Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana Lebih Baik Simpan Cara Bijak


Situasi semacam ini selalu berlaku pada kita. Konon nak simpan duit raya anak supaya jadi banyak dahulu dan kemudiannya baru nak menyimpan di bank, sudahnya duit raya anak hilang tanpa dikesan. Malah tak perasan letak di mana.
Paling dikesalkan, adakalanya kita terpaksa pakai duit raya anak untuk kegunaan kita. Konon nak pinjam sekejap, sudahnya lupa hendak pulangkan semula. Hal yang semacam inilah tidak patut berlaku pada kita.
Mengumpul duit raya anak agar menjadi lebih banyak dan menyimpannya sendiri adalah keputusan yang kurang bijak dan tidak patut diambil oleh ibu bapa. Selain bimbang terguna, ada waktunya kita sendiri terlupa di mana kita simpan wang tersebut. Hal semacam inilah yang patut kita elakkan.
Menurut Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, menyimpan duit raya anak perlulah dirancang dengan bijak dan cermat. Adalah lebih baik, ibu bapa melaburkan duit anak itu untuk kegunaan mereka di masa hadapan.

 Simpan Cara Bijak!
Salah satu cara paling mudah untuk menyimpan dan dalam masa yang sama menggandakan tabungan anak kecil kita adalah dengan membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ibu bapa boleh membuka Akaun Bijak untuk anak-anak seawal usia bayi lagi.
ASB bukan sekadar simpanan biasa bahkan ianya merupakan suatu pelaburan yang memberikan pulangan agihan pendapatan tahunan. Duit simpanan anak -anak akan berkembang dengan kuasa kompaun jika disimpan dalam tempoh masa yang panjang.
Jika pelaburan dibuat di awal usia anak-anak, ibu bapa mempunyai masa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat kewangan misalnya untuk kegunaan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, modal untuk mencapai impian dalam bidang keusahawanan, deposit rumah pertama anak atau perkahwinan. Mulakan dengan jumlah yang kecil; setiap sen yang dilaburkan, lama kelamaan boleh berkembang.
Pelaburan yang dibuat dengan konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil tetap boleh memberikan manfaat di masa hadapan. Jadi tak rugi kalau ibu terus menyimpan duit raya anak dengan bijak setiap tahun secara konsisten.

Sebenarnya hendak menyimpan wang anak kini tidaklah sesukar dahulu bila mana pergi ke kaunter untuk membuat transaksi. Kini anda sudah boleh melabur secara online dengan portal atau mobile apps myASNB atau menerusi perbankan internet ejen ASNB. Kalau takut terlupa, buatlah potongan Auto Labur, pelan pelaburan sistematik untuk akaun anak yang lebih menjimatkan masa anda.
Apa itu Auto Labur? Auto Labur adalah kemudahan pelaburan sistematik secara online yang disediakan oleh ASNB yang membolehkan ibu bapa untuk simpan duit anak-anak secara konsisten setiap bulan.
Hanya tetapkan sahaja berapa jumlah yang kita mahu simpan dalam akaun anak serendah RM30 sebulan, dan secara automatik ia akan ditolak dari akaun bank yang ibu bapa tetapkan. Mudah bukan?

Kempen Labur Raya ASNB!
Sepanjang musim raya ini, simpan duit raya anak anda di ASB atau ASB2, anda berpeluang memenangi lebih lagi duit raya. Kempen ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Julai 2021, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM225,000 untuk lebih 3,000 pemenang!
Selain itu, bagi pendaftaran baharu Auto Labur, anda boleh mendapat rebat tunai sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta terawal.
Istimewa untuk penonton Tanya Pakar Pa&Ma bagi episod bersama host Fizi Ali dan Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, anda berpeluang untuk menang RM50 unit percuma. Seramai 150 orang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Menarik bukan?

 
Nak tahu macam mana caranya?
Jangan susah hati, mudah sahaja nak sertai.
Tambah pelaburan minimum RM100 ke akaun anak-anak di ASNB secara online menerusi portal myASNB atau mobile apps pada 2,3 dan 4 Julai 2021. Seramai 50 orang pemenang bertuah akan dipilih setiap hari pada 3 hari tersebut iaitu seramai 150 jumlah keseluruhan pemenang bertuah. Hanya tonton Tanya Pakar Pa&Ma dan jangan lupa untuk tekan butang like dan share serta subscribe youtube Pa&Ma. Apa tunggu lagi, sambil-sambil kita simpan duit raya anak, sambil kita melabur untuk masa hadapan anak-anak kita.
Nak tahu lebih lanjut tentang KEMPEN LABUR RAYA 2021 ASNB, klik sahaja di SINI. 
The post Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak, Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana, Lebih Baik Simpan Cara Bijak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/konon-nak-kumpul-duit-raya-anak-jadi-banyak-sudahnya-tak-perasan-letak-di-mana-lebih-baik-simpan-cara-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Toys Tengok Anak Capai Guna Tangan Mana Kalau Lebih 70 Tangan Kiri Tangan Dominan Anak Kiri

