Percaturan C5 Sebelum Dan Selepas Undian Bajet 2021 Di Parlimen




Hari pengundian Bajet 2021 adalah hari penentuan bagi Kerajaan Perikatan Nasional

Selepas penggulungan Bajet 2021 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Zafrul, Ahli Parlimen akan melakukan undian untuk menentukan sama ada secara dasarnya Bajet 2021 akan diluluskan atau ditolak

Kalau Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Bajet 2021, maka Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional akan terselamat


Tapi kalau Ahli Parlimen mengundi untuk menolak, maka akan timbul persoalan :
- Adakah itu bermaksud Kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang secara automatik dan secara rasminya kerana telah kehilangan majoriti atau yang terbubar hanyalah barisan kabinet Muhyiddin

Sebelum kita bincangkan sama ada kumpulan C5 dapat menyelamatkan Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional dari tumbang atau tidak sekiranya Bajet 2021 ditolak, apa kata kita bincangkan dahulu apakah kemungkinan sama ada Bajet 2021 diluluskan atau ditolak

Muhyiddin dan Perikatan Nasional berhadapan dengan tentangan dari luar dan dari dalam Perikatan Nasional

Status terkini menunjukkan, Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai 113 Ahli Parlimen dan pihak pembangkang mempunyai 107 Ahli Parlimen dari 220 jumlah Ahli Parlimen (selepas terdapat 2 kekosongan kerana kematian Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Grik) di Dewan Rakyat

Ini bermakna untuk Bajet 2021 diluluskan, kumpulan C5 perlu memastikan Perikatan Nasional MESTI mendapat undi menyokong dari sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen

Perikatan Nasional tidak mempunyai masaalah untuk mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen PPBM, PAS dan parti gabungan yang lain tetapi sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah sesuatu yang masih menjadi tandatanya

Barisan Nasional mempunyai 43 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat



20 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang berada dalam kabinet Muhyiddin sudah menyatakan persetujuan untuk menyokong Bajet 2021

Manakala 23 Ahli Parlimen yang bernaung di bawah BNBBC pula tegas dengan pendirian sekiranya Muhyiddin enggan menunaikan 2 permintaan rakyat, Bajet 2021 tidak akan mereka sokong

Lebih membimbangkan Muhyiddin dan kumpulan C5 ialah 2 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Parlimen Padang Rengas telah menyatakan secara tegas dan terbuka tidak akan menyokong Bajet 2021

Ini bermakna sekali pun Muhyiddin bersetuju untuk tunaikan permintaan rakyat, Bajet 2021 dapat diluluskan dengan hanya 1 majoriti

Tetapi sekiranya Muhyiddin tetap dengan ego beliau untuk menolak kehendak rakyat yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional, maka Bajet 2021 akan ditolak

Apa strategi kumpulan C5 untuk menampung undi 23 Ahli Parlimen itu

Gerakan sudah dibuat supaya Pejuang yang mempunyai 4 Ahli Parlimen menyokong Bajet 2021 dan dari sumber mengatakan Muhyiddin menawarkan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kumpulan C5 juga dikatakan sudah memulakan rundingan dengan beberapa orang Ahli Parlimen PKR dan DAP untuk mendapatkan lagi sokongan dari sekurang-kurangnya 19 Ahli Parlimen

Sekiranya ini berlaku, soalan admin kepada Ahli Parlimen PAS, ke manakah perginya prinsip No Anwar dan No DAP

Sama ada Bajet 2021 lulus atau tidak, kumpulan C5 tahu, Kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan yang sangat rapuh

Cepat atau lambat, Muhyiddin akan terpaksa bubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15


Dengan menggunakan agensi kerajaan, kumpulan C5 telah memulakan propaganda mereka

Fikiran rakyat sedang diracuni supaya menyalahkan Barisan Nasional sekiranya Bajet 2021 tidak diluluskan

Masej Perikatan Nasional adalah parti yang prihatin rakyat sedang ditanamkan dalam fikiran rakyat, walau pun hakikatnya Perikatan Nasional lah yang enggan memenuhi kehendak rakyat sehingga Ahli Parlimen Barisan Nasional menolak Bajet 2021


Ketika rakyat dalam kesempitan, duit rakyat digunakan untuk memperbanyakkan cawangan dan bahagian PPBM


Akar umbi PPBM 'dirasuah' supaya mereka bertungkus lumus mencari ahli baru PPBM

Sama ada benar atau tidak, sumber mengatakan, angka-angka kes jangkitan baharu Covid-19 dimanupulasi untuk memberitahu rakyat bahawa PRU 15 TIDAK BOLEH diadakan dalam jangka waktu terdekat

Sama ada ianya benar atau tidak, namun C5 dilihat mempunyai motif untuk melakukannya

Pertama supaya rakyat marah kepada Barisan Nasional dan beranggapan Ahli Parlimen Barisan Nasional tergamak merisikokan nyawa rakyat untuk kepentingan politik dengan enggan menyokong Bajet 2021 yang membawa kepada PRU 15 ketika jangkitan baharu Covid-19 sedang memuncak

Kedua dapat menekan SPB YDP Agung supaya mengisytihar darurat kesihatan dan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Interim dalam kerajaan sementara

Ini bukan sahaja akan memanjangkan hayat politik PPBM, malah Muhyiddin mempunyai masa yang cukup untuk membisukan mulut beberapa pemimpin UMNO dengan menyumbat mereka ke dalam penjara dan sudah pasti sasaran utamanya ialah DS Najib

Namun admin percaya, rakyat sudah bijak dan tidak bertindak mengikut emosi

Belajarlah dari kesilapan yang telah dilakukan dalam PRU 14 yang lepas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/11/percaturan-c5-sebelum-dan-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen hari ini Pada penutup indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI melonjak 14 53 mata kepada 1 612 11 berbanding 1 597 58 ketika ditutup semalam Inde...
Sejarah 1999 Parlimen Bubar Selepas Pembentangan Bajet Ketika Pentadbiran Dr Mahathir Mungkin Berulang

Sejarah 1999 Parlimen Bubar Selepas Pembentangan Bajet Ketika Pentadbiran Dr Mahathir Mungkin Berulang

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 178 hits
Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian berkata sejarah ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada tahun 1999 boleh berulang kembali Apa terjadi pada tahun 1999 di mana bajet dibentangkan pada 11 Nov pada tahu...
Undian Bajet 2021 Pembangkang Celaru Usaha Mahfuz Tidak Membuahkan Hasil

Undian Bajet 2021 Pembangkang Celaru Usaha Mahfuz Tidak Membuahkan Hasil

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 88 hits
umno online myKUALA LUMPUR 27 Nov Sesi penggulungan Bajet 2021 di Dewan Rakyat semalam bukan sahaja memperlihatkan usaha yang telah dibuat oleh ahli Parlimen Barisan Nasional dalam membawa isu pengeluaran Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan P...
Muhyiddin Tidak Boleh Bubar Parlimen Jika Kalah Bajet 2021

Muhyiddin Tidak Boleh Bubar Parlimen Jika Kalah Bajet 2021

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 96 hits
Semakin hampir tarikh pengundian Belanjawan 2021 pada 25 November ini suhu politik Malaysia semakin hangat berikutan ketidakpastian kemampuan Kerajaan Perikatan Nasional meluluskan belanjawan itu di Dewan Rakyat Spekulasi kegagalan pentadbi...
Dua Sebab Mengapa Hanya 13 Orang Sahaja Ahli Parlimen Bangun Untuk Undi Belah Bagi Bajet Di Parlimen

Dua Sebab Mengapa Hanya 13 Orang Sahaja Ahli Parlimen Bangun Untuk Undi Belah Bagi Bajet Di Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 96 hits
Oleh Isham JalilPERTAMA ialah Mahathir Ahli ahli Parlimen PKR dan DAP tidak lagi menyokong Mahathir Mahathir kini seperti kera sumbang hanya disokong oleh anaknya dan 11 ahli Parlimen PAN KEDUA ialah Anwar Dia tahu tanpa sokongan UMNO maka ...
Belanjawan 2021 Lulus Dengan Sokongan Majoriti Melalui Undian Suara Tanpa Undian Belah Bahagi

Belanjawan 2021 Lulus Dengan Sokongan Majoriti Melalui Undian Suara Tanpa Undian Belah Bahagi

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 136 hits
Menjadi tanya tanya kenapa majoriti Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum beriya iya kondem bajet 2021 tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi bagi menentukan sokongan pada Belanjawan 2021 yang petang tadi lulus deng...
Naib Canselor Upm Dicutikan Tanpa Sebab

Mereka Bukan Pendatang Tetapi Sebagai Tetamu

Sudah Bertunang Lufya Bakal Kahwini Doktor

Tersekat Di Lampu Isyarat Pemandu Berkali2 Sondol Dua Kereta Cuba Lari Dari Polis

Ular Tedung Selar Makan Ular Sawa Ditangkap

Henti Kegiatan Lombong Emas Itu Hak Kerajaan Pahang Mb Pahang Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Penduduk Yang Ingkar

Agong Mahu Parlimen Bersidang Terbukti Tindakan Muhyiddin Salah

Ramai H4iran Kenapa Brunei Tiada K3s C0vld19 Baru Ustazah Bagitahu Rahsianya



Biodata Penyanyi Reedzwann Kekasih Aidilia Hilda

7 Keburukan Minum Kopi Awal Pagi

Kenapa Ramai Orang Takut dengan Nombor Empat

5 Taktik China Menguasai Industri Videogame Antarabangsa

6 Haiwan Menarik Yang Memiliki Superpower


Kepentingan Papan Tanda

Design Poster Wakaf Kamera Untuk Kegunaan Media Dakwah

Menyesal Ke Cuba Mamee Slrp Perisa Kari Xtra Pedas

Homestay Murah Jp Perdana Johor Bahru

Bila Dapur Dihujung Jari

Saya Minta Maaf Bang Posmen Lastik Anjing Bersemuka Dengan Pemiliknya Untuk Mohon Maaf