Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar


Saya sering berjumpa dengan warga emas seperti pakcik dan makcik yang gemar mengambil vitamin dan suplemen tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi. Malah, ada yang lebih percaya kepada "ubat kampung", "supplemen semulajadi" 🫚 atau nasihat rakan-rakan (atau iklan) berbanding ubat yang diberikan oleh doktor.
Saya faham, pakcik dan makcik mungkin risau tentang kesan sampingan ubat-ubatan. Tapi tahukah anda, pengambilan vitamin dan suplemen yang tidak betul juga boleh ⚠️ membahayakan kesihatan? 
Mengapa Berbahaya?Interaksi Ubat. 💊 Vitamin dan suplemen (juga makanan) boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan yang anda ambil. Ini boleh menyebabkan ubat tidak berkesan, atau lebih teruk, menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Dos Berlebihan. Pengambilan vitamin dan suplemen yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Badan kita hanya memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang tertentu sahaja.

Kesan Sampingan. Sesetengah vitamin dan suplemen boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit, alahan atau lebih teruk lagi, kematian.

Tidak Sesuai. Vitamin dan suplemen yang sesuai untuk seseorang, mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. 🤢
Interaksi Ubat & MakananBerikut adalah beberapa contoh situasi yang mungkin kelihatan biasa, tetapi sebenarnya berbahaya:Ubat cair darah (Warfarin) dan 🥦 sayur-sayuran hijau 
Warfarin digunakan untuk mencegah pembekuan darah. Pengambilan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli yang kaya dengan vitamin K secara berlebihan boleh mengurangkan keberkesanan warfarin.

Ubat Kencing Manis & Makanan Tambahan
Sesetengah makanan tambahan boleh meningkatkan atau menurunkan gula dalam darah. Ini boleh mengganggu kawalan kencing manis pakcik dan makcik.

Vitamin E & Ubat Jantung 🫀
Pengambilan vitamin E yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pendarahan jika diambil bersama ubat jantung seperti aspirin.

Ubat Darah Tinggi & Buah-buahan
Buah-buahan seperti pisang 🍌 mengandungi kalium yang tinggi. Jika diambil bersama ubat darah tinggi jenis ACE inhibitor (Captopril, Enalapril dll.), boleh menyebabkan kadar kalium dalam darah menjadi terlalu tinggi dan menyebabkan masalah jantung. Anda akan berasa berdebar-debar dan jantung berdegup laju.

Ubat Antasid dan Susu 🥛
Antasid digunakan untuk melegakan pedih ulu hati/gastrik. Contoh: Magnesum Trisilicate (Gaviscon, MMT, Alucid dan lain-lain). Pengambilan susu bersama antasid boleh mengurangkan penyerapan antasid, menjadikannya kurang berkesan.

Suplemen kalsium 🦴 dan ubat jantung (Digoxin) 
Suplemen kalsium boleh meningkatkan kadar kalsium dalam darah, yang boleh mengganggu fungsi ubat jantung digoxin.

Suplemen zat besi dan ubat tiroid
Suplemen zat besi boleh mengganggu penyerapan ubat tiroid, menjadikannya kurang berkesan.

Kalsium 🩻 dan ubat tiroid 
Kalsium boleh mengganggu penyerapan ubat tiroid. Jadi, pakcik dan makcik perlu mengambil kedua-duanya pada jarak masa yang berbeza.

Ubat tahan sakit (NSAID) dan ubat darah tinggi
NSAID (Non-steroidal Anti Inflammatory Drug) seperti paracetamol (Contoh Panadol, Bodrex, Paracil, Uphamol dll.), aspirin, ibuprofen, diclofenac (Voltaren) dan naproxen boleh meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan keberkesanan ubat darah tinggi. Selain itu, ubat tahan sakit meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang bagi pesakit kencing manis. 

Ubat batuk dengan antihistamin (Ubat selesema atau alahan) 
Mengambil kedua-duanya bersama boleh menyebabkan rasa mengantuk yang berlebihan dan berbahaya, terutamanya jika anda memandu atau mengendalikan mesin. Contoh: Chlorphenamine Maleate, ubat selesema kecil bulat warna kuning.

Suplemen herba dan ubat cair darah 🩸
Pengambilan supplemen  Ginkgo biloba, ginseng, kunyit, halia, bawang putih, kulit kayu manis dan minyak ikan, minyak biji anggur (grape seed oil) juga adalah herba yang memberi kesan yang sama dengan ubat cair darah. Jika diambil bersama, ianya meningkatkan risiko pendarahan.

Antibiotik & Produk Tenusu
Produk tenusu seperti susu dan yogurt boleh mengganggu penyerapan antibiotik.

Supplemen "sakit lutut"
Contoh: Glucosamine, Chondroitin dan Methylsulfonylmethane; MSM atau Collagen. Glucosamine oleh meningkatkan gula dalam darah dan berinteraksi dengan ubat kencing manis.  Chondroitin boleh meningkatkan risiko pendarahan jika diambil dengan ubat cair darah seperti warfarin. Manakala MSM boleh menyebabkan cirit-birit dan masalah perut, terutama pada warga emas dengan masalah pencernaan. Kebanyakkan produk kolagen di pasaran tinggi guladan sodium.Nasihat SayaBerjumpa Doktor 🩺 atau Ahli Farmasi. Sebelum mengambil sebarang vitamin atau suplemen, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi. Mereka boleh memberikan nasihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Beritahu doktor/farmasi anda. Jika anda ada mengambil sebarang ubatan, herba atau supplemen maklumkan kepada doktor yang merawat anda.

Jangan Percaya Semua Iklan. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan 📺 yang mendakwa vitamin atau suplemen boleh menyembuhkan semua penyakit. 

Baca Label dengan Teliti. Periksa kandungan dan dos vitamin atau suplemen sebelum mengambilnya.

Ambil Ubat dengan Betul. 🕒 Ikut arahan doktor tentang cara pengambilan ubat-ubatan. Jangan sesekali mengubah dos atau berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doktor.Ingatlah, kesihatan kita adalah tanggungjawab kita. Jangan ambil risiko dengan mengambil vitamin dan suplemen tanpa nasihat yang betul. Makan ubat yang disarankan oleh doktor mengikut dos dan masa yang ditetapkan. Buat pemeriksaan kesihatan berkala seperti dalam buku temujanji

Saya harap artikel ini bermanfaat untuk pakcik dan makcik. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk bertanya kepada doktor atau ahli farmasi yang berdaftar. Ianya percuma.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ceritamak.com/2025/01/bahaya-vitamin-dan-suplemen-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Caruman Kwsp Pekerja Asing Perlu Penguatkuasaan Betul Kata Pakar

Caruman Kwsp Pekerja Asing Perlu Penguatkuasaan Betul Kata Pakar

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 124 hits
Langkah mewajibkan caruman KWSP bagi pekerja asing akan dapat menarik tenaga kerja mahir kata pakar ekonomi PETALING JAYA Pakar ekonomi berpendapat langkah kerajaan mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi pekerja asing mampu ...
Self Esteem Anak Lemah Pakar Psikiatri Kanak Kanak Kongsi Tip

Self Esteem Anak Lemah Pakar Psikiatri Kanak Kanak Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 271 hits
Self esteem atau keyakinan diri adalah komponen penting dalam perkembangan psikologi kanak kanak dan remaja Menurut Dr Rozanizam Zakaria seorang pakar psikiatri kanak kanak dan remaja low self esteem boleh membawa kepada pelbagai masalah me...
Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang

Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 151 hits
Cerita pasal skill membaca ini ramai mak ayah terkejar kejar nak anak pandai membaca menulis seawal mungkin Tapi betul ke cara ni ikut fitrah perkembangan anak Puan Maryam Jamadi seorang seorang terapis cara kerja kanak kanak Pediatric Occu...
Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 320 hits
MALAYSIA mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju dalam ekonomi digital Asia terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan Menurut pakar siber keselamatan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya M Selvakumar hal itu dikukuhkan dengan pe...
Ahli Pesawah Tetap Berkumpul Di Sebalik Nasihat Pm Tangguh Perhimpunan

Ahli Pesawah Tetap Berkumpul Di Sebalik Nasihat Pm Tangguh Perhimpunan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 139 hits
freemalaysiatoday com 27 Jan 2025 11 21 AMSemalam Anwar Ibrahim minta Pesawah tangguh perhimpunan ke tarikh lain susulan lawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Putrajaya hari ini Ahli Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia berkump...
Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 209 hits
Kawan lama hubungi saya untuk pinjam RM10 000 bagi melangsaikan hutang institusi kewangan Saya menolak untuk membantu kerana risiko Dia yang dulunya mewah kini warga tua yang papa Zaman muda dulu ketika saya memandu Proton Saga dia bergaya ...
Hassan Karim Amat Bahaya Jika Pemimpin Pn Tadbir Negara Kata Veteran Pkr

Hassan Karim Amat Bahaya Jika Pemimpin Pn Tadbir Negara Kata Veteran Pkr

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersHassan Karim sifatkan tindakan kerajaan PN ketika wabak Covid 19 bunuh demokrasi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berpendapat tiada seorang pun pemimpin semasa Bersatu dan PAS layak memimpin negara PETALING JAYA Seorang ...
Bahaya Minum Air Selusuh Sebelum Sampai Masa Bersalin Boleh Sebabkan Bayi Lemas

Bahaya Minum Air Selusuh Sebelum Sampai Masa Bersalin Boleh Sebabkan Bayi Lemas

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 144 hits
Dikalangan masyarakat kita air selusuh ketika sebelum bersalin sememangnya cukup popular Namun benarkah air ini amat membantu proses bersalin menjadi lancar dan mudah Menerusi perkongsian Huwaidah Athirah di media sosial dia menjelaskan bah...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025