Lebih 30 Mukim 14 Lokaliti Di Selangor Kl Kena Pkpd


FMT Reporters
-July 1, 2021 6:26 PM


PETALING JAYA: Kawalan di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur diperketatkan bermula 3 Julai sehingga 16 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan trend jangkitan yang tinggi dengan semua daerah melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

Beliau berkata, purata kes harian di Selangor sahaja adalah antara 1,800 ke 1,900, manakala di Kuala Lumpur dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Dalam pada itu, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di Selangor dan Kuala Lumpur masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend menurun.

“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas, iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” katanya dalam kenyataan.

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di mukim berikut di Selangor:

Daerah Petaling
Mukim Petaling
Damansara
Sg Buloh
Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim Hulu Langat
Ampang
Cheras
Kajang
Semenyih
Beranang

Daerah Sepang
Mukim Dengkil
Labu
Sepang

Daerah Gombak
Mukim Batu
Rawang
Setapak
Hulu Kelang
Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim Tanjung 12 (1)
Tanjung 12 (2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu

Daerah Klang
Mukim Kapar
Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim Ijok
Bestari Jaya
Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali

PKPD dilaksanakan di lokaliti Kuala Lumpur berikut:
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah
Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
Kampung Batu Muda
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Lokaliti di Perak, Melaka, Pahang, dan Sabah

Sementara itu, kerajaan turut mengumumkan kawalan diperketatkan di beberapa lokaliti di Perak, Melaka, Pahang, dan Sabah.

Ismail berkata PKPD di semua kawasan berkenaan akan bermula 3 Julai hingga 16 Julai.

Perak
Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan asrama pekerja Latexx Village di Taiping, di mana 237 kes positif direkodkan selepas Kementerian Kesihatan melakukan 795 saringan.
Asrama pekerja Kilang Latexx 3 di Jalan IKA, Industri Kamunting Aman, Kamunting, di mana 213 kes positif direkodkan selepas KKM melakukan 561 saringan.

Melaka
Taman Mewah di Kelemak, Alor Gajah, di mana 55 kes positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Pahang
Mukim Kuala Kuantan 1 di Kuantan, di mana 369 kes positif direkodkan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Sabah
Kampung Mangga di Nasip Kita, Tawau, di mana sembilan kes direkodkan selepas 58 individu disaring
Kampung Kijang di Balung, Tawau, di mana 15 individu disahkan positif daripada 17 yang menjalani saringan.
Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu, di mana 17 disahkan positif daripada 27 yang menjalani saringan.
Kampung Lingkodon di Kota Belud, di mana lapan individu disahkan positif daripada 28 yang menjalani saringan.
Kampung Pintas Kubu di Beaufort, di mana sembilan disahkan positif daripada 26 yang menjalani saringan.
Kampung Muhibbah di Putatan, di mana 12 individu disahkan positif daripada 17 yang menjalani saringan.
Kampung Goshen di Kota Marudu, di mana 13 individu dikesan positif daripada 57 yang menjalani saringan.

Sementara itu, PKPD di sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau di Batang Igan, Mukah, Sarawak dilanjutkan sehingga 16 Julai susulan peningkatan kes Covid-19.


PKPD turut dilanjutkan di asrama pekerja warga asing dan kawasan kilang Wah Cens Plastic Industries & Metal Sdn Bhd di Buloh Kasap, Segamat, Johor sehingga 16 Julai.

PKPD Taman Sri Purnama tamat

Sementara itu, PKPD di Taman Sri Purnama di Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan akan tamat bermula 11.59 malam esok.

Sepanjang pelaksanaan PKPD di situ, KKM melakukan 264 ujian saringan dan 27 daripadanya disahkan positif.

“KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/lebih-30-mukim-14-lokaliti-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Pkpd Di Beberapa Mukim Di Selangor Dan Lokaliti Di Kl 1 Julai 2021

Terkini Pkpd Di Beberapa Mukim Di Selangor Dan Lokaliti Di Kl 1 Julai 2021

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 222 hits
Ikuti perkembangan terkini penguatkuasaan pematuhan SOP bagi Fasa 1 PKP dalam Pelan Pemulihan Negara menerusi kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob AWANInews HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www...
Pkpd Tiada Kawat Duri Polis Selangor Pertingkatkan Pemantauan Lebih Ketat

Pkpd Tiada Kawat Duri Polis Selangor Pertingkatkan Pemantauan Lebih Ketat

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 226 hits
Menurut sumber daripada artikel astro Awani Polis Selangor akan melakukan sekatan jalan raya secara besar besaran di seluruh negeri bagi memantau penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di negeri tersebut Ketua
Tiada Penggunaan Kawad Berduri Pkpd Di 34 Mukim Selangor

Tiada Penggunaan Kawad Berduri Pkpd Di 34 Mukim Selangor

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 185 hits
Polis akan mempertingkat kawalan di sekatan jalan raya SHAH ALAM Tiada pagar kawat berduri yang akan dipasang di 34 mukim di Selangor sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang bermula tengah malam ini hingga 16 Ju...
Apa Anda Perlu Tahu Pkpd Selangor Kl

Apa Anda Perlu Tahu Pkpd Selangor Kl

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 132 hits
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN Seorang penduduk berdiri di sebalik kawat duri yang dipasang pasukan keselamatan di Kampung Segambut Dalam Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD sejak 26 Jun lalu Berikut ringkasan kenyataan Menteri Kanan Ismail Sabri...
Kawasan Pkpd Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat

Kawasan Pkpd Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 478 hits
Kawasan PKPD Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat telahpun diumumkan oleh Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob Untuk tempoh dua minggu lagi bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021 kita akan dikurung di kawasan penempatan ki...
Kenapa Pkpd Di Kl Dan Selangor Selepas Sebulan Lockdown Adakah Sebab Takut Buka Parlimen

Kenapa Pkpd Di Kl Dan Selangor Selepas Sebulan Lockdown Adakah Sebab Takut Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 229 hits
July 2 2021 1 Kenapa PKPD di Lembah Klang Selangor tidak dilaksanakan seawal 1 Jun dalam tempoh kononnya Total Lockdown dilaksanakan Kenapa laksana 1 Julai Mengapa terus mendera Rakyat apakah Bagi mengelakkan pembukaan Parlimen 2 Sudah past...
Terkini Covid 19 Kes Baharu Masih Lebih 6 000 Selangor Tertinggi Dengan 2 262 Kes

Terkini Covid 19 Kes Baharu Masih Lebih 6 000 Selangor Tertinggi Dengan 2 262 Kes

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 252 hits
Angka jangkitan baharu COVID 19 dalam negara merekodkan 6 045 kes bagi tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 778 652 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Twitt...
Tindakan Lebih Ketat Bagi Kl Selangor Diumum Petang Ini Kata Ismail

Tindakan Lebih Ketat Bagi Kl Selangor Diumum Petang Ini Kata Ismail

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 184 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kerajaan akan mengumumkan tindakan lebih menyeluruh di Kuala Lumpur dan Selangor petang ini dalam usaha menurunkan kes positif Covid 19 yang kekal tinggi di dua negeri berkenaan Bercakap kepada media selepas melaw...
Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 175 hits
June 28 2021 Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah yang dihadapi di Selangor ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin bukan kapasiti mahupun jumlah PPV PETALING JAYA Kapasiti vaksinasi harian di 73 pusat pemberian vaksin di seluruh Selan...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord