Plan Nak Bercuti Ke Kl Dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur



Plan Nak Bercuti Ke KL dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur. Assalamualaikum dan hi korang. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Sebenarnya kan dah lama juga zaza tak datang KL. Biasa tiap hujung tahun memang zaza akan kesana berjalan dan bercuti tapi sejak PKP dua tahun ni, memang belum ada peluang nak ke KL.

Tapi kan baru-baru ini bila dah boleh rentas negeri, zaza memang plan nak jalan KL tapi tak jadi sebab tiba-tiba pula beberapa negeri termasuk bandar berdekatan tempat tinggal zaza sedang banjir dan laluan ke KL pun ditutup.

Plan nak ke KL pun sebab dah lama gila tak jumpa kawan-kawan dekat sana. Kebanyakan kawan-kawan zaza stay dekat KL. Memang rindu betul nak jumpa dan ajak mereka semua melepak.

Insyaallah kalau keadaan mengizinkan nanti boleh la plan semula bila nak pergi. Dalam plan zaza sebelum ini, memang niat nak staycation dekat hotel. Biasa kalau datang KL tidur dekat rumah kakak je dekat Selangor tapi kali ni macam nak tidur hotel pula.

Dalam pencarian zaza pasal hotel dekat KL, zaza ada la terjumpa posting review dekat facebook dalam Group Hotel Malaysia tentang Majestic Hotel dekat Kuala Lumpur. Terus macam berkenan pula nak staycation dekat situ tambah ramai yang cakap memang best dan servis pun ok.

So zaza pun search la lagi banyak info pasal Majestic hotel ni dekat google. Yela kan, sebelum nak menginap kat mana-mana tempat, memang wajib cari info dan baca review terlebih dahulu.

Kalau korang yang memang suka sejarah dan minat nak staycation dekat tempat ada ciri tu, boleh la try menginap dekat Majestic hotel ni.

Bahagian pintu masuk Majestic Hotel dan penyambut tetamu dengan pakaian era Kolonial British
Majestic Hotel adalah hotel bersejarah. Ia terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Ia merupakan sebahagian daripada Autograph Collection. Autograph Collection ni macam sekumpulan hotel bebas kelas atasan hingga hotel mewah dalam Marriott International Portfolio dan dikendalikan secara bebas dibawah nama Autograph Collection.

Bila tengok rupa bangunan pun memang nampak ciri sejarah dan klasik. Ditambah dengan penyambut tetamunya yang berpakaian tema era Kolonial British dan hotel yang bertemakan nuansa art deco hotel.

Biasa kalau zaza nak cari hotel, zaza suka pilih hotel yang dekat dengan kemudahan dan banyak tempat terdekat yang boleh dilawati. Jadi Majestic Hotel ini memang sesuai sangat untuk zaza atau korang yang nak menginap sebab ia juga berdekatan dengan Taman Tasik Perdana, Muzium Kesenian Islam, KL Bird Park dan beberapa tempat lain.

Selain tu zaza suka tengok deco Majestic hotel ni. Memang nampak mewah sangat. Bila baca yang orang lain share pun rata-rata memang puji bilik dan deco hotel ni memang terbaik

Ruang lobi yang besar dan luas
Kalau sebut hotel mewah dan kelas atasan ni, memang dalam otak fikir harganya tentulah expensive sikit. Tapi pada zaza ok je kalau sekali sekala nak merasa staycation dekat hotel mewah macam ni kan.

Majestic Hotel mempunyai dua penginapan iaitu di Majestic Wing dan Tower Wing. Bangunan ini adalah bangunan berasingan yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup kaca dan berhawa dingin. Majestic Wing adalah bangunan original Majestic Hotel yang dibina dari tahun 1932 manakala Tower Wing adalah bangunan baru.

Bagi penginapan Majestic Wing, ia merupakan bangunan hotel bersejarah asli dan memiliki 47 suite mewah dengan suasana pesona vintaj disamping turut dihiasi dengan perabot moden gabungan zaman lalu dan zaman moden. Mempunyai beberapa suite pilihan iaitu Strait Room, Colonial Suite, Governor Suite dan Majestic suite.


Strait Room
Colonial Suite
Majestic Suite
Governor Suite

Bagi penginapan Tower Wing pula, ia mempunyai 253 buah bilik dan suite dengan ciri asal bangunan tetapi dalam gaya art deco. Kalau tengok deco reka bentuk dan perabot dia memang nampak mewah sangat dan kontemporari.

Ada beberapa pilihan suite yang boleh dipilih iaitu Deluxe Room, Junior Suite, Grand Suite dan Premier Suite.


Deluxe Room
Junior Suite
Grand Suite
Premier Suite

Baca review orang yang dah pernah menginap pun memang diorang pun cakap bilik besar dan luas. View pun cantik-cantik je. Zaza pun macam berkenan nak menginap dekat Deluxe Room tu je nanti sebab suka tengok deco dan warna dia. Tengoklah nanti bila masa sesuai untuk pergi, bolehlah rancang dengan kawan sekampung untuk kesana.

Beberapa kemudahan yang ada dekat Majestic Hotel ini seperti The Drawing Room yang terletak dekat Majestic Wing. Ia sesuai untuk korang yang nak beristirehat secara peribadi dengan sentuhan nostalgia colonial sambil minum petang.


The Drawing Room
Bila tengok The Drawing Room ni, boleh la feeling-feeling rasa macam duduk dekat zaman British dulu kala. Memang cantik sungguh kan ruang ni.

Selain tu ada Swimming Pool, Gymnasium, Truefitt & Hill ( ruang untuk dandanan lelaki seperti servis untuk potong janggut,urutan muka dan kepala serta servis mengilap kasut ).


Screening Room
Ada juga disediakan Screening Room untuk korang yang teringin nak tengok filem Hitam dan Putih klasik dari tahun 30an. Menarik kan ruang ni sebab zaza pun suka juga layan filem atau drama zaman mak ayah kita dulu kala.

So taklah rasa bosan kalau malas nak keluar dari hotel dan malas nak duduk dalam bilik.

Ni kalau yang gila OOTD macam zaza ni memang sukalah melepak dan ambil gambar sebab banyak tempat yang best dan lawa.

Untuk ruang makan pula pun mewah juga tempatnya. Ada beberapa ruang makan seperti Contango, Colonial Café, The Bar, The Tea Louge dan The Orchid Conservatory.

Kalau korang macam teringin nak makan makanan western seperti pizza dan Churassco Grill atau masakan Cina, Jepun, Melayu dan Thai boleh pilih Contango.



Ruang makan Contango
Kalau teringin nak makan sambil dengar muzik, boleh pilih Colonial Café yang menyediakan persembahan muzik yang menenangkan oleh The Solianas, keturunan maestro legenda Alfonso Soliano. Disini, masakan yang disediakan adalah masakan klasik asli zaman penjajah.


Colonial Cafe
Itu je la yang zaza boleh share pasal Majestic Hotel ini. Selebihnya kena pergi dan rasai sendiri baru boleh share pengalaman sendiri kan.

Kalau kawan-kawan atau sesiapa pernah ada pengalaman, share la juga kat ruang komen. Boleh juga zaza baca kisah korang tu.

Btw, kalau korang nak bercuti dan cari hotel untuk staycation dekat KL boleh la cuba booking dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur ni okay.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2021/12/plan-nak-bercuti-ke-kl-dan-staycation.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Di Kuala Lumpur Pun Best

Bercuti Di Kuala Lumpur Pun Best

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 317 hits
Assalammualaikum Lama betul tak menulis Sekejap je rasa dah nak habis Tahun 2021 ni Tahun ni berlalu macam tu je sebab Covid 19 Kalau sesiapa yang follow FB Eyza mesti tau yang Eyza ni salah seorang Petugas Untuk Covid 19 Allahu Covid 19 ni...
Sharing Tips On Staycation In Kuala Lumpur

Sharing Tips On Staycation In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 277 hits
The world has been pause for a little over two years People all over the world has been working a lot from home With all the stressfulness from juggling with work and family matters throughout the two years we are all physically and mentall...
Olympic Hotel Dan Aquaria Klcc Memang Awesome Jalan Jalan Kuala Lumpur

Olympic Hotel Dan Aquaria Klcc Memang Awesome Jalan Jalan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 438 hits
Selepas dua tahun tak ke Kuala Lumpur akhirnya kami kembali menjejakkan kaki di sini Excited bila dapat jalan jalan di KL Since Covid melanda kami asyik tangguhkan niat untuk pergi ke KL Kali ini bila suami ada meeting di Port Dickson kami ...
Dua Beradik Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

Dua Beradik Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 217 hits
Dua Beradik Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak KUANTAN Dua beradik maut manakala tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera apabila kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44 1 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak di...
Astrum Ampang Rumah Idaman Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur

Astrum Ampang Rumah Idaman Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 424 hits
Hi Korang Rumah rumah rumah Inilah yang senantiasa bermain di fikiran eskutif muda yang mula bekerja di Kuala Lumpur ini Lokasi tempat tinggal memang memainkan peranan penting di dalam pemilihan sesuatu pekerjaan Kadang kadang apabila kita ...
Takde Kawan Nak Bermain Dekta Selamber Minta Adik Perempvan Dekat Shuib

Takde Kawan Nak Bermain Dekta Selamber Minta Adik Perempvan Dekat Shuib

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 196 hits
Sering buat drama sedih dan Cukup sensitif anak Shuib mengundang perhatian wargamaya kerana Dekta merupakan satu satunya anak perempuan Shuib Shuib yang sering berkongsi gelagat anak anak mereka sejak pemerg1an Arw4h Siti Sarah pasti akan m...
Tourism Selangor Sertai Kuala Lumpur Photography Festival 2021

Tourism Selangor Sertai Kuala Lumpur Photography Festival 2021

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 243 hits
Penyertaan ke KLPF 2021 Seiring dengan Inisiatif Promosi Kempen Pusing Selangor Dulu dan Pelancongan dalam Norma BaharuTourism Selangor sertai Pameran Fotografi tahunan yang dinanti nantikan oleh orang ramai khususnya penggemar fotografi me...
Senarai Cawangan Bsn Kuala Lumpur

Senarai Cawangan Bsn Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 355 hits
Berikut saya kongsikan untuk anda informasi mengenai alamat nombor telefon dan waktu operasi cawangan BSN Kuala Lumpur Berikut merupakan waktu operasi kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional Kuala Lumpur Hari Jam Operasi Masa Rehat Jam Oper...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord