Self Esteem Anak Lemah Pakar Psikiatri Kanak Kanak Kongsi Tip


Self-esteem atau keyakinan diri adalah komponen penting dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dan remaja.
Menurut Dr. Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, low self-esteem boleh membawa kepada pelbagai masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety), tingkah laku mencederakan diri, masalah perhubungan, dan penyalahgunaan dadah.
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan utama dalam membentuk self-esteem anak-anak sejak kecil lagi. Berikut adalah 5 perkara yang Dr. Rozanizam cadangkan untuk membantu membina self-esteem anak-anak secara sihat dan berkesan.
5 IBU BAPA MESTI BUAT UNTUK BANTU SELF-ESTEEM ANAK
Self-esteem adalah elemen yang sangat penting dalam psikologi kanak-kanak dan remaja.
Low self-esteem telah terbukti dalam kajian antara yang boleh menyumbang kepada masalah mental seperti kemurungan, anxiety, self-harming behaviour masalah perhubungan dan penyalahgunaan dadah.
5 perkara yang ibu bapa boleh buat untuk bina self-esteem anak-anak.

1. PUJI DAN BERI GALAKAN
Yang ini orang selalu buat, tetapi buat dengan silap. JANGAN puji anak kerana kepandaiannya. Tetapi puji usahanya. Gunakan ayat “Adik memang bagus SEBAB adik cuba jawab dengan baik” berbanding “Adik memang pandai”. Anak-anak perlu diajar bahawa dia layak dipuji kerana USAHA bukan KEISTIMEWAAN. Ini yang didapati daripada kajian psikologi kanak-kanak. Kalau anak-anak membesar dalam keadaan dipuji kerana ‘pandainya anak papa’, ‘anak mama memang bijak’.. mereka akan terperangkap dengan pujian ini dan takut berusaha sesuatu yang lebih sukar – kerana takut tidak lagi menerima pujian yang selalu diberikan. Akhirnya, pujian ini hanya membunuh keyakinan anak-anak.
2. SET SASARAN YANG REALISTIK
Jangan jadi ibubapa ‘reality show’ – maksudnya, jangan bina imej perfect son/daughter anda berdasarkan apa yang dicapai oleh orang lain. Setiap anak anda diberi anugerah dengan bakat/kelebihan masing-masing. Jangan biarkan anak anda jadi ‘tikus eksperimen’ untuk feed ego anda. Jangan paksa anak anda pandai berpidato, pandai berenang, pandai kumon, pandai 7 bahasa dan pandai tenis semata-masa rakan-rakan dalam wassap group anda share gambar anak mereka menang pertandingan tersebut minggu lepas.
3. JUJUR DENGAN ANAK ANDA
Mereka perlu tahu yang anda juga sebagai orang dewasa tidak sempurna. Kajian psikologi menunjukkan kanak-kanak berusia 12 tahun sudah tahu menilai seorang dewasa menipu atau tidak bila berkongsi sesuatu dengan mereka. Jangan puji anak jika mereka tidak berjaya semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Beri kritikan, tapi yang membantu mereka untuk bangkit semula.
4. BERI MEREKA RUANG UNTUK LAKUKAN KESILAPAN
Jangan cuba tutup kelemahan mereka, semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Terus terang adalah jalan terbaik. Beri mereka galakkan dan kesedaran bahawa tidak mengapa gagal/tewas dalam sesuatu, asalkan kita memperoleh sesuatu daripadanya – contohnya ‘at least you had fun with your friends’. Ketahuilah bahawa kegagalan lebih banyak memberi kita pengajaran dalam hidup berbanding kejayaan.
5. PASTIKAN MEREKA ADA IDOLA/MENTOR YANG TERBAIK
Modelling Theory – Belajar dari contoh adalah kaedah belajar paling berpengaruh dikalangan kanak-kanak. Jika mereka cari idola yang salah, mereka akan kecewa. Ajar anak-anak mengenal peribadi Rasulullah seawal mungkin dan jadikan baginda contoh terbaik dalam hidup. Anda sendiri sebagai ibubapa perlu jadi antara idola mereka.
Jadi, daripada perkongsian ini bahawa self-esteem yang kukuh bukan sahaja membantu anak-anak menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin tetapi juga melindungi mereka daripada masalah mental yang serius di kemudian hari.
Sebagai ibu bapa, kita perlu bijak dalam mendidik anak-anak dengan cara yang betul, seperti yang disarankan oleh Dr. Rozanizam Zakaria. Ingatlah bahawa setiap usaha kecil yang kita lakukan hari ini akan memberi impak besar kepada kehidupan anak-anak kita di masa hadapan. Jom kita sama-sama menjadi ibu bapa yang sentiasa menyokong dan membimbing mereka ke arah yang lebih baik!
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
The post Self-Esteem Anak Lemah? Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Kongsi Tip appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/self-esteem-anak-lemah-pakar-psikiatri-kanak-kanak-kongsi-tip/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Kaedah Rangsang Anak Cerdas Tip Pakar Psikologi Ini Wajib Tahu

Kenali Kaedah Rangsang Anak Cerdas Tip Pakar Psikologi Ini Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 137 hits
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar motivasi dan psikologi termasuk keibubapaan berbicara mengen...
Bapa Kongsi Anak Asyik Menangis Genap Dua Minggu Ibu Pergi Papa Tahu Adik Rindu Mama

Bapa Kongsi Anak Asyik Menangis Genap Dua Minggu Ibu Pergi Papa Tahu Adik Rindu Mama

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 138 hits
Genap dua minggu pemergian isteri ketika dalam pelukan suami tercinta Amirul Nafis Amirnuddin berkongsi keadaan anak sulung mereka Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis 2 bulan Menerusi hantaran di Instagram Amirul Nafis memberitahu anaknya suda...
Manis Sederhana Intan Najuwa Kongsi Momen Majlis Tahnik Anak

Manis Sederhana Intan Najuwa Kongsi Momen Majlis Tahnik Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 326 hits
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 15 Disember yang lalu pelakon cantik jelita Intan Najuwa tampil berkongsi momen bahagianya ketika mengadakan majlis tahnik anak sulungnya Imane Lunara Menerusi TikTok Intan atau nama sebenar...
Abang Doraemon Hiburkan Kanak Kanak Untuk Lepas Rindu Pada Anak Yang Sudah Meninggal

Abang Doraemon Hiburkan Kanak Kanak Untuk Lepas Rindu Pada Anak Yang Sudah Meninggal

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 176 hits
Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap manusia pastinya mempunyai kisah hidup mereka tersendiri tentu ada suka dan duka Kebanyakan orang akan memilih untuk memendam kisah pahit kehidupan dan hanya meluahkannya kepada keluarga mahupun kenalan...
Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 237 hits
Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan dimakbulkan Allah Niat Nurul Izzati Barni berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati Ibu Kongsi K...
Tip Supaya Anak Membesar Dengan Emosi Sihat Seimbang Mak Ayah Kena Tahu Pantang Larang Ini

Tip Supaya Anak Membesar Dengan Emosi Sihat Seimbang Mak Ayah Kena Tahu Pantang Larang Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 118 hits
Tip supaya anak membesar dengan emosi sihat dan seimbang mak ayah kena tahu pantang larang ini Anak anak adalah anugerah yang tidak ternilai Mereka bukan sahaja amanah yang perlu dijaga malah asas pembentukan masa depan mereka bergantung pa...
Bedung Bayi Banyak Manfaatnya Kaunselor Laktasi Kongsi Tip Ikut Kesesuaian Cuaca

Bedung Bayi Banyak Manfaatnya Kaunselor Laktasi Kongsi Tip Ikut Kesesuaian Cuaca

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 181 hits
Amalan membedung bayi sejak dulu diamalkan dalam masyarakat Melayu kita Selain membuatkan bayi selesa amalan ini begitu banyak kelebihannya Pun begitu kata Kaunselor Laktasi bedung bayi bukan dilakukan tanpa sebab namun perlu mengikuti kese...
Berjalan 500 Km Untuk Pulang Ke Kampung Selepas Dihalau Isteri Anak Tiri

Berjalan 500 Km Untuk Pulang Ke Kampung Selepas Dihalau Isteri Anak Tiri

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 189 hits
AgensiWARGA emas dikenali sebagai Phon dihalau oleh isteri dan anak tiri FOTO Ihsan Agensi Buriram Thailand Warga emas bukan sahaja diusir keluar dari rumahnya di daerah Satuek oleh isteri dan anak tirinya Lebih menyedihkan dia terpaksa ber...
Kenapa Anak Kecil Selalu Mengamuk

Kenapa Anak Kecil Selalu Mengamuk

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 192 hits
Pernah tak korang rasa nak hilang sabar bila si kecil tiba tiba buat show tengah kedai Nak tak nak semua mata tertumpu pada kita Rasa macam nak hilang dari situ terus kan Chill korang tak sorang Semua mak ayah pernah rasa situasi ni tapi se...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Startup To Unicorn Status

Mocha Cafe Parit Buntar 2025 Part 2

Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji