Bajet 2021 Ph Boleh Sokong Tetapi Kerajaan Tak Mahu Bincang



Nik Nazmi Nik Ahmad
Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN meminta kerajaan dan pembangkang untuk “… mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi yang mantap untuk menghadapi wabak COVID-19 dan isu pengangguran dan kemiskinan yang mendesak.”
Pendekatan ini memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia. Sudah semestinya penting Belanjawan 2021 diluluskan untuk memastikan perjuangan negara kita melawan pandemik Covid-19 dalam pemulihan ekonomi tidak terganggu.
Seperti yang dititahkan oleh Raja-raja Melayu baru-baru ini, ahli-ahli politik di negara kita mesti bekerjasama untuk menghadapi pandemik kali ini dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Ahli politik Malaysia mesti bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan Belanjawan diluluskan, dengan syarat semua pihak, termasuk Pembangkang, akan diberi ruang untuk menyatakan pandangan dan dijelaskan hal-hal penting belanjawan secara menyeluruh.
Tidak ada pihak yang boleh menjadi pak turut semata-mata dalam belanjawan kali ini – ia akan menutupi tujuan sebenar langkah dwiparti diambil.
Pembaharuan besar dan realistik mesti dilakukan untuk mengembalikan keyakinan setelah apa yang dilalui negara tahun ini.
Proses ini tidak boleh dilakukan secara melulu, walaupun dalam keadaan krisis Covid-19. Belanjawan yang dibentangkan akan gagal sekiranya ia tidak dipantau oleh penggubal undang-undang atau tiada input dwiparti yang benar-benar bermakna.
Sudah tentu perbelanjaan tidak boleh dilakukan untuk tujuan politik atau menaungi sesiapa. Setiap sen yang dicadangkan untuk dibelanjakan oleh Belanjawan ini mestilah untuk kemaslahatan rakyat, termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan kesejahteraan mereka.
Kita juga harus sedar bahawa barisan hadapan kita – terutama mereka yang berkhidmat di Sabah – sangat memerlukan pertolongan di semua peringkat.
Saya merasakan belanjawan ini perlu membincangkan masalah-masalah asas yang dihadapi oleh ekonomi kita tetapi kerap dipandang ringan.
Ini termasuk cabaran lama seperti membebaskan negara dari terlalu bergantung pada komoditi, isu tenaga kerja asing, meningkatkan kemahiran pekerja serta meningkatkan gaji dan produktiviti, serta isu baru seperti ancaman keselamatan serantau.
Satu-satunya cara bagi Malaysia untuk mendapatkan Belanjawan terbaik adalah dengan kerajaan semasa perlu komited dalam reformasi Parlimen.
Ini akan bukan sahaja untuk memungkinkan semua anggota Parlimen membahaskan isu-isu kritikal, tetapi turut dapat bertindak untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan dan menghidupkan kembali Jawatankuasa-Jawatankuasa Terpilih yang sebelumnya telah ditubuhkan.
Akta Perkhidmatan Parlimen penting kerana Pakatan Harapan di ambang memperkenalkannya semula. Parlimen yang lebih bebas, cekap dan kuat akan dapat memberi kebaikan yang baik kepada rakyat dan kehidupan mereka.
Menangani ancaman Covid-19 dan memulihkan ekonomi kita tidak boleh berlaku tanpa reformasi politik dan institusi. Belanjawan 2021 tidak akan berjaya tanpanya.
Apa pun yang berlaku, saya dan rakan-rakan seperjuangan komited untuk memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dijunjung. Kami tetap tabah dalam memberikan semak imbang dan memastikan negara dapat keluar dari pebagai dugaan yang dilalui selama ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30354

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 468 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Sokong Bajet 2021 Benarkan Parlimen Bebas Buat Keputusan

Sokong Bajet 2021 Benarkan Parlimen Bebas Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 281 hits
Hassan Karim 1 Belanjawan Negara Tahun 2021 yang akan dibentangkan oleh Kerajaan pada 6hb November di Dewan Rakyat adalah dalam bentuk Rang Undang Undang Perbekalan di bawah Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan 2 Parlimen adalah badan legis...
Ph Boleh Tolak Bajet 2021

Ph Boleh Tolak Bajet 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 278 hits
Ipohmali PH Boleh Saja Tolak Belanjawan Kerajaan Tebuk Atap Aku rasa takda sebarang kesalahan dari sudut dan kerangka perlembagaan Malah menepati apa yang ditekankan dalam kenyataan rasmi Majlis Raja Raja Perlunya ada semak Imbang dalam mem...
Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat Bajet 2021 Bantu Semua Pm

Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat Bajet 2021 Bantu Semua Pm

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 450 hits
Orang awam menonton Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai situasi semasa Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru Kuala Lumpur foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan akan mem...
Umno Mungkin Tak Sokong Bajet 2021 Muhyiddin

Umno Mungkin Tak Sokong Bajet 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 356 hits
Susulan keputusan semalam untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sebahagian ahli Umno berkata mereka akan beri Muhyiddin masa 1 bulan sebelum memutuskan tindakan seterusnya Orang dalam parti itu berkata walaupun Bela...
Bajet 2021 Tidak Boleh Dibentang Secara Maya

Bajet 2021 Tidak Boleh Dibentang Secara Maya

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 327 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Pembentangan Bajet 2021 pada Jumaat ini tidak boleh dilaksanakan secara maya walaupun demi mengekang penularan jangkitan Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata i...
Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Saran Agar Rekonsiliasi Nasional Segera Dilaksanakan

Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Saran Agar Rekonsiliasi Nasional Segera Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 271 hits
Astro AwaniOktober 27 2020 UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu iaitu tanpa kerjasama PKR dan DAP Foto Astro AWANI Shahir OmarKUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan akan terus mendukung kerajaan Perikat...
Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Ahmad Zahid

Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 315 hits
18 total views 18 views today KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selain tidak menjalin ...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan