Bajet Rm30 Dapat Siapkan Bakul Bertingkat Serbaguna Lebih Kemas Simpan Barang
Ruang dapur terhad bukan penghalang untuk nampak teratur dan kemas. Lagi-lagi jika di situlah juga ruang laundry yang menempatkan mesin basuh dan keperluan sabun pencuci. Kadang boleh sakit mata melihat plastik atau botol sabun diletakkan atas lantai.
Bukan itu saja, bagi yang ada anak kecil, risau takut anak diam-diam masuk dapur dan bermain barang-barang yang boleh membahayakan mereka. Jika ada tempat khas meletakkan barang-barang tersebut, lagi elok.
Bagi anda yang ingin pastikan ruang dapur dan tempat membasuh pakaian tersusun elok, boleh ambil idea yang dikongsikan oleh Nur Suhada Saiman.
Aktiviti DIY hujung minggu bersama encik suami. Baru belajar. Rasanya buat 5 lubang je, yang selebihnya encik suami yang buatkan.
Bakul bertingkat serbaguna
Bakul 3pcs × RM2.30 = RM6.90
Roda 2pack × RM2.30 =RM4.60
Besi Bentuk L (tak tahu nama) * 2pek × RM2.30 = RM4.60
Skru (beli kat hardware) = RM12
Total = RM27.80 sahaja
Tebuk lubang ikut jenis saiz besi L
Bila dah siap tebuk, boleh susun dan masukkan skru. Siap!
Nak memudahkan pergerakan bakul serbaguna ini, boleh pasang roda di bahagian bawah. Jadi senang sikit nak tolak ke mana-mana.
**Bakul bertingkat serbaguna ini juga boleh digunakan untuk meletakkan barang mainan anak. Jadi lepas main anak boleh terus letak je dalam bakul ni. Kuranglah sikit bersepah rumah.
Kredit: Nur Suhada Saiman via Deco apa dengan barang ECO harini
#ecoshop
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bajet RM30, Dapat Siapkan Bakul Bertingkat Serbaguna. Lebih Kemas Simpan Barang! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bajet-rm30-dapat-siapkan-bakul-bertingkat-serbaguna-lebih-kemas-simpan-barang/