Bantuan Khas Kewangan Bkk 2023
Rasmi: Bantuan Khas Kewangan BKK 2023 Untuk Penjawat Awam . Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah dana untuk diagihkan bantuan kepada penjawat awam. Hasrat kerajaan untuk menyalurkan sumbangan ini kepada penjawat awam adalah kerana ingin menghargai jasa mereka yang berkhidmat untuk kerajaan selama ini yang berkhidmat kepada kerajaan.
Bantuan tersebut adalah Bantuan Khas Kewangan 2023 (BKK). Baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh bayaran bagi bantuan khas ini akan mula disalurkan pada 17 Januari 2023 secara berperingkat.
Rasmi: Bantuan Khas Kewangan BKK 2023 Untuk Penjawat Awam
Bantuan Khas Kewangan 2023
Untuk makluman semua, pengagihan bantuan khas kewangan yang bernilai RM700 ini akan disalurkan kepada lebih kurang 1.3 juta penjawat awam yang berkelulusan Gred 56 dan kebawah dan pesara kerajaan.
Melalui insentif ini, kadar bantuan telah diumumkan iaitu RM700 kepada penjawat awam dan RM350 kepada pesara kerajaan untuk tahun 2023.
Pemberian sumbangan ini adalah merupakan keprihatinan pihak kerajaan perpaduan. Bantuan berbentuk kewangan ini diberikan bagi menghargai setiap penjawat awam yang berkerja berkhidmat untuk masyarakat pada tahun ini.
Menurut beliau, kerajaan silih berganti setiap 4 tahun namun para penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi berkhidmat di dalam komuniti masyarakat di dalam negara. Katanya di dalam pembentangan Bajet mini – BAJET 2023
KADAR BANTUAN
Bantuan khas kewangan akan diberikan pada 17 Januari 2023 pada kadar bayaran seperti berikut :
Kumpulan pesara kerajaan akan menerima bayaran BKK sebanyak RM350
Kumpulan penjawat awam Gred 56 dan kebawah akan menerima bayaran BKK sebanyak RM700
Bayaran bantuan khas ini akan diberikan secara ‘sekali bayar’ sahaja.
Maklumat tambahan, pihak kerajaan juga telah bersetuju menaikkan bayaran RM100 untuk Kenaikkan Gaji Tahunan (KGT).
Cara dan Tarikh Pembayaran BKK
Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan tarikh pembayaran bonus untuk penjawat awam dan pesara kerajaan ini. Bayaran secara kredit terus ke akaun penerima.
Bilakah Tarikh bayaran dibuat?
Bayaran dibuat pada:
17 Januari 2023 (Selasa)
Informasi Lanjut
Selain daripada bantuan khas ini, terdapat pelbagai jenis insiatif khususnya berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Terdapat bantuan baru diperkenalkan dan bantuan lama yang masih diteruskan pada tahun 2023.
Sekiranya anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang masih ada dan berkelayakan untuk anda mohon boleh dibuat di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
Berapakah jumlah bantuan yang diberikan. Terdiri daripada dua kategori iaitu:
Penjawat awam gred 56 dan ke bawah – RM700 pegawai perkhidmatan awam gred 56 dan kebawah
Pesara kerajaan – RM350
pesara kerajaan yang sedang menerima pencen
Penerima pencen terbitan
Pesara perkhidmatan awam skim KWSP (pesara yang apabila mencapai opsyen umur persaraan)
Veteran berpencen dan tidak berpencen
Siapakah Penjawat awam yang layak dibayar
Bantuan rakyat diberikan kepada;
Pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksanaan gred 56 dan kebawah yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023.
Pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana yang ayat tersebut merupakan:
Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service (COS)
Pegawai yang bercuti bergaji penuh
Pegawai yang baru cuti separuh gaji
Pegawai yang bercuti tanpa gaji dan
Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang dihasilkan pengurusan saraannya. BKK tahun 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
BKK tahun 2023 ini turut dibayar kepada
Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya enam bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023.
Guru interim
Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai gred jawatan utama B dan ke atas, cerita gerak Khas A dan keatas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan nya
Pemandu dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran dan Hakim dan pesuruhjaya kehakiman
Untuk pesara kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim kumpulan Wang simpanan Pekerja KWSP yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 17 Januari 2023 akan dibayar sebanyak oleh jabatan perkhidmatan awam (JPA) manakala ganjaran berpencen dan tidak berpencen oleh jabatan hal ehwal veteran (JHEV).
Pesara dan tentera yang dilantik semula secara tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar sebanyak RM700. Walaubagaimanapun pembiayaan sebanyak RM350 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM350 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat;
Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 layak dibeli BKK tahun 2023 sebanyak RM700.00.
Siapakah yang tidak layak mendapat bayaran ini
Bayaran tidak layak diberikan kepada
Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tongkat sementara dan penempatan khas ke gred jawatan utama gred khas
Yang dikenakan hukuman tatatertib dan kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 January 2023.
Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 rindu 17 Januari 2023 dan
Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.
Penangguhan bayaran bantuan khas kewangan 2023
Mereka yang ditangguhkan bayaran adalah sebagaimana berikut:
Bukan dengan pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian bantuan khas kewangan tahun 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan atau dikenakan hukuman selain wangara buang kerja atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan.
Adakah pegawai yang dilantik pada 9 Januari 2023 layak menerima BKK Tahun 2023?
Pegawai yang telah dilantik tetap dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak menerima BKK Tahun 2023.
Adakah pegawai yang bercuti separuh gaji/tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023 layak menerima BKK Tahun 2023?
Pegawai layak.
Adakah pegawai yang dipinjamkan ke Gred Utama/Khas layak menerima BKK Tahun 2023?
Pegawai tidak layak menerima BKK Tahun 2023 kerana pegawai telah menikmati elaun dan kemudahan atas Gred Jawatan Utama/Khas sama seperti pegawai memangku.
Adakah seorang pegawaiContract of Service (COS) layak diberi BKK Tahun 2023 sekiranya tarikh kontrak beliau bermula dari 3 Januari 2023?
Pegawai COS yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak menerima BKK Tahun 2023.
Adakah seorang pegawai COS layak diberi BKK Tahun 2023 sekiranya beliau berkhidmat mulai 14 Oktober 2022 hingga 13 Januari 2023 dan tidak lagi berkhidmat selepas tarikh tamat kontrak tersebut?
Pegawai tidak layak kerana tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 17 Januari 2023 iaitu pada tarikh pembayaran.
Adakah seorang Personel MySTEP yang kontraknya berkuat kuasa mulai 1 Februari 2022 hingga 30 November 2022 dan kemudiannya telah dilantik semula berkuat kuasa 4 Januari 2023 sehingga 30 Jun 2023 layak menerima BKK Tahun 2023?
Personel MySTEP berkenaan layak. Prinsip utama adalah tempoh berkhidmat pada tahun 2022 adalah sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 17 Januari 2023.
Baca Juga:
Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) Bulan Januari 2023
Senarai Bantuan Kerajaan Januari 2023, Semak Kelayakan Anda!
Bantuan BINGKAS E-Wallet RM300 Tahun 2023 | Semak Kelayakan Anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/bantuan-khas-kewangan-bkk-2023.html