Caruman Kwsp Pekerja Asing Perlu Penguatkuasaan Betul Kata Pakar


 
Langkah mewajibkan caruman KWSP bagi pekerja asing akan dapat menarik tenaga kerja mahir, kata pakar ekonomi.
PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat langkah kerajaan mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing mampu mengurangkan masalah pendatang asing tanpa izin (Pati), namun mesti diimbangi dengan penguatkuasaan yang betul.
Ini penting kerana wujud majikan yang cuba tidak membuat pendaftaran pekerja asing dengan alasan kaedah pendaftaran dan ‘pemutihan’ yang rumit, kata Aimi Zulhazmi Rashid daripada Universiti Kuala Lumpur.
“Kalau tiada penguatkuasaan, nanti bertambah lagi Pati kerana majikan ingin mengelakkan kos yang bertambah tinggi,” katanya kepada FMT.
Aimi juga percaya caruman mandatori ini akan dapat menarik tenaga kerja mahir, kerana ia beri taraf kebajikan yang lebih baik.
Beliau bagaimanapun menyarankan kerajaan memberi masa kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang terkesan dengan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,700 bulan ini.
“Sekurang-kurangnya 6 bulan diberi bagi menyelaraskan kos operasi mereka,” katanya.
Sementara itu, Idham Razak dari Universiti Teknologi Mara percaya caruman mandatori ini akan mengukuhkan dana KWSP, sekaligus mampu meningkatkan pelaburan domestik.
“Tentu ia langkah positif dari segi ekonomi kerana dapat meningkatkan simpanan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan pekerja asing kepada bantuan kewangan apabila mereka bersara atau pulang ke negara asal.
“Bagaimanapun kerajaan perlu memastikan pelaksanaan tidak membebankan majikan, terutamanya bagi sektor yang sangat bergantung kepada tenaga kerja asing seperti perladangan dan pembinaan,” katanya.
Beliau mencadangkan kerajaan mempertimbang pemberian insentif atau penyesuaian dalam kadar levi pekerja asing bagi mengimbangi kos tambahan yang ditanggung majikan.
Pemerkasaan sistem pemantauan dan mendidik pekerja asing mengenai manfaat simpanan persaraan juga penting bagi memastikan keberkesanan dasar.
Semasa pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum kepada KWSP.
Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menyifatkan cadangan kerajaan untuk melaksanakan kadar caruman mandatori KWSP sebanyak 2% bagi pekerja asing mencerminkan usaha mengimbangi kebajikan pekerja dan kemampanan perniagaan.
Anwar berkata cadangan berkenaan akan dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini, dan Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan butiran terperinci. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/caruman-kwsp-pekerja-asing-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Tegur Pekerja Asing Yang Gunakan Taman Permainan Di Melaka

Lelaki Tegur Pekerja Asing Yang Gunakan Taman Permainan Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 325 hits
Seorang lelaki Malaysia baru baru ini berkongsi pengalamannya menegur sekumpulan pekerja asing yang mengambil tempat di satu taman permainan walaupun terdapat papan tanda yang menyatakan hanya untuk penduduk tempatan Dalam video TikToknya p...
Presma Mohon Kelonggaran Bawa Masuk Pekerja Asing

Presma Mohon Kelonggaran Bawa Masuk Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 194 hits
Presma mohon sistem pengambilan pekerja gantian diwujudkan semula bagi membolehkan pengusaha ganti pekerja yang tamat kontrak KUALA LUMPUR Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia memohon kerajaan memberikan kelonggaran untuk persatuan ...
Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 340 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata tarif elektrik perlu dinaikkan pada separuh kedua tahun ini Anwar mengakui langkah itu akan menyukarkan atau merugikan namun menyatakan kerajaan bersedia mendengar pandangan lain Keputusan itu ...
Nak Melingkup Bagi Ke Dia Sembang Semua Nak Buat Tu Pun Jangan Walau Kata Mb Kami Sempoi Kah

Nak Melingkup Bagi Ke Dia Sembang Semua Nak Buat Tu Pun Jangan Walau Kata Mb Kami Sempoi Kah

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 314 hits
Nak kuasa macam macam tapi ada kuasa pun nak buat apa Sanusi ni pun tak boleh uruskan Ni nak jaga beras pulak Aje Sanusi ni Nafsu besar kudrat kecil Otak lagi la Kerajaan pusat dah usaha macam macam Sarawak pun bakal jadi negara Tanam padi ...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan