Amah Mengaku Salah Curi Barang Kemas Acu Pisau Kepada Majikan
Amah mengaku salah curi barang kemas, acu pisau kepada majikan. Padah mencuri barang kemas dan mengacu pisau kepada majikan, seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara enam bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Supriani, 41, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.
Bagi kesalahan mencuri, tertuduh dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 manakala pertuduhan mengacukan pisau, dia dihukum penjara empat bulan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Jun lalu dan tertuduh perlu menjalani tambahan tiga bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pertama, Supriani yang menjadi pembantu rumah sejak setahun lalu, didakwa dengan niat jahat mencuri gelang tangan dan cincin emas bernilai RM3,000 milik majikannya, Mohd Izzuddin Makhtar, 32.
Kejadian didakwa dilakukan di Jalan Halamanda Batu 7, Gombak di sini pada jam 10 malam, 25 Jun lalu.
Atas kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Izzuddin dengan mengacukan pisau kepada mangsa di lokasi, tarikh dan masa sama.
Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, majikan yang juga pengadu, bertanya kepada tertuduh mengenai kehilangan gelang tangan dan cincin emas, yang ditemui dalam beg pakaian tertuduh.
Tidak mengaku atas perbuatan tersebut, tertuduh mengambil pisau di dapur dan mengacukannya ke arah pengadu.
Pengadu dan keluarga yang berasa takut dengan kejadian itu, bertindak menghubungi pihak polis.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni berkata, tindakan tertuduh mengacu pisau ukuran 0.20 meter menyebabkan pengadu berasa takut selain pengadu mengalami kerugian sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana insaf dengan perbuatan tersebut.
“Saya mempunyai dua anak di Indonesia dan saya mahu pulang ke sana pada kadar segera,” katanya.
Amah mengaku salah curi barang kemas, acu pisau kepada majikan
Baca Artikel Menarik :
Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai
Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP
Bella : Sekarang Dia Cuba Berubah
Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan
Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Padi Cekur
Layari Laman Facebook MYKMU
Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim
The post Amah mengaku salah curi barang kemas, acu pisau kepada majikan appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/06/30/amah-mengaku-salah-curi-barang-kemas-acu-pisau-kepada-majikan/