Bajet 2021 Titah Tuanku Atau Perintah Aku


Hari ini sekali kita sebagai warganegara Malaysia akan bersama mencipta sejarah negara. Sejarah sama ada Bajet 2021 yang telah dibentangkan akan lulus atau sebaliknya. 
Jika lulus pasti bersejarah kerana dalam keadaan politik yang amat tidak stabil namun lulus, ianya merupakan satu manifestasi kematangan politik para Ahli Parlimen yang sentiasa menjulang rakyat di masa yang sama tetap menjunjung Titah Tuanku Agung.
Sekiranya kandas bermakna ianya sejarah buat pertama kalinya bajet yang di bentangkan oleh kerajaan gagal dan pasti implikasi politiknya amat tinggi dengan kemungkinan perubahan  kepimpinan pentadbiran bersama tekanan yang memuncak hingga lah membawa kepada berlakunya PRU kelak.
Rakyat melihat secara dekat dan rapat. Itu sebab kita kata di awal tadi bahawa kita akan mencipta sejarah kerana ianya akan di lakukan oleh para MP yang rakyat pilih.


Kendatipun begitu, kita yakin bajet ini akan berjaya di luluskan. Rasionalnya ialah Bajet yang baik tentu akan di sokong dan di bantu. Kalau tidak masakan Agung minta ianya di luluskan. 
Kalau ada perubahan di sana sini, mudah bagi kerajaan yang di wakili oleh Menteri Kewangan untuk mengumumkan sesuatu di dalam penggulungan beliau nanti. Apa masaalah?
Rakyat percaya ramai MP kita yang waras dan rasional dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara lebih utama dari kepentingan peribadi mereka sendiri.
Ahli Parlimen sebegini boleh kita iktiraf sebagai negarawan yang sentiasa menjunjung sumpah taat setia mereka tatkala di ikrarkan di dalam dewan yang mulia setelah menang mewakili rakyat dari kawasan pilihanraya masing masing.


Seperkara lagi yang kita semua maklum, ada juga sebilangan MP yang di ketuai oleh bekas banduan yang telah dan sedang rancak mengadakan rundingan menentang seterusnya berusaha menggagalkan. Puak ini juga tidak boleh di pandang ringan kerana sehingga semalam pertemuan demi pertemuan, sembang dan gerakan cukup ligat di dalam pasaran.
Neraca pertimbangan mereka ialah agenda peribadi mesti diletakkan di depan. DAP tentu melihat dan menyokong sambil tersenyum dan bertepuk tangan. 
Tidak heran tiba tiba Anwar dan Najib boleh jalan seiringan sambil berpegangan tangan. New Norm sekarang ini mana ada yang pelik bin ajaib. Tiada yang mustahil. Semuanya boleh asal matlamat tercapai. 
Apa perlu lagi DAP ke depan kalau dah ada melayu yang rela menghulur tengkuk dan tangan. Dalam bab ini Melayu memang tak pernah lupa untuk merangka dan menggerakkan jentera. Tengok ajer para machai sederap buat kerja. Melakukan apa yang dewa mereka pinta. Berkokok la konon atas nama rakyat tapi sebenarnya rakyat lah yang sedang diratah dan tak pernah cukup untuk mereka telan dan makan.

tunggang menunggang membawa bencana..!

Rupanya bukan covid ajer ada kluster, MP pun berminat juga. Kalau yang bertanggungjawab tadi di gelar negarawan dan yang berkepentingan diri  pula ialah team banduan maka yang berikutnya juga ialah pasukan MP sasauwan.
MP sasauwan ni ialah mereka yang akan mengambil sikap berkecuali. Berkecuali untuk apa? Sedangkan meluluskan bajet ialah memilih untuk menyokong benda baik untuk rakyat dan negara. Di mana pulak sebagai Ahli Parlimen boleh berkecuali? Tak ke sasau namanya..!
Berkecuali bermakna tidak menyokong. Tidak menyokong ialah adik beradik menentang. Jadi apa peranan dan fungsi mereka untuk kesejahteraan rakyat dan negara?
Rakyat akan mengenal pasti siapa MP yang menentang dan berkecuali kerana ini lah tika dan saatnya untuk rakyat menilai sejauh mana wakil rakyat yang mereka pilih benar benar membela nasib rakyat demi kesejahteraan negara. 
Bagi rakyat wakil rakyat sebegini tidak akan ada tempat untuk kita kekalkan di dalam dewan yang mulia di dalam pilihanraya yang akan datang. Kita sebagai rakyat bukan bodoh dan tidak akan membenarkan MP bodoh untuk menentukan untung nasib kita serta hala tuju negara. Tak ke gila? 


Doa...mudah mudahan diberikan kemudahan dan dijayakan urusan Bajet 2021. 
Bukan soal kita tak minat Midin sembab, bukan soal kita benci semburit. Bukan soal katak seperti MP bunga PBBM. Mereka semua akan kita tentang apabila tiba masanya. Apabila tiba pilihanraya. 
Kematangan perlu untuk meletakkan kita layak sebagai pemimpin. Kebijaksaan perlu untuk membolehkan kita terus membela rakyat dan mentadbir negara. 
Ada akal pakai, ada bijak bukan memandai, ada maruah jangan pulak kita gadai. Pilihanraya hanya di hujung corner, sabar, atur langkah dan khidmat lah kepada masyarakat. Apa yang susah?
Susah kerana ada niat lain, susah kerana nak menyeleweng dan menipu, susah kerana berkepentingan diri dengan puak sendiri. Susah kerana sombong bongkak, ego dan merasa diri hebat dan perlu sentiasa di puja puji.
PRU yang lalu UMNO/BN dah di tolak kerana sikap itu la. Kenapa tak belajar belajar? Atau memang benak kerana dah terlebih dedak..!
Agung dan bertitah. Junjung la. Kalau dah Ahli Parlimen tak reti menjunjung titah bermakna Ahli Parlimen itu sedang menurut perintah. 
Tak perlu terjerit pekik marah kan DAP, Hindraf dan yang sekutu dengannya kalau memang mewarisi sikap hina si pengkhianat kitol dan mandaliar yang mengalir di dalam darah.
Siapa lebih ramai? Negarawan? Banduan? atau Sasauwan?
Lu Fikir La Sendiri..!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2020/11/bajet-2021-titah-tuanku-atau-perintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2021 Indikator Senario Piraum Ke 15

Bajet 2021 Indikator Senario Piraum Ke 15

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 288 hits
PERSEPSIMATA pemerhati dan pemain politik kini tersorot kepada isu Bajet 2021 yang akan menemui titik akhir esok 26 November Esok Bajet 2021 akan diletakkan atas mirzan demokrasi Persoalan yang tersebal dalam kepala hari ini apakah Bajet it...
Rentasan Mingguan 090 Bajet 2021 Ph Dipanggil Berunding 6 Cadangan U

Rentasan Mingguan 090 Bajet 2021 Ph Dipanggil Berunding 6 Cadangan U

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 324 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0901 BELANJAWAN 2021 KEUTAMAAN YANG TERTANGGUH 2 KE MANA PERGINYA WANG PETRONAS UNTUK KELANTAN 3 LEPAS JASA NAK HIDUPKAN SEMULA AKTA 803 PULA 4 DAULAH TERPENDAM DAN PENGKHIANAT RAKYAT
Perbahasan Belanjawan 2021 Apa Yang Bakal Berlaku Diluluskan Atau Tidak

Perbahasan Belanjawan 2021 Apa Yang Bakal Berlaku Diluluskan Atau Tidak

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 267 hits
Oleh Syed Ibrahim Syed Noh Sidang parlimen kali ini menjadi tumpuan rakyat dan negara kerana adanya Rang Undang undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 Ia berlatarbelakangkan krisis Covid 19 krisis ekonomi kerajaan Perikatan Nasional ya...
Bajet 2021 Apa Maknanya

Bajet 2021 Apa Maknanya

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 312 hits
Apa maknanya maknanya wayang jadi rakyat boleh terus dibodohkan Ugut gertak siku tolak semuanya perlu bagi menambah perisa taici orang politik Pastinya millage politik yang penting untuk menunjuk hero dimata penyokong Mana ada bajet tak elo...
Alhamdulilah Bajet 2021 Lulus Cemerlang

Alhamdulilah Bajet 2021 Lulus Cemerlang

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 270 hits
Jelas bahawa kerajaan PN melalui Menteri Kewangan mendengar segala keluh kesah rakyat Tidak pernah berlaku semakan atas perbahasan Ahli Dewan Rakyat selama 2 minggu di timbang dan di tambah baik dengan memberikan lebih segala 180 syor setel...
Ini Senarai 13 Orang Mp Yang Tidak Sokong Bajet 2021

Ini Senarai 13 Orang Mp Yang Tidak Sokong Bajet 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 460 hits
by on 11 26 2020 05 48 00 PmSenarai 13 Ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021 1 Mahathir Mohamad 2 Mukhriz Mahathir 3 Mahfuz Omar 4 Khalid Samad 5 Hanipa Maidin 6 Mat Sabu Amanah7 Mujahid Yusof Rawa 8 Hatta Ramli 9 Anuar Tahir 10 Dzu...
Percaturan C5 Sebelum Dan Selepas Undian Bajet 2021 Di Parlimen

Percaturan C5 Sebelum Dan Selepas Undian Bajet 2021 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 352 hits
Hari pengundian Bajet 2021 adalah hari penentuan bagi Kerajaan Perikatan Nasional Selepas penggulungan Bajet 2021 oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Zafrul Ahli Parlimen akan melakukan undian untuk menentukan sama ada secara dasarnya B...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik