Baju Rekaan Menarik Dari Jrig Gear
Assalamualaikum..
Ikutkan di hati ini memang sudah lama berkenan dengan baju dari jenis Sublimation . Sambil-sambil mencari kedai online terjumpa pula page di Facebook iaitu Jrig Sublimation And Packaging . Jadi survey punya survey jumpa juga rekaan baju yang berkenan di hati ini . Sebenarnya ada juga bercadang untuk mendapatkan baju jersi untuk aktiviti ” Outdoor ” . Walaupun kita sekarang ni di dalam ” Norma Baharu ” , aktiviti riadah masih boleh dilakukan .
Ok jom beriadah …
Oh ya…Sebelum tu ada juga terdengar iklan tentang JRIG Gear ini di stesen radio kegemaran iaitu BEST FM . Memang mantap juga info dari situ . Ok jom kita kenali serba sedikit tentang Jrig Gear Sublimation ini
TENTANG JRIG GEAR
Jrig Gear Sublimation merupakan sebuah kilang percetakan Baju sublimation yang bertempat di Taman Impian Emas Skudai di Johor Baharu .
JRIG GEAR di facebook
Kilang ini ditubuhkan pada Tahun 2017 dimana sebelum ini ia bergabung dengan kilang percetakan Al Fateh . Pada tahun 2020 , kilang ni bergerak sendirian dan fokus utama mereka adalah untuk menyediakan Baju sublimation dimana ia sangat sesuai untuk kelab , persatuan, dan pelbagai tema baju lain lagi.
JRIG GEAR di Instagram
Kain dan kualiti cetakan sangat baik dari kilang Jrig kerana menggunakan mesin cetakan berkualiti tinggi.
APA ITU SUBLIMATION PRINTING ?
Sublimation merupakan salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan untuk cenderahati , t-shirt dan sebagainya.
Sublimation salah satu teknik yang menggunakan haba dalam proses untuk memindahkan sesuatu imej dari kertas sublimation atau kertas inkjet . Kemudian kertas ini akan ditekap ke atas produk yang dimahukan dengan menggunakan mesin khas iaitu mesin tekanan haba ( heat press machine ) . Antara produk yang boleh dihasilkan dengan teknik sublimation ini ialah, t-shirt, mug, puzzle, plate dan sebagainya.
Teknik sublimation ini hanya boleh digunakan ke atas produk-produk tertentu sahaja . Teknik ini hanya boleh diaplikasikan ke atas permukaan yang mempunyai suatu lapisan khas. Lapisan khas yang dikenali sebagai coating ini akan membantu penerimaan imej ke atas produk tersebut . Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.
KELEBIHAN BAJU SUBLIMATION PRINTING
Dari segi teknik sublimation printing , ia mempunyai ciri-ciri khas dari segi full color printing , design sublimation yang nampak lebih unik dan harga lebih murah berbanding printing baju secara full body dengan menggunakan teknik silkscreen.
Jinak pula kucing ni..ambik mood beriadah juga la kan
1) Full Colour Printing
Apa yang menarik untuk baju Sublimation ini ialah , Full Colour Printing atau warna penuh atau bercampur dengan warna lain . Jadi memang sesuai untuk baju jersi , kelab dan juga untuk kegunaan riadah dan bersukan .
2) Rekaan Sublimation unik
Rekaan Sublimation juga unik kerana ia menggabungkan pelbagai warna dan namopak ceria .
3) Harga Yang Berpatutan
Bagi harganya pula amat berpatutan dan sebab itu sering mendapat tempahan yang banyak dari pelanggan .
4) Rasa lebih selesa
Apabila memakai baju Sublimation ini , anda akan berasa teramat selesa sekali .
5) Kain cepat kering
Apabila basuh baju ini , ia memang cepat kering
6) Tidak melekat ketika berpeluh
Bagi mereka yang aktif dengan aktiviti ” outdoor ” sudah tentu kerap berpeluh .. jadi dengan baju ini ia kurang melekat ketika berpeluh .
7) Warna tidak luntur
Ini teramat menarik dan tahan lama juga la apabila warna tidak luntur .
posing dulu …:-)
KENAPA HARUS TEMPAH BAJU DI JRIG GEAR ?
PILIHAN DESIGN YANG MANTAP MELEBIHI 150+++ PERCUMA BUAT ANDA
Designer sedia Membantu untuk Design Custom mengikut kriteria diberikan oleh pelanggan
Kilang Sublimation yang Mementingkan Kualiti Servis dan Siap Dalam Masa yang Ditetapkan
Pilihan Material Premium Microfiber Eyelet
Material Berkualiti, Tahan Lasak dan Selesa Digayakan
Menyediakan Pakej Mengikut Bajet Pelanggan
REVIEW SAYA APABILA MEMAKAI BAJU SUBLIMATION DARI JRIG
Logo pun cantik
Pandamgam tulisan di belakang baju
Ok ngam kacak
Pertama kali menyarung baju ini , terasa amat selesa . Jadi saya pun cuba la untuk buat aktiviti ” Outdoor ” . Ternyata ianya memang selesa , serap peluh dan tidak mudah renyuk . Dengan rekaan yang menarik ini juga dapat tarik perhatian di sekitar saya dan isteri beriadah pada waktu petang kelmarin kerana warnanya lain dari yang lain serta unik . Apabila berpeluh pula , ia tidaklah melekat dan cepat juga kering . Sama juga bila baju ini dibasuh amat mudah kering . Jadi memang tidak hairanlah sebab baju macam ni memperolehi permintaan yang tinggi sama ada dari kelab-kelab sukan , persatuan dan juga pelbagai agensi .
Ok kepada rakan-rakan yang ingin dapatkan baju Sublimation dari JRIG GEAR ini bolehlah ke :-
Instagram : https://www.instagram.com/jriggear
Facebook : https://www.facebook.com/jriggear
The post BAJU REKAAN MENARIK DARI JRIG GEAR appeared first on wanzawawi[dot]net.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wanzawawi.net/2021/06/baju-rekaan-menarik-dari-jrig-gear/