Letak Toys Tengok Anak Capai Guna Tangan Mana Kalau Lebih 70 Tangan Kiri Tangan Dominan Anak Kiri

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 276 hits
Cikgu anak saya ini macam guna tangan kiri Boleh tak cikgu latih dia untuk tukar tangan kanan Tak berkatlah nanti belajar menulis guna tangan kiri Pening cikgu BACA TANGAN DOMINAN Kanak kanak Secara asasnya tangan dominan merujuk kepada kec...
Kalau Ayah Ayah Nak Tegur Anak Ada Caranya Ada Kemesraannya Pesan Dr Wan Azizah Banyak Betulnya

Kalau Ayah Ayah Nak Tegur Anak Ada Caranya Ada Kemesraannya Pesan Dr Wan Azizah Banyak Betulnya

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 232 hits
Nama bekas Timbalan Perdana Menteri YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang prihatin sentiasa segar di jiwa rakyat Bicaranya yang lembut dan tersusun rapi membuatkan ahli politik wanita itu amat disenangi ramai Ketokohan Dr Wan Azizah 68...
Hiburan Bercinta Bagai Nak Rak Tapi Kosong Dato Seri Vida Lebih Bahagia Bersama Anak

Hiburan Bercinta Bagai Nak Rak Tapi Kosong Dato Seri Vida Lebih Bahagia Bersama Anak

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 702 hits
Usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida mengakui dirinya kini selesa hidup bersama anak anaknya meski pun tiada insan bergelar suami buatnya disisi AdvertisementMenurut Dato Vida isu berkenaan dengan keretakan rumah tangga semakin membimb...
Nak Popia Lebih Kemas Cantik Inti Pun Tak Terkeluar Ini Cara Mudah

Nak Popia Lebih Kemas Cantik Inti Pun Tak Terkeluar Ini Cara Mudah

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 313 hits
Melihat orang lain membungkus atau membalut popia dengan begitu kemas membuatkan kita tertanya tanya apa cara yang digunakan mereka Adakah menggunakan pembungkus bersaiz kecil atau memotong terlebih dahulu bagi mendapatkan saiz yang cantik ...
Cara Simpan Duit Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Caj Mudah

Cara Simpan Duit Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Caj Mudah

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 524 hits
Penyimpanan wang untuk jaminan masa hadapan adalah amat penting Tambah pula dengan pandemik yang melanda seluruh dunia ramai yang terkesan dan khuatir tidak mempunyai simpanan Jadi salah satu cara yang anda boleh buat adalah simpan duit ke ...
Dengar Cite Dia Beli Kereta Baru Wey Tah Mana Duit Dia Curi Tuu Tak Habis2 Kita Nak Berdengki

Dengar Cite Dia Beli Kereta Baru Wey Tah Mana Duit Dia Curi Tuu Tak Habis2 Kita Nak Berdengki

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 496 hits
Dengar Cite Dia Beli Kereta Baru Wey Tah Mana Duit Dia Curi Tuu Tak Habis2 Kita Nak Berdengki Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Susahnya Anak Nak Ikut Cakap Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

Susahnya Anak Nak Ikut Cakap Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 208 hits
Ibu bapa sudah akan mencuba yang terbaik dalam mendidik anak disiplin terutama apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan Kita tidak boleh membiarkan anak tanpa didikan disiplin yang sempurna kerana lambat laun ia akan berbalik semula kepad...
Hiburan Konon Berlumba Nak Jadi Hero Harap Bantu Sekali Dsv Dedah Banyak Kali Hulur Bantuan

Hiburan Konon Berlumba Nak Jadi Hero Harap Bantu Sekali Dsv Dedah Banyak Kali Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 316 hits
Sedia maklum isu tentang ahli usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida meminta agar golongan terjejas tidak terlalu mengharapkan pada bantuan bendera putih sedang hangat diperkatakan oleh warganet di laman media sosial AdvertisementMenurut...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord