Sokong Bajet 2021 Benarkan Parlimen Bebas Buat Keputusan



Hassan Karim
1.Belanjawan Negara Tahun 2021 yang akan dibentangkan oleh Kerajaan pada 6hb November di Dewan Rakyat adalah dalam bentuk Rang Undang-Undang Perbekalan di bawah Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan.
2.Parlimen adalah badan legislatif iaitu sebuah institusi perundangan yang tugasnya menggubal undang-undang. Manakala ahli-ahli parlimen adalah penggubal undang-undang atau (laws maker).
3.Negara kita Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengguna pakai prinsip pengasingan kuasa (separation of powers).Semua pihak dan institusi perlu menghormati parlimen dengan menyediakan suatu keadaan yang kondusif bagi membolehkan ahli-ahli parlimen bebas menentukan pendirian dan membuat keputusan.
4.Dalam hal ehwal kewangan negara, peranan parlimen amat besar.Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa tiada percukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang. Manakala Perkara 102 pula menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan.
5.hal-hal berkenaan rang undang-undang melibatkan kewangan negara adalah dalam bidang kuasa parlimen.Tidak ada sesiapa boleh mengarah, mendesak,memujuk atau memaksa ahli-ahli parlimen supaya menyokong dan meluluskan sesuatu rang undang-undang belanjawan negara termasuklah Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November nanti.
6.Peranan Parlimen sebagai badan semak dan imbang perlu difahami dan dihormati.Rang undang-undang belanjawan tahun 2021 seperti belanjawan sebelum ini perlu melalui proses penggubalan undang -undang yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan kewangan yang sedia ada.Rang undang-undang belanjawan 2021 perlu dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.Proses pengundian juga perlu dilakukan di peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa.Tidak ada proses fast track ataupun jalan pintas.Duit beratus bilion ringgit dalam belanjawan negara 2021 itu adalah duit pembayar cukai dan duit hasil negara milik rakyat dan milik negara.
7.Ahli-ahli parlimen yang mengangkat sumpah telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang membawa maksud menjaga kepentingan rakyat dan negara.Ahli-ahli parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara berada di Parlimen atas kelayakannya menjadi ahli Parlimen di bawah Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan.Justeru itu kepercayaan wajar diberi kepada mereka untuk menimbang mana yang baik dan mana yang merosakkan negara.
8.Sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya amat gusar dan bimbang dengan suatu kenyataan Istana negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsudin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang menyebut, antara lain, bahawa Yang di-Pertuan Agong menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.
Saya beranggapan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja itu sebagai satu pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.Saya ingin menegaskan ahli-ahli parlimen mestilah bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang parlimen termasuk sidang berkenaan Belanjawan 2021 tanpa ada sebarang tekanan atau pengaruh sesiapa (undue influence).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30347

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mungkin Tak Sokong Bajet 2021 Muhyiddin

Umno Mungkin Tak Sokong Bajet 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 367 hits
Susulan keputusan semalam untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sebahagian ahli Umno berkata mereka akan beri Muhyiddin masa 1 bulan sebelum memutuskan tindakan seterusnya Orang dalam parti itu berkata walaupun Bela...
Bajet 2021 Ph Boleh Sokong Tetapi Kerajaan Tak Mahu Bincang

Bajet 2021 Ph Boleh Sokong Tetapi Kerajaan Tak Mahu Bincang

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 398 hits
Nik Nazmi Nik Ahmad Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN meminta kerajaan dan pembangkang untuk mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi yang mantap untuk menghadapi wabak COVID 19 dan isu pengangguran d...
Sokong Belanjawan 2021 Agong Beritahu Ahli Parlimen Semula

Sokong Belanjawan 2021 Agong Beritahu Ahli Parlimen Semula

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 380 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan ahli Parlimen sengketa politik untuk kepentingan peribadi akan merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sekali lagi menasihatkan ahli Parlimen menyokong Be...
Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 420 hits
Foto Ihsan Istana NegaraM Update 28 10 2020 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 Baginda bertitah ini demi kesejahteraa...
Saya Akan Pastikan Ahli Parlimen Bn Sokong Belanjawan 2021

Saya Akan Pastikan Ahli Parlimen Bn Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 269 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bertekad meyakinkan semua rakan dalam parti UMNO untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlime...
Ahli Parlimen Bebas Matang Bahas Belanjawan 2021

Ahli Parlimen Bebas Matang Bahas Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 408 hits
Perbahasan Belanjawan 2021 perlu dilakukan secara matang dan bebas di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata institusi Parlimen perlu dibenar memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan semasa terutama dal...
Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parlimen BN berjanji untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini Ahli ahli parlimen Barisan N...
Kl Chronicle Belanjawan Negara 2021 Kita Semua Wajar Sokong Perdana Menteri

Kl Chronicle Belanjawan Negara 2021 Kita Semua Wajar Sokong Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 407 hits
1 Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dimana Al Sul...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet