Amah Ugut Majikan Guna Pisau Curi Barang Kemas Dipenjara 6 Bulan


 
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap wanita itu berjalan serentak. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Akibat mencuri barang kemas dan mengugut majikannya menggunakan pisau, seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.
Majistret Nik Fadli Nik Azlan mengarahkan Supriani, 41, dipenjara enam bulan dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah mencuri gelang tangan dan cincin emas bernilai RM3,000 milik Mohd Izzuddin Makhtar, 32, lapor Bernama.
Dia turut dipenjara empat bulan selepas mengaku salah menakutkan Mohd Izzuddin dengan mengacukan pisau ke arah mangsa.
Dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Halamanda, Gombak, dekat sini, pada 10 malam, 25 Jun lepas.
Nik Fadli memerintahkan dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Jun lepas.
Beliau turut mengarahkan Supriani dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Tuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira tindakan tertuduh mengacukan pisau menyebabkan mangsa berasa takut selain mangsa turut mengalami kerugian.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan ingin segera pulang ke Indonesia.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa telah menyoal tertuduh mengenai kehilangan gelang dan cincin emas miliknya yang ditemui dalam beg pakaian wanita itu.
Supriani yang menafikan mencuri barang tersebut tiba-tiba telah mengambil pisau di dapur dan mengacukannya ke arah mangsa. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/amah-ugut-majikan-guna-pisau-curi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amah Mengaku Salah Curi Barang Kemas Acu Pisau Kepada Majikan

Amah Mengaku Salah Curi Barang Kemas Acu Pisau Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 296 hits
Amah mengaku salah curi barang kemas acu pisau kepada majikan Padah mencuri barang kemas dan mengacu pisau kepada majikan seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara enam bulan dan didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada R...
Bertam 2 Wanita Curi Barang Kemas Korea Diburu

Bertam 2 Wanita Curi Barang Kemas Korea Diburu

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 248 hits
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai mencuri sejumlah barang kemas Korea di sebuah gerai yang tidak beroperasi di dalam sebuah pasar raya di Bartam Kepala Batas di sini Isnin lalu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komis...
Tampar Mulut Cekik Girlfriend Sebab Tak Masak Lelaki Dipenjara 3 Bulan

Tampar Mulut Cekik Girlfriend Sebab Tak Masak Lelaki Dipenjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 179 hits
The ReporterAkibat mengugut menampar dan mencekik teman wanitanya kerana tidak memasak seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur semalam Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatu...
Cara Nak Check Orang Curi Guna Wifi Unifi Di Rumah

Cara Nak Check Orang Curi Guna Wifi Unifi Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 370 hits
Menarik kan tajuk kali ini Baru baru ini kami cuba hubungi TM Unifi apabila kelajuan internet di rumah agak slow berbanding sebelumnya Rumah ana boleh di katakan banyak peranti yang menggunakan wifi Unifi Macam biasa anak anak seorang satu ...
Skin Journey Guna Timewise Age Minimize 3d Mary Kay Selama 5 Bulan

Skin Journey Guna Timewise Age Minimize 3d Mary Kay Selama 5 Bulan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum Actually belum sampai 5 bulan pun Ayue guna TimeWise Miracle Set 3D dari Mary Kay ni Ayue mula guna pakai 27 Januari 2021 Lagi seminggu baru genap 5 bulan Hehe But the result is already AMAZING Serious as early as 3 bulan pe...
Laa 17 Bulan Kerajaan Negeri Banyak Tu Saja Weiii Berbillion Hang Kata Dapat

Laa 17 Bulan Kerajaan Negeri Banyak Tu Saja Weiii Berbillion Hang Kata Dapat

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 202 hits
Untuk sebuah kerajaan negeri dia bangga kononnya telah mengagihkan 100 ribu bakul makanan sejak Mac 2020 lalu Jangan lupa kalau sejak Mac 2020 bermakna tempohnya ialah 17 bulan Jadi cuba dia kira berapa dalam sebulan bakul makanan yang tela...
Aidiladha 2021 Tarikh Melihat Anak Bulan

Aidiladha 2021 Tarikh Melihat Anak Bulan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 427 hits
AidilAdha 2021 Tarikh Melihat Anak Bulan Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja raja Penyim...
Selepas Bulan Jatuh Ke Riba Umno

Selepas Bulan Jatuh Ke Riba Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 271 hits
Al Abror Mohd YusufHanya beberapa jam saja lagi untuk tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memenuhi tuntutan mereka berakhir Berdasarkan tarikh surat yang dikeluarkan parti dan ditandatangani Ahmad Zahid Ham...
Golkar Mulai Pemanasan Persiapan Pilpres Bulan Depan 2022 Gaspol

Golkar Mulai Pemanasan Persiapan Pilpres Bulan Depan 2022 Gaspol

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 328 hits
Maman menuturkan Partai Golkar tidak bisa leluasa bergerak dalam konteks Pemilu 2024 karena posisi Ketua Umum Airlangga Hartarto sebagai Menko Perekonomian yang juga Ketua Komite Penanganan COVID 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional Airlangga ...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping