Pembalakan Haram Atau Sekadar Aliran Puing



SABTU lalu, gempar apabila lima mangsa dilaporkan meninggal dunia, sementara seorang lagi masih hilang selepas lima kereta dihanyutkan arus deras akibat banjir sehingga menenggelamkan jambatan Sungai Telemong, Bentong, Pahang.
Namun, ramai yang kecewa dan marah apabila melihat video dan foto tular menunjukkan ribuan sisa batang pokok dan kayu bertimbun sebaik air banjir surut di Sungai Telemong dan Sungai Kerau.
Timbul persoalan adakah sisa batang pokok itu adalah akibat aktiviti pembalakan di hutan berdekatan atau ia hanya kayu-kayu mati serta hakisan tanah angkara banjir?
Menjelaskan mengenai isu itu, Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, longgokan kayu di Sungai Kerau ialah sebahagian daripada ‘puing’ iaitu bahan yang terkumpul daripada runtuhan bukit yang besar atau gelinciran tanah.
“Sungai Telemong adalah contoh klasik sungai dari dataran tinggi mengalir di kawasan tanah rendah beralun dengan cerun landai iaitu lima hingga 15 darjah.
Di bahagian hilir sebelum bercantum dengan Sungai Bentung, alirannya sudah mulai berliku dan ini menunjukkan contoh terbaik aliran puing bertukar menjadi banjir puing.
“Sungai Kerau adalah sungai kecil cabang daripada Sungai Telemong dan di kawasan berliku, terdapat beberapa peristiwa tanah runtuh bersaiz kecil hingga sederhana iaitu 1,000 hingga 25,000 meter padu.
Tanah runtuh itu terus jatuh atau mengalir ke dalam sungai menambah beban puing,” katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, wujud juga tanda hakisan dan runtuhan tebing, terutama di cerun cembung sungai berliku di mana sumber puing kebanyakannya terdiri daripada pasir, kerikil dan kayu kayan.
“Banjir puing di sungai ini mencapai ketinggian lima meter dari paras tebing sungai.
Di bahagian hulu jambatan konkrit jalan menuju ke Mancis, terdapat timbunan puing kayu yang meluas, dianggarkan berkelebaran hampir 100 meter dan panjang 500 meter.
“Jika ketebalan puing kayu kayan sekitar dua meter, isi padu puing yang tersangkut di jambatan ini boleh mencapai 100,000 meter padu.
Ia menunjukkan wujud fenomena gelinciran tanah atau aliran puing di bahagian hulu sungai yang besar yang berkemungkinan bersaiz mencapai 500,000 meter padu,” katanya.
Ibrahim Komoo juga berpandangan bahawa kayu kayan itu tidak terbukti hasil daripada pembalakan oleh kerana sifatnya yang pelbagai saiz seperti dipatah-patahkan dan bukan dipotong oleh manusia.
“Jika kayu kayan yang terdampar itu hasil pembalakan, pasti ia bersaiz besar dan mempunyai tanda telah dipotong,” katanya.
Tambah beliau, walaupun ada kemungkinan pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut, berdasarkan tinjauan lapangan, kayu kayan yang terdampar di Sungai Kerau tidak menunjukkan tanda-tanda ia dihanyutkan dari kawasan pembalakan.
TANGAN-TANGAN MANUSIA
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, beliau percaya kejadian yang meragut nyawa itu adalah hasil pembalakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah berlaku sekian lamanya.
“Banjir ini semua adalah kerana tangan-tangan manusia dan bukan cuaca hujan semata-mata.
“Kita semua mengetahui bahawa kedudukan muka bumi Malaysia berhampiran dengan garisan Khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun.
“Oleh itu, negara mesti mempunyai 50 peratus hutan sebagai ‘pelindung’, namun hutan kita semakin mengecil akibat pembukaan dan penerokaan hutan yang telah berlaku dari dahulu,” katanya.
Jelas Shariffa Sabrina, sama ada kegiatan penerokaan hutan berlaku secara haram atau tidak, ia telah menyebabkan kemusnahan alam dan pembukaan hutan yang melampau.
“Ada beberapa pihak yang mempunyai lesen untuk pembukaan hutan. Penerokaan hutan secara haram atau tidak bukan isunya kerana ia tetap akan merosakkan alam sekitar.
“Belajarlah daripada kesilapan negara-negara Eropah yang mana ketika ini tidak ada satu pokok yang mereka berani tebang kerana mereka tahu perkara tersebut membantu seimbangkan cuaca.
“Jika perkara itu berterusan, negara kita akan tetap mundur dan hanya mengharapkan bantuan,” katanya.
Pembalakan haram atau sekadar aliran puing?
Baca Artikel Menarik:
Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’ Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending? Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini! Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video) Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan? Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies Resepi Ayam Goreng Serai Thai Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

The post Pembalakan haram atau sekadar aliran puing? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/31/pembalakan-haram-atau-sekadar-aliran-puing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baitcasting Set Perlu Atau Sekadar Nak Nampak Cool

Baitcasting Set Perlu Atau Sekadar Nak Nampak Cool

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 345 hits
Assalamualaikum Kita sambung terus topik seterusnya Alang alang aku rajin nak menulis ni bedal dua entri sekaligus macam zaman kegemilangan dulu dulu Orang yang bukan pemancing pastinya tak peduli pun jenis jenis kekili Asal boleh memancing...
Halal Atau Haram Debate

Halal Atau Haram Debate

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 250 hits
Frustration over govt s rescue response publicity visits boils over online Frustration and anger over the government s poor rescue response towards the floods as well as some politicians perceived exploitation of the disaster for publicity ...
Baik Atau Buruk Pensyarah Bercinta Dengan Pelajar

Baik Atau Buruk Pensyarah Bercinta Dengan Pelajar

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 807 hits
MENARA gading satu satunya lokasi pelbagai fungsi Tempat menuntut ilmu percambahan idea perubahan kematangan diri karakter dan ada juga yang bertemu jodoh Tidak menjadi isu serius jika ia melibatkan kalangan penuntut sesama mereka namun aga...
Selamat Tinggal 2021 Cerita Sedih Atau Gembira Bagi Sukan Tempatan

Selamat Tinggal 2021 Cerita Sedih Atau Gembira Bagi Sukan Tempatan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 320 hits
Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2021 akan meninggalkan kita Banyak kisah suka dan duka dalam sukan tempatan Olimpik 2020 masih tidak berjaya memberikan kilauan emas untuk kontijen negara Kalau diikutkan kalendar 2021 lebih banyak ke...
Terkini Abdul Hamim Atau Long Tiger Akhirnya Diberkas Selepas 13 Hari Bersembunyi

Terkini Abdul Hamim Atau Long Tiger Akhirnya Diberkas Selepas 13 Hari Bersembunyi

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 239 hits
Johor Bahru Lelaki Rohingnya dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid 33 yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu sudah ditahan polis tengah hari tadi Jurucakap Ibu Pejabat ...
Namgoong Min Atau Junho 2pm Netizen Ramal Pemenang Daesang 2021 Mbc Drama Awards

Namgoong Min Atau Junho 2pm Netizen Ramal Pemenang Daesang 2021 Mbc Drama Awards

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 408 hits
Bakal ditayangkan pada 30 Disember nanti ramai yang dah tertanya tanya siapakah yang bakal menjulang Anugerah Utama pada 2021 MBC Drama Awards nanti Berdasarkan daripada ramalan penonton ramai yang menebak bahawa persaingan sengit dapat dil...
Demokrasi Atau Sebenarnya Plutokrasi

Demokrasi Atau Sebenarnya Plutokrasi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 481 hits
PILIH saja mana mana rakyat di negara ini dan jika ditanya apakah bentuk sistem politik di negara ini Nescaya tanpa berfikir panjang mereka akan menjawab demokrasi Hujahnya mudah saja iaitu setiap lima tahun rakyat akan memilih di peti undi...
Siapa Yang Perlu Diberi Keutamaan Konvoi Vip Atau Ambulans Soal Mp

Siapa Yang Perlu Diberi Keutamaan Konvoi Vip Atau Ambulans Soal Mp

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 318 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh tetap mempertikai keputusan memberhentikan ambulans di simpang jalan untuk memberikan laluan kepada rombongan perdana menteri yang ketika itu dalam lawatan ke lokasi banjir di Hulu...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok