Baitcasting Set Perlu Atau Sekadar Nak Nampak Cool


 Assalamualaikum,
Kita sambung terus topik seterusnya. Alang-alang aku rajin nak menulis ni, bedal dua entri sekaligus macam zaman kegemilangan dulu-dulu.
Orang yang bukan pemancing pastinya tak peduli pun jenis-jenis kekili. Asal boleh memancing sudah,betul tak? Tapi bagi pemancing, sekurang - kurangnya mesti ada impian memiliki set baitcasting. Antara sebabnya adalah untuk memudahkan aktiviti pancingan casting yang memerlukan peralatan sedikit berbeza berbanding teknik pancingan biasa.
Set baitcasting biasanya ringan dan kompak. Pakai set kekili mendatar yang kecik pun ringan juga kan? Betul. Boleh juga pakai tapi ada kekangan kawalan tali dan ketepatan lontaran.
Yang lebih ketara dengan set baitcasting ialah penggunaan kekili menegak low profile. Kekili jenis ni memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran mengawal spool. Ini yang ramai orang takut nak pakai set baitcasting (BC) reel. Masalah utama dia ialah backlash (atau lebih dikenali dengan bihun) pada spool yang bermaksud tali berpintal apabila spool masih berputar walaupun umpan telah mencecah permukaan air.
Aku pun tak mahir dan tak pernah guna pun reel BC. Tapi aku teringin sangat nak belajar. Cara nak mula belajar kena la dapatkan satu set BC, takkan nak pinjam orang punya pulak kan? Set pancing ni macam barang peribadi juga, pantang orang pinjam.
Hasil survey di laman belibelah terkemuka iaitu Shopee (hihi), pada mulanya aku target nak beli reel BC Abu Garcia Blackmax 3. Tapi entah macamana aku terjumpa pulak reel Abu Garcia Pro Max 3. Beza dua reel ni tak banyak. Blackmax 3 pakai 5 bearing dan drag 8kg, manakala Pro Max 3 yang agak lama sikit dilengkapi 8 bearing. Drag sama 8kg.Beza harga dalam RM50-60. 
Dari segi spesifikasi Pro Max 3 bernisbah kayuhan 7.1:1, 74cm retrieval per pusingan, berat 207gram, 8 bearing stainless steel, drag Power Disk™, Duragear™, sistem brek spool MagTrak™, one piece body grafit dan side plate.
Dapat reel sasaran, aku matchingkan dengan kombinasi berikut:
- Reel BC Abu Garcia ProMax 3 R ( kayuhan kanan) RM305
- Rod BC Seahawk Kossori 6 kaki 9 cincin RM135
- Tali sulam Seahawk Gachiri X4 20lb RM19.90


Shock leader aku pakai sama macam set Ryobi SMAP RG dlm entri sebelum ni iaitu Ajiking Pro Line Invicible 30lb. Shock leader aku buat pendek je lebih kurang 2 kaki. Ada aku tengok kat TikTok, satu mamat tu cakap shock leader perlu sepanjang dari hujung reel sampai rod tip.
Panjang tu...kurang-kurang 5 kaki kot. Aku buat pendek je sebab aku rasa memadailah. Walaupun shock leader 2 kaki, dia mampu meregang hampir 1 inci. Cukup la tu untuk menyerap kejutan.
Set ni aku belum bawa ke padang pancing lagi memandangkan aku masih lagi dalam proses ulangkaji fungsi2 knob yang ada terutamanya magnetic brake dan juga spool tensioner. Dua benda ni membantu mengurangkan risiko backlash jika ditala dengan betul mengikut kesesuaian penggunanya.
Next trip aku nak cuba guna reel ni. Buat masa ni aku punya lokasi memancing jauh sangat. Kat Jugra sana,iaitu kolam memancing Syawal. Sedangkan aku duduk Hulu Selangor. Minat memancing punya pasal aku redah juga sebab geng memancing duduk sana.
Barai juga modal sekali trip, minyak kereta, tol, umpan, bayaran masuk....sekali pegi habis dekat RM200 juga la kalau ambik kolam B. Dua hari lepas kolam B penuh, gila betul. Bayar RM125 bersesak macam tu tak mau la aku, banyak saingan.
Oklah, kalau ada cerita menarik lagi aku akan tulis kat sini lepas ni. Sambutan pembaca tak meriah tak apa, sebab matlamat blog ni lebih kepada diari digital, untuk kenangan dimasa tua nanti.
Next entri aku akan cuba tulis pulak pengalaman mengerjakan umrah sebelum PKP. Agak banyak nak tulis tu, kena pakai laptop baru sedap. 
Jumpa lagi di entri akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog5zal.blogspot.com/2021/12/baitcasting-set-perlu-atau-sekadar-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembalakan Haram Atau Sekadar Aliran Puing

Pembalakan Haram Atau Sekadar Aliran Puing

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 179 hits
SABTU lalu gempar apabila lima mangsa dilaporkan meninggal dunia sementara seorang lagi masih hilang selepas lima kereta dihanyutkan arus deras akibat banjir sehingga menenggelamkan jambatan Sungai Telemong Bentong Pahang Namun ramai yang k...
Plan Nak Bercuti Ke Kl Dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur

Plan Nak Bercuti Ke Kl Dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 312 hits
Plan Nak Bercuti Ke KL dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur Assalamualaikum dan hi korang Apa khabar semua Harap semuanya sihat dan ceria selalu Sebenarnya kan dah lama juga zaza tak datang KL Biasa tiap hujung tahun memang zaza...
Seram Mayat Hidup Balik Nak Cekik Aku The Beast Inside Gameplay Part 4

Seram Mayat Hidup Balik Nak Cekik Aku The Beast Inside Gameplay Part 4

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum Hairangers Bertemu lagi korang dalam siri horror game The Beast Inside Part 4 Made in Malaysia Dalam gameplay The Beast Inside kali ini aku mencari janitor dalam Inn tapi rupanya Janitor dah kena bunuh Tapi yang seram tu may...
Nak Mak Teringin Nak Pakai Telekung Ustaz Kazim

Nak Mak Teringin Nak Pakai Telekung Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 238 hits
Nak Mak Teringin Nak Pakai Telekung Ustaz Kazim Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kakak Nak Adik Jugak Terlalu Rindu Hingga Menangis Di Pusara Adik

Kakak Nak Adik Jugak Terlalu Rindu Hingga Menangis Di Pusara Adik

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 179 hits
Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak sulung rindukan si adik Sebelum ini berharap ada teman bermain untuk kakak tetapi Allah dah jemput lebih awal selepas beberapa jam dilahirkan ARTIKEL BERKAITAN Kisah yang sebelum ini pernah tular apab...
Kalau Air Naik Saya Seiamatkan Orang Awam Dulu Nak Tunggu Apa Iagi

Kalau Air Naik Saya Seiamatkan Orang Awam Dulu Nak Tunggu Apa Iagi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 200 hits
Arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bulan lepas kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang Pengarahan dari atas sejak dua...
Rakyat Nak Tahu Apa Rina Buat Bukan Ulas Kasut Tumit Tinggi

Rakyat Nak Tahu Apa Rina Buat Bukan Ulas Kasut Tumit Tinggi

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE December 24 2021Rakyat tidak mahu tahu Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harunpakai kasut apa atau tidak berkasut sekalipun rakyat mahu tahu apa yang menteri terbabit serta kabine...
Peninglah Nak Mula Daripada Mana

Peninglah Nak Mula Daripada Mana

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 189 hits
PENINGLAH NAK MULA DARIPADA MANA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt KADANG TIMBUL PERSOALAN Nak mula daripada mana Bila fikiran terlau sarat dengan pelbagai perkara yang meahu dilakukan Atau tidak pu...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki

Lirik Lagu Sepi Senja Ku Bliz

Sebanyak 70 Tahfiz Pondok Daripada 199 Instutusi Pendidikan Agama Di Pahang Masih Belum Berdaftar

Penyertaan Bekas Presiden Gpms Datuk Dr Suhaimi Ibrahim Bakal Mantapkan Lagi Pkr Pahang