Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur


fazleensafinaJika pembalakan berterusan seperti sekarang, dijangka banjir tak terkawal melanda setiap tahun KUALA LUMPUR – Aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa menjadi punca banjir teruk sehingga lumpur, kini melanda Pantai Timur Semenanjung sejak seminggu lalu.
Sekiranya aktiviti ‘pembersihan hutan’ ini dibiar berterusan, tanpa sistem tadahan air sebagai ‘pelampung’, maka penduduk kawasan ‘rentan’ di negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Pahang berdepan risiko banjr setiap tahun.
Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer berkata, jika pembersihan hutan khususnya pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal, sudah tentu banjir yang melanda tidak akan seteruk sekarang.
“Negeri di Pantai Timur khususnya Pahang dan Terengganu, kini menunjukkan ciri ketidakstabilan aspek geologi, di mana geomorfologi perbukitan dan berlembah di dua negeri ini, menyebabkan bencana alam boleh berlaku secara tidak terkawal.
“Penerokaan hutan di Pahang khususnya, semakin tidak terkawal. Sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu, termasuk membina sistem saliran alternatif di kawasan tanah tinggi (hulu) bagi menyalurkan air (terutama di kawasan aktif gondol) ke kawasan landai (hilir) secara sistematik terutama ketika hujan lebat berintensiti tinggi atau berdurasi lama.
“Jika pembalakan berterusan seperti sekarang, kita jangka banjir tidak terkawal akan melanda setiap tahun dan bukannya lima atau 10 tahun sekali seperti berlaku sebelum ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Jelasnya, banjir masih berpotensi berlaku disebabkan pelbagai faktor semula jadi lain, namun tidak seteruk seperti sekarang yang disebabkan aktiviti pembalakan secara berleluasa.
“Ia mengambil kira juga aspek pemodenan yang kita tidak boleh elak seperti pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya yang menyumbang kepada keadaan ini tetapi aktiviti pembalakan ibarat menyimbah petrol kepada api yang marak,” katanya.
Justeru, beliau mencadangkan pembinaan sistem tadahan air seperti empangan atau sistem terowong pintar di ibu kota.
Secara saintifiknya, katanya, banjir yang melanda disebabkan penggondolan berleluasa kerana apabila ia berlaku, tiada pokok berfungsi sebagai perintang (barrier) sebelum air hujan sampai ke permukaan tanah.
“Ia sekali gus menyebabkan air hujan bukan sahaja cepat sampai ke permukaan bumi, namun kadar resapan jauh lebih perlahan kerana sebahagian besarnya menjadi air permukaan yang bertenaga tinggi,” katanya.
Tambahnya, air permukaan berkenaan kemudian bertindak menghakis butiran tanah yang kini berstuktur longgar dan lemah.
Malah katanya, keadaan air banjir berwarna keruh menjadi indikator ia disebabkan penggondolan ekstrem, dibuktikan kehadiran partikel tanah bersaiz halus seperti lodak dan lempung (tanah liat) yang lebih mudah terhakis dan terampai di dalam air.
“Sebab itu apabila berlaku hujan dengan kadar resapan lebih perlahan daripada sepatutnya, memang akan ada banjir kerana tanah sudah tepu air disebabkan banyak faktor di mana penyumbang terbesar ialah kekurangan pokok di permukaan yang menjadi rintangan air.
“Saya sendiri terkejut melihat paparan imej Google Satellite yang viral baru-baru ini, ia adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian,” katanya.
Beliau berkata, selain penggondolan tanah tidak terkawal, faktor lain turut menyebabkan banjir, termasuk jenis tanah berperanan mengawal sifat kekonduksian hidraulik tanah iaitu parameter yang menentu ukur tahap kesenangan pengaliran air di antara liang tanah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/gondol-hutan-berleluasa-punca-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 278 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini Bagaimanapun pada masa sama kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih me...
Anak Sungai Saliran Tersumbat Antara Punca Banjir Pantai Timur Lambat Surut

Anak Sungai Saliran Tersumbat Antara Punca Banjir Pantai Timur Lambat Surut

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 315 hits
loading SHAH ALAM 9 Jan Anak sungai dan sistem saliran yang tersumbat dengan sampah sarap antara faktor yang menyebabkan banjir yang melanda negeri di pantai timur lambat surut kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Se...
Saintis Tegaskan Hutan Gondol Punca Banjir Besar Kerajaan Pahang Nafi Salahkan Hujan

Saintis Tegaskan Hutan Gondol Punca Banjir Besar Kerajaan Pahang Nafi Salahkan Hujan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Ketika pakar menegaskan banjir besar membawa lumpur bukan disebabkan faktor semula jadi sebaliknya diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa lain pula penegasan pihak kerajaan negeri Pahang Kenyataan Pejaba...
Banjir 43 000 Masih Berada Di Pps Di 5 Negeri

Banjir 43 000 Masih Berada Di Pps Di 5 Negeri

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 265 hits
Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 ANIH Berhad memaklumkan laluan di KM126 Chenor Temerloh masih ditutup di kedua dua arah KUALA LUMPUR Keadaan banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif apabila jumlah operasi pusat peminda...
1 160 Petugas Pantau Pengguna Lebuh Raya Karak Pantai Timur

1 160 Petugas Pantau Pengguna Lebuh Raya Karak Pantai Timur

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 431 hits
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA PEMANDANGAN laluan menghala ke Terowong Genting Sempah di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak KUANTAN Pengendali rangkaian lebuh raya E8 iaitu ANIH Berhad dan LPT 2 Sdn Bhd menyediakan sejumlah 1 160 petugas bagi memban...
Penampang Terjejas Teruk Akibat Banjir

Penampang Terjejas Teruk Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 212 hits
Pasukan keselamatan masih menjalankan operasi menyelamatkan mangsa di Penampang Proper PENAMPANG Sekurang kurangnya 16 kampung dan taman perumahan di sekitar Penampang dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang semalam Selain itu 12 jalan...
Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Keadaan banjir di Pahang Johor dan Kelantan beransur pulih pagi ini dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan Bagaimanapun portal infobanjir water gov my memaklumkan paras ai...
Hiburan Banjir Teruk Di Pahang Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman

Hiburan Banjir Teruk Di Pahang Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 441 hits
Keadaan banjir yang kini melanda beberapa buah negeri di Malaysia sememangnya menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat tambahan pada mereka yang sedang mengalaminya kini Sumber Instagram Siti Nurhaliza Malah banjir kali ini dilihat turut...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan