Bajet 2021 Selamatkan Demokrasi Atau Nyawa Politik


 
1. Seluruh negara tertumpu Jumaat lalu (6hb Nov) untuk mendengar Bajet 2021. Ini pertama kali Bajet Negara tahunan dibuat semasa era norma baharu dan dalam keadaan kerajaan yang tidak bermandat. Isu demokrasi dan keabsahan perundangan kerajaan PN telah membawa kepada krisis politik tidak bersudahan.
2. Era pendemik sebenarnya adalah peluang untuk menangani krisis politik. Sedari awal, saya menyatakan bajet ini perlu menjadi bajet dwi krisis. Pembentangan bajet adalah ruang untuk mencipta peluang berganjak dari keadaan politik sedia ada kepada cara baru dan pemikiran baru urusan pemerintahan pasca covid.
3. Sebelum ini ketika PH memerintah, hasrat anjakan kepada politik baharu cuba diperkenalkan dari sudut undang-undang dan kebebasan instituisi parlimen serta hak bermaklumat. Ini termasuk hasrat memaknai Islam dalam konteks negara yang penuh kerahmatan jauh dari unsur kebencian. Hasrat tersebut diterjemahkan dalam polisi ‘menggantung akta hasutan’, menolak ‘akta berita-palsu’ dan memperkenalkan dasar Islam Rahmah dengan peruntukan 10juta dalam perbelanjaan 2020.
4. Instituisi propa seperti JASA yang melibatkan bajet untuk ‘mensolekkan’ kecurangan pentadbiran kerajaan dihapuskan oleh PH dan telah menjimatkan purata RM23juta (tahunan) yang dianggap hanya untuk kepentingan propaganda destruktif. Usaha anjakan oleh PH merupakan aspirasi rakyat yang mahukan demokrasi yang lebih segar supaya negara dapat memacu kehadapan. Malangnya hanya 22 bulan berusaha semuanya terbantut angkara pembelotan yang terancang melibatkan pelanggaran demokrasi yang kini tercedera dan remok.
5. Saya mengharapkan peruntukkan yang menyuntik kesegaran demokrasi tetapi langsung tidak disentuh. Walhal demokrasi adalah jaminan utama terhadap kejayaan teras untuk selamatkan nyawa dan kelangsungan kehidupan (saving life and livelihood). Kita tidak boleh selamatkan nyawa tetapi pada waktu yang sama menyekat kebebasan dan hak bermaklumat melalui peruntukan undang-undang yang masih mengengkang kebebasan ini seperti akta hasutan dll.
6. Kita menjangkakan dalam menangani krisis politik, satu peruntukan secara dasarnya yang saya namakan sebagai Inisiatif Konsolidasi Demokrasi (IKD) perlu diwujudkan. Segala ketidaktentuan dan kerapuhan suasana politik akibat pelanggaran pasca Feb 2020 perlu dipulihkan dan diperbaiki sebelum kita bercakap tentang perpaduan nasional atau rekonsiliasi. Terimalah hakikat bahawa krisis politik yang menjadi pendemik masih menular dengan simptom kemorosotan kepercayaan (trust deficit) terhadap kerajaan hari ini menjadi semakin meruncing.
7. Inisiatif Konsolidasi Demokrasi diperlukan sebagai vaksin (penawar) pendemik politik supaya demokrasi baru yang lebih matang dapat berkembang dan bagi memastikan tidak lagi berlaku pelanggaran. Proses konsolidasi atau mempertemukan segala jurang demokrasi antara prinsip dan pelanggaran adalah langkah awal menguruskan krisis politik yang kita hadapi hari ini. Kalau gencatan politik adalah langkah awalnya maka konsolidasi demokrasi adalah perinciannya. Sekadar seruan gencatan tanpa apa-apa langkah seterusnya ialah slogan kosong yang tidak menjaminkan krisis akan berulang.
8. Satu Suruhanjaya Konsolidasi Demokrasi rentas semua parti perlu diwujudkan untuk perincian mengenal pasti pelanggaran prinsip demokrasi termasuk perundangan yang terdedah kepada salah guna untuk sekatan hak bersuara. Ini termasuk dalam mempertahankan pilihanraya bebas, kehakiman yang bebas dan mengupayakan masyarakat sivil yang lebih mantap. Begitu juga konsultasi rakyat supaya keterlibatan mereka didengari untuk memperkukuhkan pilihan demokrasi sebagai landasan negara. Kebencian antara kaum dan agama yang berpotensi menjadi alat kebencian dan menjejaskan usaha perpaduan perlu ditangani dengan perundangan khusus menjenayahkan kebencian.
9. Tiba masanya peruntukan satu Mahkamah Perlembagaan yang bebas secara khusus yang akan memuktamadkan berbagai intepretasi perlembagaan dalam krisis politik. Memelihara mandat rakyat adalah yang terutama dalam prinsip demokrasi maka satu peruntukan akta pemeliharaan mandat perlu wujud supaya rakyat lebih yakin wakil sah mereka tidak membelot dari mandat yang diberikan. Namakanlah apa sahaja seperti ‘anti-lompat’ namun pada terasnya ia adalah untuk menghormati mandat rakyat.
10. Malangnya bajet 2021 bukan untuk konsolidasi demokrasi tetapi bajet ini ambil kesempatan untuk konsolidasi kuasa PN yang dipertikaikan melalui peruntukan besar 81juta JASA yang hanya akan melumpuhkan lagi kecederaan demokrasi negara kita. Kita akan menjangkakan JASA menjadi alat pembelotan demokrasi dipertahankan dan suara membantah akan didiamkan melalui akta hasutan, kanun kesiksaan dan akta skmm.
Sementara saya bersetuju tujuan selamatkan nyawa dan kelangsungan kehidupan diperlukan tetapi saya akan menolak jika pemulihan demokrasi yang teruk dilanggar diabaikan oleh kerajaan dalam bajet ini!
DS Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden AMANAH/Ahli Parlimen Parit Buntar.
9/11/2020.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/bajet-2021-selamatkan-demokrasi-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2021 Tumpu 6 Isu Utama Rakyat Fokus Isu Wanita

Bajet 2021 Tumpu 6 Isu Utama Rakyat Fokus Isu Wanita

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 353 hits
Wanita KEADILAN berpendapat Belanjawan 2021 harus menumpukan kepada isu isu berkaitan memperkasakan pembelaan sosial bagi rakyat terbanyak Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh berkata tumpuan belanjawan harus diutamakan kepada sektor sosial ...
Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat Bajet 2021 Bantu Semua Pm

Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat Bajet 2021 Bantu Semua Pm

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 447 hits
Orang awam menonton Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai situasi semasa Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru Kuala Lumpur foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan akan mem...
Bajet 2021 Tidak Boleh Dibentang Secara Maya

Bajet 2021 Tidak Boleh Dibentang Secara Maya

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 320 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Pembentangan Bajet 2021 pada Jumaat ini tidak boleh dilaksanakan secara maya walaupun demi mengekang penularan jangkitan Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata i...
Infipati Dan Aspek Fokus Bajet 2021

Infipati Dan Aspek Fokus Bajet 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 440 hits
Infipati dan Aspek Fokus Bajet 2021 Live Pembentangan Bajet 2021 yang bersiaran langsung jam 4 00 petang ini Adakah Bajet 2021 ini memihak kepada rakyat Jangan lupa menonton jam 4 00 petang di semua saluran media Live Bajet 2021 tonton sini...
Bajet 2021 Antara Tersurat Tersirat Hakikat

Bajet 2021 Antara Tersurat Tersirat Hakikat

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 305 hits
Dalam kehidupan ni kita kena tahu bersyukur dan berterima kasih Tentunya dalam setiap bajet yang di bentangkan saban tahun tujuannya tidak lain adalah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Itu jelas Sejelas apa yang di suratkan se...
Bajet Untuk Jasa Dan Pkn Hanya Untuk Politik Semata Mata

Bajet Untuk Jasa Dan Pkn Hanya Untuk Politik Semata Mata

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 307 hits
Dana untuk Jabatan Hal Ehwal Khas yang berjumlah kira kira RM81 juta dan RM 8 5 juta untuk Penggerak Komuniti Negara perlu ditarik semula Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dana tersebut tiada ada keperluan dan tidak memberi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities