Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong


 

BENTONG - Kejadian kepala air yang terlalu deras dari Sungai Kerau, di sini selepas hujan lebat dikenal pasti menjadi punya berlaku balak hanyut di jambatan Sri Telemong Jalan Karak-Pelangai, di sini.
Longgokan balak dan sisa pokok juga terdapat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Karak hingga menyebabkan laluan terbabit ditutup sementara beberapa hari.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya melakukan siasatan di tempat kejadian bagi mencari punca berlakunya kejadian balak dan sisa pokok hanyut di dua tempat terbabit.
Menurutnya, hujan lebat selama tiga hari berturut-turut bermula 16 Disember yang menyebabkan paras air Sungai Temeriak meningkat secara luar biasa hingga berlakunya kejadian kepala air.
Katanya, peningkatan paras air sungai menyebabkan kadar kelajuan sungai terbabit menjadi amat tinggi, ditambah dengan sungai menuruni bukit mengakibatkan impak kepala air yang lebih kuat hingga membawa sisa kayu, pokok besar serta kejadian tanah runtuh.
"Pemantauan udara menggunakan dron telah dilakukan. Kita dapati tidak ada sebarang aktiviti pembukaan hutan di dalam Hutan Simpan Lentang, di sini.
"Kawasan Hutan Simpan Lentang dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Airyang diwartakan semenjak 2002," katanya selepas meninjau kawasan Kampung Telemong, di sini, hari ini.
Turut sama Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad dan Pegawai Hutan Daerah (PHD) Bentong, Haffiz Baharuddin.
Mohd Hizamri berkata, kepala air yang berlaku turut berpunca daripada Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang mengalir daripada Hutan Simpan Lentang yang kemudiannya melalui kawasan Tanah Milik sebelum tersangkut di jambatan.
Beliau menambah, antara bukti tidak ada aktiviti pembalakan di kawasan terbabit ialah pokok pelbagai saiz tumbang dan hanyut selepas tercabut bersama akar dab tidak ada kesan tebang.
Katanya, penduduk di kawasan terbabit turut melihat kejadian kepala air yang begitu deras dan menghanyutkan bersama balak termasuk sisa pokok.
"Saya berharap masyarakat tidak terus menyalah kerajaan dalam hal ini kerana kita sentiasa berusaha menjaga alam sekitar serta kepentingan masyarakat setempat.
"Kejadian banjir yang berlaku minggu lalu dianggap luar biasa berikutan hujan yang berlaku selama tiga hari berturut-turut," katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Sri Telemong, Yeong Onn Hong berkata, arus air deras membawa bersama sisa pokok yang patah dan tercabut seterusnya tersekat dekat jambatan Kampung Sri Telemong.
"Di kawasan ini tidak terdapat aktiviti pembalakan dan sebagai penduduk setempat saya memberi jaminan kejadian balak hanyut disebabkan kepala air yang terlalu deras," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/jabatan-perhutanan-negeri-pahang-jpnp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak

Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 220 hits
MALAYSIA POST KEPALA air selepas hujan lebat dikenal pasti punca longgokan sisa pokok balak terdampar di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan di Karak Bentong hingga menyebabkan laluan terbabit...
Lebih 10 Unit Pam Sedut Keluar Air Banjir Termenung Di Gunakan Oleh Jps Di Negeri Pahang

Lebih 10 Unit Pam Sedut Keluar Air Banjir Termenung Di Gunakan Oleh Jps Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Lebih 10 unit pam digunakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang untuk menyedut keluar air banjir termenung di negeri ini Pengarahnya Mohd Noor Bidin berkata selain Kuantan daerah lain yang menerima kemudahan itu ialah Pekan da...
Kes Hanyut Di Telemong Vs Sindrom Penafian Adakah Pembalakan Di Sg Gapoi Jadi Punca

Kes Hanyut Di Telemong Vs Sindrom Penafian Adakah Pembalakan Di Sg Gapoi Jadi Punca

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Angkatan Pembela Rakyat hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat secara telus laporan yang tular di media sosial berkenaan insiden 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilan...
Banjir Musim Tengkujuh Jabatan Perhutanan Pahang Arah Tangguhkan Aktiviti Pembalakan

Banjir Musim Tengkujuh Jabatan Perhutanan Pahang Arah Tangguhkan Aktiviti Pembalakan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Pahang mengeluarkan arahan supaya aktiviti pembalakan diberhentikan sementara bermula semalam berikutan banjir dan musim tengkujuh yang melanda negara Pengarah Perhutanan Pahang Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata kep...
Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 276 hits
MUHAMMAD RAFIQUEBencana banjir besar yang berlaku di Pahang baru baru ini terutamanya di kawasan Karak dan Mentakab adalah sesuatu yang mengejutkan Ia ibarat suatu tsunami yang rakus membadai dan mengingatkan rakyat kepada peristiwa banjir ...
Lekukan Tropika Punca Banjir Di Lima Negeri Kata Pakar Klimatologi

Lekukan Tropika Punca Banjir Di Lima Negeri Kata Pakar Klimatologi

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh Imej lekukan tropika yang terbentuk di kawasan Semenanjung Malaysia HUJAN lebat yang melanda negara pada Khamis lalu sehingga menyebabkan banjir di lima buah negeri iaitu Selangor Pahang Kelantan Melaka Perak dan Negeri Sembilan berpun...
Jps Salur Rm12 Juta Untuk Pulihara Sungai Dan Kurangkan Risiko Banjir Di Negeri Pahang

Jps Salur Rm12 Juta Untuk Pulihara Sungai Dan Kurangkan Risiko Banjir Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang menyalurkan peruntukan kira kira RM12 juta tahun ini bagi pelaksanaan usaha memulihara sungai untuk mengurangkan risiko banjir di negeri ini Pengarah JPS Pahang Mohd Noor Bidin berkata peruntukan...
Ini Punca Air Mesin Basuh Perlahan Baru Tahu Terbantut Niat Nak Cuci Baju

Ini Punca Air Mesin Basuh Perlahan Baru Tahu Terbantut Niat Nak Cuci Baju

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 276 hits
Geram betul bila kita dah semangat nak basuh baju tapi air kecil Paip kita dah buka habis tapi air keluar bagaikan hidup segan mati tak mahu Elok ada mood nak mendobi terus down Selain mesin basuh yang kotor dan kepingan daki hitam melekat ...
Hiburan Ianya Bukan Fenomena Kepala Air Polis Ulas Video Air Mengganas Di Lata Berangin

Hiburan Ianya Bukan Fenomena Kepala Air Polis Ulas Video Air Mengganas Di Lata Berangin

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 300 hits
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed mengulas mengenai satu video tular yang memaparkan fenomena di Air Terjun Lata Berangin pagi Khamis Suzaimi Mohamed berkata sebaliknya ia adalah fenomena biasa apabila kawas...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi