasak Dengan Anak

Hormon Oxytocin Ibu Ketika Membelai Anak Ayah Pula Ketika Bermain Lasak Dengan Anak

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 375 hits
PERBEZAAN OTAK AYAH DAN IBU 1 Pertautan emosi dengan anak Apabila Imbasan MRI dibuat ke atas otak para ibu dan para bapa dalam satu kajian oleh University of Denver pada tahun 2014 didapati bahawa bahagian otak yang dikaitkan dengan 1 perap...
Rahsia Anak Kita Hebat Al Fatihah Perlu Meniti Di Bibir Ibu Ayah Setiap Hari

Rahsia Anak Kita Hebat Al Fatihah Perlu Meniti Di Bibir Ibu Ayah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 602 hits
Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak anak Bila anak dah semakin besar harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tah...
Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 382 hits
Proses anak anak kecil kita membesar adalah waktu paling menggembirakan Sebagai ibu bapa kita seharusnya mencorakkan momen indah dan penuh kegembiraan buat mereka Sesekali berbelanjalah lebih buat anak anak Belikan mainan atau buku buku keg...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025