Balik Kampung Semalaman
Semalam..
Suami ajak balik kampung dia..
Kemas kemas lebih kurang...terus gerak
Otw balik segamat dari JB..
Singgah site kat Kluang kejap. Tengok apa apa yang patut..
Susun kerja.
Susun barang..
Lepas tu sambung perjalanan ke Segamat
Sampai kat kampung..
Kitorang relax relax je..
Lepak lepak sembang aje..
Memang saja nak ambil angin malam kat kampung
Serabut betul rasanya dengan masalah kerja,Masalah staf, masalah anak, masalah kesihatan,Kita tenang tenang kan diri kejap
Esoknya suami ajak gi kebun,Tengok pokok durian yang tanam bulan lepas
Hidup ke, mati ke,Kering ke, subur ke..
Tapi sebelum pergi kebun,Kena la isi minyak motor dan pam angin tayar motor dulu
Sempoi je stesen minyak kat Felda
Pam petrol sebiji. Meja kerani sebiji
Pam diesel sebiji kat luar
Kecik je stesen minyaknya
Jenama apa ni
Jenama koperasi Felda Kemelah..
Hero seorang Cinderalele tengah pam tayar motor
Nak masuk kebun tayar motor kena keras
Kalau tak keras nanti senang bocor
Dah kena sekali dah..
Gigih hero Mama Yan menyorong motor pancit
Berpeluh juga la menapak dalam kebun tu..
Kot kot ada hilux lalu boleh numpang...
Hapahhh..
Takde sebiji pun yang lalu..
Dah sampai kebun.
Mama Yan duduk je kat pondok.
Suami Mama gi siram pokok pokok duriannya..
Alhamdulillah..
Kesemua pokok durian hidup subur.
Pokok sawit pun sama..
Dah mengembang molek..
Tapi kali ni tak boleh petik sayur meranti,Sebabnya,Abang ipar Mama Yan baru lepas meracun lalang
Insyaalah kalau balik lagi sekali ni..
Dah boleh petik dah..
Selfie ni aktiviti wajib ye
Dalam banyak2 gambar tadi..
Gambar ni lah nampak paling kurus..
Yang lain semuanya besar talam
Hahaha.
So, gambar yang besar talam tu kita delete ajelah..
Up satu yg slim...hihihi
Sekian, wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/07/balik-kampung-semalaman.html