Balak Di Pahang Khalid Mohon Nama Baik Yang Di Pertuan Agong Dibersihkan


 

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / January 3, 2022Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegur tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti pembalakan susulan banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.
Lebih parah, tular sebuah video yang menyaksikan seorang lelaki yang didakwa sebagai ‘usahawan’ cuba mempertahankan tindakannya meneruskan aktiviti balak dengan mendakwa dia seolah-olah mendapat perlindungan dari pihak istana.
Justeru, Khalid memohon agar pihak istana dapat membersihkan nama baik baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan membuat penjelasan tentang dakwaan pembalakan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tersebut.
“Patik dengan suci hati memohon agar tuanku membersihkan nama baik tuanku dengan membuat penjelasan serta menjauhkan diri tuanku dari pihak yang menggunakan nama tuanku untuk kepentingan diri mereka sendiri.
“Patik memohon agar tuanku turut mengarahkan tindakan dikenakan ke atas mereka yang membalak atas nama tuanku dan segala kegiatan pembalakan yang memusnahkan alam sekitar dihentikan segera.
“Satu kaedah pembalakan yang lestari dan tidak merosakkan alam sekitar perlu dikuatkuasakan seterusnya,” cadangnya dalam satu kenyataan terbaru hari ini.
Ekoran dari banjir yang melanda Pahang, banyak khabar angin tersebar yang melibatkan nama baik Yang di-Pertuan Agong dan kerabat Diraja Pahang berhubung dengan pembalakan di negeri itu.
Bahkan tular video di mana seorang lelaki dengan bangga mendakwa dia akan mengadu kepada baginda Al Sultan mengenai bantahan seorang puan seri terhadap kegiatan pembalakan yang dilakukannya di Pahang.
Khalid berkata, individu berkenaan seolah-olah mendakwa mendapat perlindungan istana dan ‘setakat Tan Sri atau Datuk Sri, semuanya kecil’ dan tidak dikhuatirinya kerana dia bersama istana.
Mengulas lanjut Khalid berkata, beliau meyakini bahawa baginda Al Sultan tiada kaitan dengan dakwaan yang tersebar kini, sebaliknya, nama baginda serta Istana Pahang telah dipergunakan untuk kerja-kerja tidak amanah.
“Nama baik baginda dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang menggondolkan bukit bukau negeri Pahang secara rakus dan tanpa berperikemanusiaan.
“Patik yakin tuanku mengambil berat kesengsaraan rakyat Pahang akibat kegiatan terkutuk ini sekiranya diteruskan. Oleh itu tuanku wajar bersuara dan menghentikan kedurjanaan ini dari berterusan,” mohonnya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/balak-di-pahang-khalid-mohon-nama-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 277 hits
MUHAMMAD RAFIQUEBencana banjir besar yang berlaku di Pahang baru baru ini terutamanya di kawasan Karak dan Mentakab adalah sesuatu yang mengejutkan Ia ibarat suatu tsunami yang rakus membadai dan mengingatkan rakyat kepada peristiwa banjir ...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 359 hits
BENTONG Kejadian kepala air yang terlalu deras dari Sungai Kerau di sini selepas hujan lebat dikenal pasti menjadi punya berlaku balak hanyut di jambatan Sri Telemong Jalan Karak Pelangai di sini Longgokan balak dan sisa pokok juga terdapat...
Selain Sah Menipu Dan Berbohong Abu Zahar Juga Cemarkan Nama Agong

Selain Sah Menipu Dan Berbohong Abu Zahar Juga Cemarkan Nama Agong

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 234 hits
Termasuk Abu Zahar Ujang selaku pengerusi Lembaga Penasihat Pencecahan Rasuah SPRM mempunyai tujuh orang anggota Berikutan sidang media Abu Zahar atas nama LPPR pada 5 Januari lalu yang membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada...
Situasi Banjir Di Sabah Pahang Dan Melaka Bertambah Baik

Situasi Banjir Di Sabah Pahang Dan Melaka Bertambah Baik

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 237 hits
BERNAMA Bagaimanapun mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit hari ini Penduduk Taman Gembira di Segamat mengharungi banjir yang mencecah ke paras betis Mangsa berpindah ke PPS buat sementara waktu sambil menunggu genangan air beransur su...
Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 340 hits
Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan Ketua P...
Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 300 hits
BENTONG Aktivis alam sekitar yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad a k a Wartawan Tua yang menjalankan misi mencari punca sebenar becana tsunami balak melanda Kampung Sri Telemong disini baru baru ini mendakwa b...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh