Kemerahan Bengkak Atau Bernanah Antara Tanda Jahitan Czer Terbuka


Perkara yang paling membimbangkan bagi mereka yang bersalin secara pembedahan adalah luka czer terbuka kembali. Tetapi apakah tanda-tandanya ya? Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Penjagaan luka C-Sec
Melahirkan bayi melalui kaedah caesarean bukan perkara yang mudah. Tidak dinafikan, kebanyakan ibu hamil sebolehnya mahu membawa si manja ke dunia melalui kelahiran normal. Namun percayalah, apa jua kaedah bersalin yang dilalui adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi.
Turut dikenali sebagai C-Section, ia adalah prosedur di mana bayi dilahirkan melalui 2 pemotongan – 1 di kulit bahagian bawah abdomen dan 1 di dalam rahim.
Cara penutupan tempat pembedahan caesarean dilakukan
Umumnya, luka C-Sec bahagian luaran boleh ditutup dengan beberapa cara, termasuklah:
Jahitan Jahitan boleh diserap Stapel Stapel boleh diserap Pelekat kulit (gam) Sementara itu, potongan bahagian dalam rahim boleh ditutup dengan jahitan boleh diserap, yang akan larut apabila ia sembuh. Seperti mana proses pembedahan lain, luka pembedahan C-Section juga memerlukan penjagaan dan masa untuk sembuh. Selalunya ia boleh sembuh tanpa sebarang masalah, tetapi ada kalanya walaupun diberikan penjagaan yang betul, komplikasi boleh berlaku.
Bagi kes yang jarang terjadi, bahagian pemotongan czer ini boleh terbuka semula. Dalam istilah perubatan, situasi itu dikenali sebagai C-section dehiscence.

Punca luka czer terbuka
Perkara berikut boleh menjadi punca bahagian caesarean terbuka kembali:
Ketegangan & tekanan
Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan longgar atau koyak. Tekanan yang tinggi boleh wujud pada bahagian czer apabila anda mengambil atau mengangkat sesuatu yang berat seperti anak kecil atau beg barangan runcit, memanjat tangga atau cuba bersenam terlalu awal.
Proses penyembuhan lemah punca luka czer terbuka
Ada kalanya proses penyembuhan boleh menjadi lambat disebabkan keadaan genetik atau disebabkan oleh masalah perubatan, contohnya seperti diabetes atau obesiti. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan penyembuhan tidak sekata atau potongan pembedahan terpisah dan terbuka.
Nekrosis
Tidak mendapat darah dan oksigen mencukupi ke bahagian caesarean juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat. Dalam sesetengah kes, sel-sel kulit di tepi tempat pemotongan mungkin ‘mati’ kerana tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu disebut sebagai nekrosis. Sel-sel mati tidak boleh tumbuh dan bergabung bersama untuk menyembuhkan luka, ini sekali gus membawa kepada pembukaan bahagian C-Section.
Jangkitan
Jangkitan di bahagian pemotongan caesarean akan melambat atau menghentikannya daripada sembuh dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan bakteria atau kuman. Dalam prosedur pembedahan biasa, anda biasanya akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan biasa yang tidak rumit, antibiotik tidak diberikan.
Jadi sekiranya dijangkiti, tubuh akan bertindak melawan kuman dan ia mungkin tidak dapat melakukan proses penyembuhan dengan betul dalam masa yang sama.
Faktor risiko untuk luka czer terbuka
Kaedah pemotongan caesarean:
Menegak (bermula bawah pusat ke garisan bulu kemaluan) Melintang (merentasi garis bulu kemaluan) Jenis potongan adalah bergantung pada pendapat OB-GYN yang terbaik untuk melahirkan bayi anda. Pemotongan melintang adalah yang paling biasa kerana ia cenderung sembuh lebih baik dan kurang menyebabkan pendarahan.
Manakala czer jenis menegak lebih berisiko tinggi untuk terbuka dan lambat dalam proses penyembuhan.
Terdapat juga kajian yang menyatakan, penutupan bahagian C-Sec dengan jahitan adalah kurang berisiko untuk terbuka berbanding menggunakan stapel. Pilihan terbaik adalah untuk berunding dengan doktor.
Gejala & simptom luka czer terbuka
Jika luka C-Sec anda terbuka, antara simptom yang boleh dikenal pasti adalah ia akan kelihatan seperti luka baharu dengan kemerahan atau pendarahan. Sekiranya jahitan terbuka disebabkan jangkitan, anda akan melihat tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau nanah.
Seandainya nekrosis menjadi punca jahitan bahagian caesarean terbuka, akan berlaku perubahan warna kelabu, kuning atau hitam sekitar kawasan tersebut. Ia juga mungkin berbau busuk.
Pemotongan dalaman caesarean
Potongan bahagian dalam rahim juga boleh terbuka atau pecah. Sudah tentu anda tidak dapat melihat keadaan tersebut tetapi ada gejala yang boleh dikenal pasti, seperti:
Sakit perut yang teruk Pendarahan faraj Pening Tekanan darah rendah Demam Sakit ketika kencing Pergerakan usus yang menyakitkan Sembelit kronik atau ketidakupayaan untuk membuang air besar Benjolan atau ketulan pada bawah perut Merawat luka czer terbuka
Keterukan luka yang terbuka adalah bergantung kepada lokasinya. Jika potongan czer luar yang terbuka, doktor mungkin memberikan suntikan untuk kebaskan bahagian tersebut dan kemudian mengeluarkan kulit atau tisu sebelum dijahit, stapel atau digam semula.
Sekiranya terdapat jangkitan atau sel kulit mati, bahagian czer perlu dibersihkan sebelum ditutup semula. Walaupun pembukaan bahagian dalam rahim jarang berlaku, tetapi ia sangat serius. Anda mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menutupnya kembali.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, rahim mungkin perlu dibuang jika ia rosak atau dijangkiti. Pembedahan ini dipanggil histerektomi. Jika kawasan itu dijangkiti, doktor mungkin memberi dos antibiotik yang lebih kuat, atau anda mungkin diberi antibiotik melalui suntikan atau terapi intravena (IV).

Kesimpulan
Dalam sibuk menjaga bayi, anda juga perlu memikirkan keadaan diri kerana pembedahan caesarean dianggap pembedahan utama. Sebaiknya, elakkan perkara yang boleh menyebabkan luka czer terbuka dan segera maklumkan kepada doktor jika melihat atau merasakan ada tanda jangkitan atau komplikasi.
_

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Kemerahan, Bengkak Atau Bernanah Antara Tanda Jahitan Czer Terbuka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kemerahan-bengkak-atau-bernanah-antara-tanda-jahitan-czer-terbuka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Face Mask Bukan Perubatan Perlu Tanda Sirim Mulai 4 Julai Jika Ingkar Boleh Didenda Atau Penjara

Face Mask Bukan Perubatan Perlu Tanda Sirim Mulai 4 Julai Jika Ingkar Boleh Didenda Atau Penjara

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 317 hits
The ReporterBerkuat kuasa 4 Julai 2022 pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn Bhd selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh Kementerian Per...
Antara Syukur Dan Qanaah

Antara Syukur Dan Qanaah

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 174 hits
ANTARA SYUKUR DAN QANAAH Antara syukur dan qanaah Kenapa susah sangat aku nak bersyukur Padahal ada ramai lagi yang lebih teruk keadaannya daripada aku Sahabat mungkin kita terlupa satu benda yang sering kita remehkan dan tinggalkan iaitu Q...
Perbezaan Antara Privatising The Profits Dan Socialising The Costs

Perbezaan Antara Privatising The Profits Dan Socialising The Costs

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 159 hits
OSTB Kes No 1 Sapura Energy Berita terkini yang masih menjadi hangat adalah kes syarikat Sapura yang menghadapi krisis hampir bankrap Yang merumitkan keadaan ialah pemegang saham terbesar Sapura adalah PNB Mula kita baca sedikit berita http...
Konsisten Amalkan Susu Efferty Antara Usaha Hamil

Konsisten Amalkan Susu Efferty Antara Usaha Hamil

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 210 hits
Siapa pembaca setia blog k fiezz mesti tahu k fiezz mr hubby masih berusaha untuk dapatkan zuriat sendiri Banyak k fiezz share info berkaitan trying to conceive kitaorang Setakat ni masih belum berjaya lagi tapi kitaorang masih bersemangat ...
Bungkus Di 4 Prn Antara Agenda Kongres Nasional Pkr

Bungkus Di 4 Prn Antara Agenda Kongres Nasional Pkr

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 117 hits
Prestasi tidak memberangsangkan PKR dalam empat Pilihan Raya Negeri sepanjang tempoh 2020 hingga Mac 2022 menjadi antara agenda utama Kongres Nasional parti itu yang dijangka berlangsung Jun ini Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nas...
Tazkirah Antara Pak Lebai Dan Pengutip Sampah

Tazkirah Antara Pak Lebai Dan Pengutip Sampah

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 159 hits
NORZIHAN BAHAROMSeorang Syeikh menaiki mimbar lalu berceramah tentang sabar zuhud dan meninggalkan pemborosan Lalu seorang tukang sampah memotong ceramahnya sambil berucap Duhai Syeikh Anda datang dengan mobil mewah pakaian dari kain terbai...
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 155 hits
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya DAGING lembu dan kambing memang enak tetapi hati hati sekiranya makan secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan Secara dasarnya dagin...
Disukai Ramai Soundtrack 1 Papar Konflik Cinta Antara Sahabat Baik

Disukai Ramai Soundtrack 1 Papar Konflik Cinta Antara Sahabat Baik

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 162 hits
Soundtrack 1 nyata merupakan antara drama romantik terbaik yang ditayangkan kini Bukan sahaja padat dengan plot yang membuai perasaan malah lakonan Han So hee dan Park Hyung sik juga membuatkan penonton lebih mendalami naskhah ini Perasaan ...
Muhyiddin Ambil Inisiatif Rintis Kerjasama Antara Parti Menjelang Pilihan Raya Umum

Muhyiddin Ambil Inisiatif Rintis Kerjasama Antara Parti Menjelang Pilihan Raya Umum

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 135 hits
KUALA LUMPUR Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan utama parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis hubungan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Muhyid...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord