Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong




BENTONG - Aktivis alam sekitar yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad a.k.a Wartawan Tua yang menjalankan misi mencari punca sebenar becana ‘tsunami balak’ melanda Kampung Sri Telemong, disini baru-baru ini, mendakwa berlaku aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.
Dalam satu artikel di laman Facebooknya, aktivis alam sekitar itu menjalankan misi menjejak ‘kepala air’ yang dilapor menjadi punca banjir lumpur bersama puing/sisa kayu seperti dimaklumkan pihak berkuasa.


Menurutnya, tinjauan di hulu Sungai Telemong hingga ke Jambatan Seri Telemong berhampiran Kuala Sungai Kerau mendapatnya menjadi tempat timbunan sisa kayu luar biasa yang tidak dapat dipastikan dari mana sebenarnya.
“Tinjauan ke hulu Sungai Kerau mendapati tidak banyak kesan kegelinciran tanah kecuali penerokaan hutan secara meluas bagi projek lot dusun dan rumah mewah ratusan hektar di The Valley serta kawasan sekitarnya bagi tujuan pertanian.


“Jadi saya mengesyaki timbunan sisa kayu ini dibawa arus deras limpahan air dari hulu Sungai Telemong yang bertembung dengan banjir lumpur dan sisa kayu penerokaan hutan dari hulu Sungai Kerau.
“Kemudian saya bergerak lagi ke arah hulu Sungai Telemong hingga ke kawasan pertembungan kuala Sungai Perdak dan Sungai Telemong, yang juga terdapat timbunan sisa kayu luar biasa,” katanya.


Beliau berkata, di kawasan bukit di belakang Kampung Baru Sungai Perdak hingga Kampung Baru Telemong memang banyak kesan gelinciran tanah akibat pembukaan tanah milik dan penerokaan hutan secara haram bagi tanaman durian Musang King.


“Ketika membuat tinjauan di kawasan ini, seorang penduduk tempatan Telemong tiba-tiba mendekati saya dan memberitahu untuk meninjau ke arah belakang Pekan Telemong..di sana ada kawasan pembalakan baru kerja 200 ekar.
“Selepas menerbangkan dron di satu lokasi, saya ternampak timbunan kayu balak dari udara dan apabila ditinjau pula mengikut jalan darat, ternyata ada satu ‘matau’ atau tempat simpanan transit kayu balak.


“Pada pengamatan saya, berdasarkan terdapatnya saiz tongkol balak yang agak besar termasuk Meranti Bukit, saya percaya kayu-kayu ini ditebang dari puncak bukit hutan tadahan air yang sepatutnya menjadi penampan jika berlaku hujan lebat,” katanya.
Sementara itu, Khaidir berkata seorang pencari hasil hutan turut memberitahunya jarak kawasan pembalakan dari matau itu adalah kira-kira satu jam perjalanan mendaki bukit dengan motosikal atau lori balak.
“Pada mulanya saya bercadang untuk masuk ke kawasan penebangan balak di hutan berkenaan tetapi memandangkan cuaca semakin gelap dan awan mendung, maka saya terus berpatah balik ke Pekan Telemong.


“Persoalannya..adakah pembalakan ini juga ada kaitannya dengan ‘kepala air’ banjir lumpur luar biasa bersama sisa kayu yang melanda lembangan Sungai Telemong hingga ke Karak pada 18 dan 19 Disember 2021?” soalnya.
Sebelum ini Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam satu kenyataan mendapati tiada aktiviti pembalakan yang dikatakan punca longgokan kayu balak di Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.
Menurut JPNP semakan melalui udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan sama ada di dalam Hutan Simpan Lentang, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik di kedua-dua lokasi berkenaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/wartawan-tua-minta-kerajaan-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Menjejak Kepala Air Tetapi Terjumpa Kepala Balak Di Hulu Telemong

Misi Menjejak Kepala Air Tetapi Terjumpa Kepala Balak Di Hulu Telemong

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 145 hits
KHAIDIR AHMAD Tengah hari tadi saya bergerak ke Telemong Bentong Pahang dalam misi menjejak kepala air yang dilapor menjadi punca banjir lumpur bersama apa yang disebut oleh para professor sebagai debris atau puing atau bahasa mudahnya sisa...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 327 hits
BENTONG Kejadian kepala air yang terlalu deras dari Sungai Kerau di sini selepas hujan lebat dikenal pasti menjadi punya berlaku balak hanyut di jambatan Sri Telemong Jalan Karak Pelangai di sini Longgokan balak dan sisa pokok juga terdapat...
Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 176 hits
Isu pembalakan samada berlesen atau tidak sering kami timbulkan agar aktiviti ini dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ini bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut me...
Penafian Kerajaan Pahang Di Tolak Lagi Bukti Ada Aktiviti Pembalakan Terus Di Dedahkan

Penafian Kerajaan Pahang Di Tolak Lagi Bukti Ada Aktiviti Pembalakan Terus Di Dedahkan

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 169 hits
BENTONG Semakin dinafikan semakin banyak bukti adanya kawasan pembakalan di kawasan tanah tinggi hulu sungai didedahkankan Terduhulu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang baru baru ini menafikan pembalakan punca banjir lumpur dasyat yang melanda...
Pkr Wants Pahang To Probe Illegal Logging After Telemong Timber Tsunami

Pkr Wants Pahang To Probe Illegal Logging After Telemong Timber Tsunami

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 206 hits
Pahang PKR has demanded the state government to take stern action against those involved in illegal logging activities in the state instead of protecting the timber tycoons In a statement yesterday its communications bureau chief Wan Fauzul...
Balak Di Pahang Khalid Mohon Nama Baik Yang Di Pertuan Agong Dibersihkan

Balak Di Pahang Khalid Mohon Nama Baik Yang Di Pertuan Agong Dibersihkan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 178 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON January 3 2022Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegur tindakan pihak pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan nama Yang di Pertuan Agong dengan mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti pe...
Kerajaan Bn Perlu Selesai Isu Pembelian Hartanah Penjawat Awam

Kerajaan Bn Perlu Selesai Isu Pembelian Hartanah Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 347 hits
Kerajaan BN PN perlu campurtangan menarik balik notis makluman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam sejak Ogos lalu yang memeningkan fikiran pesara kerajaaan dan penjawat awam yang masih bertugas sejak beberapa bulan lalu Menurut Ketua ...
Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak

Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 197 hits
MALAYSIA POST KEPALA air selepas hujan lebat dikenal pasti punca longgokan sisa pokok balak terdampar di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan di Karak Bentong hingga menyebabkan laluan terbabit...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas