Banjir 43 000 Masih Berada Di Pps Di 5 Negeri


BernamaPemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, ANIH Berhad memaklumkan laluan di KM126 Chenor-Temerloh masih ditutup di kedua-dua arah. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif apabila jumlah operasi pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurang pagi ini.
Setakat 8 pagi ini, sejumlah 43,791 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 47,038 mangsa petang semalam.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir menunjukkan sedikit penurunan, iaitu 26,016 mangsa setakat 7 pagi ini, berbanding 27,090 orang petang semalam.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan Temerloh masih lagi mencatatkan mangsa banjir tertinggi, iaitu 11,547 diikuti Maran (3,002); Lipis (2,421); Pekan (1,968); Raub (1,866); Jerantut (1,663); Kuantan (1,530); Bera (1,383) dan Rompin (636) yang ditempatkan di 290 PPS.
Portal berkenaan turut memaklumkan air Sungai Pahang di daerah Bera, Maran, Pekan dan Temerloh melepasi tahap bahaya.
Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dalam laman Twitternya memaklumkan laluan di KM126 Chenor-Temerloh masih ditutup di kedua-dua arah.
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,804 orang di 53 PPS, berbanding 13,092 orang pada 3 petang semalam.
Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Che Adam A Rahman berkata, Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 9,424 orang diikuti Dungun (2,292) dan Hulu Terengganu (88).
“Penurunan ini kerana ada kawasan di Hulu Kemaman yang banjirnya sudah surut, jadi penduduk terjejas sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Bagaimanapun, situasi banjir di bandar Chukai masih belum pulih ketika ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan dua sungai di dua daerah masih melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman setinggi 5.83m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau setinggi 13.04m.
Di Kelantan, sebanyak 4,633 orang daripada 1,386 keluarga masih ditempatkan di 60 PPS membabitkan enam jajahan negeri itu.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana JKM, Kuala Krai masih kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,400 orang diikuti Pasir Mas (1,592); Tanah Merah (406); Gua Musang (149); Jeli (64) dan Kota Bharu (22).
Setakat 7 pagi ini, lima sungai di negeri itu merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.38 meter), Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah (17.36m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam (5.04m), Sungai Golok di Rantau Panjang (10.42m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu (2.92m).
Di Johor, 1,207 mangsa daripada 305 keluarga masih berada di 13 PPS pagi ini, menurut pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 578 orang daripada 137 keluarga berada di dua PPS di Kluang; 320 mangsa daripada 85 keluarga di lima PPS di Mersing; 148 orang daripada 35 keluarga (tiga PPS di Kota Tinggi); 89 orang daripada 24 keluarga di dua PPS di Segamat dan 72 mangsa daripada 24 keluarga di sebuah PPS di Johor Bahru.
“Setakat ini, dua jalan, iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup kepada semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di Perak, 131 mangsa banjir daripada 35 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di daerah yang terjejas.
Daerah Hilir Perak mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir, iaitu 108 orang diikuti Hulu Perak (16) dan Perak Tengah (tujuh).
Paras Sungai Perak di Kuala Kenderong dan Tasik Temenggor di Hulu Perak serta di Kampung Gajah dalam daerah Perak Tengah kini pada tahap amaran selepas masing-masing mencatat bacaan 112.31m, 247.15m serta 6.71m, setakat 7 pagi ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/banjir-43000-masih-berada-di-pps-di-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Pahang 5 751 Mangsa Masih Di 76 Pps

Banjir Pahang 5 751 Mangsa Masih Di 76 Pps

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 330 hits
Oleh Petugas pasukan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Aceh semalam Kampung Aceh terletak di pinggir Sungai Pahang dilanda banjir sejak 2 ...
Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 325 hits
nbsp KUALA LUPUR Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Terengganu Kelantan dan Perak dilaporkan menurun Johor kekal manakala Pahang sedikit meningkat pagi ini Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat juml
Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 254 hits
nbsp TEMERLOH Sebalik musibah banjir yang melanda Pahang mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada pemimpin tertinggi negara yang menyantuni mereka hari ini Kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Lzk Bawa 18 000 Kampit Beras Untuk Mangsa Banjir Di Pahang

Lzk Bawa 18 000 Kampit Beras Untuk Mangsa Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 337 hits
Peserta misi bantuan banjir ke Pahang bergambar sebelum berlepas pada pagi ini CYBERJAYA 8211 Lembaga Zakat Kedah melalui Projek Asnaf Care menyampaikan bantuan bernilai RM241 000 bagi membantu mangsa banjir di Pahang M
Uitm Sedia Gerak 15 000 Warganya Bantu Mangsa Banjir

Uitm Sedia Gerak 15 000 Warganya Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 359 hits
Inisiatif program UiTM Prihatin libat kesemua kampus UiTM SHAH ALAM Universiti Teknologi Mara bersedia menggerakkan 15 000 warganya termasuk alumni di bawah Misi Sukarelawan Pascabanjir untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri ketika...
Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur

Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 240 hits
Jika pembalakan berterusan seperti sekarang dijangka banjir tak terkawal melanda setiap tahun KUALA LUMPUR Aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa menjadi punca banjir teruk sehingga lumpur kini melanda Pantai Timur Semenanjung ...
Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Keadaan banjir di Pahang Johor dan Kelantan beransur pulih pagi ini dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan Bagaimanapun portal infobanjir water gov my memaklumkan paras ai...
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 227 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini Bagaimanapun pada masa sama kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih me...
Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 223 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa kerajaan mengubah dasar hanya mangsa yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara sahaja yang mendapat bantuan banjir Katanya peraturan ini hanya ciptaan kerajaan sedangkan...
Mahalini Dah Peluk Islam

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


This Is Drink Green Mango

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Five Secrets For The Best Way To Study

Gerakan Sedia Kerjasama Semula Dengan Mca

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference

Faisal Stabil Selepas Jalani Pembedahan Ke 2