Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023
Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023. Golongan belia mewakili lebih seperempat populasi negara. Sememangnya, pada tangan-tangan merekalah yang menentukan lakaran wajah masa depan negara. Elok acuan kita, moleklah peribadi mereka.
Sungguhpun negara berjaya mencapai tahap guna tenaga penuh, tetapi kadar pengangguran bagi mereka di bawah 25 tahun, termasuk lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi masih berada pada tahap 11 peratus setakat suku kedua 2022. Hal ini akan terus diberi perhatian.
Bagi memastikan anak muda diberi akses pekerjaan sewajarnya, Kerajaan akan menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan. Selain itu, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan TVET.
Malaysia sememangnya telah melahirkan ramai anak muda yang berjaya dalam perniagaan. Ini termasuklah Arun Prasanth, usahawan muda yang mengusahakan khidmat pembersihan rumah dan pejabat sejak 2018. Melalui pinjaman di bawah BSN Mikro Belia sebanyak 20 ribu ringgit, kini purata jualan tahunan beliau telah mencecah 200 ribu ringgit.
Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023
Golongan belia perlu mengambil inspirasi daripada para pemimpin hebat di Asia dan juga di Malaysia untuk menggalas kepimpinan pada usia muda sama ada dalam sektor swasta mahupun awam, ucapan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. Bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah 305 juta ringgit tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui :
SME Bank
TEKUN
MARA
BSN
Agrobank
Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia
Dengan bantuan yang sebegini banyak yang telah disediakan oleh kerajaan, maka sewajarnya untuk golongan belia mengambil kesempatan untuk membuat permohonan bantuan pinjaman ini. Sila layari telegram rasmi Sistem Guru Online di bawah untuk info dan maklumat rasmi kerajaan terpantas.
Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023
1. SME Bank
Apakah Itu SME Bank?
SME Bank ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dan memulakan operasinya pada 3 Oktober 2005. Dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan (MOF), SME Bank komited untuk memberi bantuan kewangan dan kepakaran kepada perusahaan kecil dan sederhana.
SME Bank memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif ekonomi dan pembangunan Kerajaan Malaysia seperti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs) (2010-2020) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020).
Sejak sedekad yang lalu, SME Bank telah berkembang pesat menerusi Program Transformasi Lima Tahun (2010) dan beroperasi berlandaskan prinsip Syariah sejak tahun 2015.
SME Bank beraspirasi untuk menguatkan posisinya sebagai pilihan utama bagi pembiayaan kewangan kepada usahawan.
Sumber rujukan: Mengenai SME Bank
Cara mohon dan syarat kelayakan: Cara Mohon SME
2.TEKUN
Apakah Itu TEKUN?
TEKUN Niaga adalah kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.
Sumber Rujukan: Mengenai TEKUN
Cara Mohon dan Syarat Kelayakan: Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Tekun
3. MARA
Apakah Itu MARA?
Untuk pengetahuan anda, pinjaman perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ia adalah antara kemudahan kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan negara ini, terutama dalam kalangan usahawan Bumiputera. Ada cara-cara khusus serta syarat-syarat kelayakan khas untuk memohon pinjaman perniagaan MARA dan sebahagian besar daripada syarat kelayakan ini untuk memohon pinjaman perniagaan MARA biasanya ia mudah dipenuhi.
Antara tawaran pinjaman MARA:
PUTRA
SKIM OKU
SEMAI
DANA NITA
MOBILE BUSINESS
PROFESIONAL
PUTEK
SPIM
SPIM TEKNO
MISA
SJUM
SPIKE / SPIKE GLC
PRIN
GEB
Cara mohon dan syarat kelayakan: Skim Pinjaman Pembiayaan MARA
4. BSN
Apakah Itu Pinjaman BSN?
BSN Mikro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.
Cara Mohon dan Syarat Kelayakan: Skim Pembiayaan Perniagaan BSN
5. Agrobank
Apakah Itu Pinjaman Agrobank?
Pinjaman Mikro Agrobank juga sama dengan BSN, tetapi Agrobank mempunyai kelebihan yang tersendiri, iaitu :
Kelulusan bagi pinjaman mikro agrobank ia adalah MUDAH lulus untuk peminjam
Pinjaman ini ia dibuka dengan seluas-luasnya kepada peniaga kecil, usahawan, sme, serta pks untuk membuat permohonan.
Anda juga sebagai peminjam tidak perlu bayar apa-apa bayaran pinjaman untuk selama tempoh 6 bulan pertama (tempoh moratorium selama 6 bulan)
Pinjaman bagi perniagaan agrobank ini ia adalah tanpa faedah (kadar faedah pinjaman adalah 0 peratus)
Pembiayaan Mikro Agrobank Melalui Budget 2022
Ia menyediakan pembiayaan serta pinjaman pertanian buat usahawan belia dalam meningkatkan sosio-ekonomi dan kehidupan belia di Malaysia terutamanya sewaktu berlakunya pasca pandemik covid 19 yang lalu.
Ia juga adalah untuk memudahkan golongan belia demi menguruskan perniagaan serta industri pertanian yang diceburi menerusi sokongan penggunaan teknologi yang mana ia bersesuaian seperti dron bagi pengurusan ladang, pertanian menegak di ruang bandar, pengurusan automatik
Ia juga memainkan peranan penting untuk melihat dengan lebih ramai lagi golongan belia di Malaysia supaya terjun ke lapangan pertanian dan
Disamping itu, ia juga untuk meningkatkan sosio-ekonomi negara sert meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian selaras dengan hasrat dan perancangan kerajaan menerusi bajet belanjawan 2022
Untuk anda yang ingin buat permohonan bantuan ini sila klik di sini
6. Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia
Apakah Itu Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia?
“Sebanyak RM305 juta disediakan pinjaman khas untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA dan Agro Bank.
“Melalui Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia, kita sedia dana RM50 juta, tawar pinjaman sehingga RM50, 000 untuk 10, 000 anak muda berniaga termasuk bidang mereka minat iaitu food truck yang disediakan kerajaan,” katanya Perdana Menteri Malaysia ke-9 Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19
Kelayakan:
Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
Terbuka kepada individu
Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa
Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah
Untuk buat permohonan, anda boleh ke link rasmi kerajaan yang kami sediakan di sini
Bantuan Pinjaman Perniagaan Dari Kerajaan Untuk Golongan Belia Perlu Direbut
Dengan segala Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023 yang telah ditawarkan dan disediakan oleh kerajaan, tak lain tak bukan adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia. Seharusnya golongan para belia perlu merebut peluang pinjaman ini supaya mengelakkan diri daripada pinjaman yang tidak berlesen serta berisiko untuk diri sendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/bantuan-perniagaan-untuk-golongan-belia-2023.html