Inisiatif Payung Rahmah Senarai Bantuan Untuk Golongan B40



Inisiatif Payung Rahmah: Senarai Bantuan untuk Golongan B40. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah hari ini admin ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan insiatif yang dibuat oleh kerajaan sekarang untuk rakyat rakyat yang kurang kemampuan lebih-lebih lagi golongan yang digelar B40
Kerajaan sekarang sangatlah menitikberatkan akan permasalahan yang besar di kalangan rakyat iaitu masalah kos sara hidup yang tinggi bahan-bahan dapur yang tinggi menyebabkan rakyat sukar untuk berbelanja lebih.
Di sini pelbagai insentif atau jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Ikuti Telegram kami untuk mengetahui berkaitan dengan info info bantuan kerajaan, info kerjaya dan maklumat berkaitan dengan kerajaan di bawah

Inisiatif Payung Rahmah: Senarai Bantuan untuk Golongan B40 Makluman kepada pembaca bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai kementerian atau jabatan jabatan di peringkat Persekutuan atau negeri yang bersesuaian dengan tugas tanggungjawab dan kumpulan yang telah ditekankan
Antara salah satu bantuan atau insentif yang terbaru adalah insetif payung Rahmat yang telah diwujudkan oleh ketua atau kementerian perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup kpdn bagi bantuan tahun 2023
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu turut meliputi Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah yang akan diancarkan esok dengan mendapat kerjasama pelbagai rakan strategik KPDN
Kita selepas ini akan berunding lagi dengan beberapa pihak yang berminat dan lancar satu-persatu di seluruh negara dalam masa 100 hari saya berada di KPDN dalam usaha membasmi kelompok miskin tegar,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN serta menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini.
Berdasarkan data terbaharu yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat akhir tahun lalu dianggarkan terdapat kira-kira 130,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.
Kelompok berkenaan ujarnya, banyak bergantung kepada kerajaan dan KPDN terlibat secara langsung terutama dalam penetapan harga kawalan pelbagai barang yang bersubsidi.
KPDN turut memperkenalkan Rezeki Suri dan Aduan Suri bagi membantu golongan suri rumah mudah menjana pendapatan dan mengemukakan aduan terus kepada pihak KPDN.
Selain itu tambah beliau, Tabung Amanah Pembangunan Peruncitan Bumiputera juga akan dilancarkan untuk penambahbaikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam pasar raya.
Salahuddin turut mengumumkan beberapa tawaran menarik berkuat kuasa serta merta bagi orang awam yang berurusan dengan KPDN dan semua agensinya di seluruh negara antaranya akuan penerimaan aduan lengkap daripada satu hari bekerja kepada dua jam sahaja selain maklum balasnya dalam masa hanya 14 hari berbanding 21 hari bekerja.
Juga kelulusan pendaftaran aktiviti perniagaan syarikat menerusi sistem MySafe daripada empat hari bekerja kepada tiga hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menawarkan pengurangan kompaun hingga 90 peratus daripada nilai asal bagi kesalahan lazim atau berstatus bubar,” kata beliau
Sumber: Utusan Malaysia
“Inisiatif Payung Rahmah diperkenalkan bantu kurangkan kos sara hidup B40& miskin tegar” Apa itu Payung Rahmah Inisiatif atau bantuan ini pada awalnya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan yang berada dalam kesusahan kewangan khususnya lagi untuk meringankan beban golongan b40 yang mana tidak ada gaji yang tetap
Di sini kami kongsikan antara inisiatif daripada bantuan-bantuan yang akan dilaksanakan dibawah payung Rahmah
 BAKUL RAHMAH Bakul Rahmah ialah pembahagian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan.
 BARANGAN RAHMAH Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata demikian pada sidang media selepas majlis kesyukuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Pulai, pada 7 Januari 2023.
Barangan Rahmah pula merupakan pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.
KAFE RAHMAH Kafe Rahmah pula merupakan insentif khusus untuk pelajar universiti bagi mendapatkan makanan pada harga lebih murah kepada pelajar yang susah pasti akan dibantu.
JUALAN  RAHMAH Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata insiatif ini merupakan hasil kerjasama pihaknya dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.
“Econsave telah bermurah hati untuk menyampaikan Sumbangan Bakul Rahmah kepada tiga puluh penerima di sekitar Pandamaran dan Klang.
“Pasar Raya Econsave juga menyambut amanat saya dengan pelancaran Kempen Penurunan Harga 1,000 Barangan yang dijual dalam Pasarayanya seluruh negara,” katanya.
Baca juga:
Bantuan RM150 Awal Persekolahan (BAP) Untuk Murid Seluruh Malaysia
Agihan Bantuan Tunai RM150 Mula Diberikan Hari Ini
Inisiatif Jualan Rahmah Dalam masa sama, Jualan Rahmah pula adalah program jualan murah sepanjang tahun yang akan dilaksanakan oleh hypermarket dan pasaraya di seluruh negara.
“Kita mengajak semua pasar raya di seluruh negara menyertai Jualan Rahmah. Setakat ini, pihak kementerian sudah dan sedang membincangkan kerjasama dengan beberapa pasar raya, antaranya Econsave, Mydin, Aeon Big, 99 Speedmart.
“KPDN boleh memberi permit jualan murah bagi mana-mana pasar raya untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga empat bulan dengan sasaran tawaran harga barangan keperluan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.” kata Salahuddin .
Menurutnya lagi, program berkenaan merupakan langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan B40 dalam tempoh enam bulan dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh .
Maklumat lanjut tentang program ini dan cara permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Diharapkan Bantuan Diperkenalkan Oleh Kerajaan Membantu Anda  Alhamdulillah semoga Inisiatif Payung Rahmah: Senarai Bantuan untuk Golongan B40 yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sekarang dapat membantu rakyat Malaysia yang mengalami bebanan kewangan atau masalah kos sara hidup dapat dikurangkan dengan jayanya insya-allah.
Maklumat Tambahan:
Apa itu KPDN?
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDN yang terkini ialah Datuk Seri Salahuddin Ayub. Kementerian ini dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sejarah Penubuhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna
Bidang tugas dan fungsi KPDN mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu Hal ehwal perlindungan pengguna Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas Pelesenan urusniaga jualan langsung Membanteras penyelewengan dalam perdagangan Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek. Jabatan/Agensi Yang Terlibat: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/inisiatif-payung-rahmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Payung Rahmah Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

Program Payung Rahmah Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 267 hits
Payung Rahmah bantu B40 tangani isu kos sara hidup Kerajaan akan memperkenalkan program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan...
Peka B40 Semakan Kelayakan Tuntutan Manfaat Senarai Klinik

Peka B40 Semakan Kelayakan Tuntutan Manfaat Senarai Klinik

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 278 hits
Berita baik untuk golongan B40 anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihata...
Sumbangan Tunai Rahmah Str Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Bkm

Sumbangan Tunai Rahmah Str Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Bkm

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 435 hits
Sumbangan Tunai Rahmah Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Assalamualaikum Hi korang Apa khabar Dah dengar mengenai Sumbangan Tunai Rahmah Dah tahu apa itu Sumbangan Tunai Rahmah Kalau belum jom baca sama sama perkongsian Kakya pada kali ini be...
Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023

Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 477 hits
Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023 Golongan belia mewakili lebih seperempat populasi negara Sememangnya pada tangan tangan merekalah yang menentukan lakaran wajah masa depan negara Elok acuan kita moleklah peribadi mereka Sungguhp...
Str 2023 Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status

Str 2023 Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 835 hits
Bantuan STR 2023 Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sumbangan ini sebagai bantuan tunai B40 yang diperuntukkan o...
Golongan B40 Ramai Pakai U Mobile Berbanding Golongan T20 Pakai Maxis Si Polan

Golongan B40 Ramai Pakai U Mobile Berbanding Golongan T20 Pakai Maxis Si Polan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 160 hits
Semenjak kerajaan memperkenalkan kategori B40 M40 dan T20 bagi membezakan jurang pendapatan rakyat ramai yang menyalahgunakannya untuk tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terutamanya golongan B40 nbsp ...
Bawa Dokumen Ini Untuk Terima Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Fasa 1 Bermula Hari Ini

Bawa Dokumen Ini Untuk Terima Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Fasa 1 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 184 hits
Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022 2023 diagihkan di sekolah masing masing mulai hari ini Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever