Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang


Cerita pasal skill membaca ini, ramai mak ayah terkejar-kejar nak anak pandai membaca & menulis seawal mungkin. Tapi betul ke cara ni ikut fitrah perkembangan anak? Puan Maryam Jamadi, seorang seorang terapis cara kerja kanak-kanak (Pediatric Occupational Therapist berkongsi pengalaman peribadi beliau dahulu ketika mencari tadika untuk anaknya ketika berumur 4 tahun.
Menurutnya dia terkejut ada tadika yang siap tanya, “Anak dah pandai membaca & menulis?”  Oleh itu puan Maryam kongsi pandangannya tentang kepentingan “BIG WHY”, belajar mengikut perkembangan semula jadi, dan cara seimbang untuk rangsang minat anak terhadap pembelajaran.
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca penuh perkongsian beliau ni, penuh info & tips untuk mak ayah semua!

Cerita tentang skil membaca kan,
2 bulan lepas saya tercari-cari tadika untuk anak kedua saya umur 4 tahun. Survey banyak tadika, tapi terkejut betul bila salah sebuah tadika yang saya survey itu cikgunya tanya saya,
“Anak dah pandai membaca & menulis?”.
Saya kata belum, dia kenal & ada juga tulis saja-saja. Sebab umur sekarang, saya prefer cari buku aktiviti main-main matching, sticker, maze dan lain-lain.

Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil! Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan! Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun. Daftar sini https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat
Masa Eva pun saya buat cara yang sama, kita develop minat anak dahulu. Lebihkan belajar sambil bermain, biar anak yang sendiri rasa nak belajar membaca & menulis.
Bukannya ajar anak membuta tuli, anak pun tak faham kenapa dia kena belajar. Develop minat dulu baru skil.
Terkejut saya cikgu cakap dekat tadika itu semua anak umur 4 tahun dah pandai menulis. Maksudnya dia nak cakap anak saya dah kira “lambat” perkembangan.
Saya malas nak cakap lebar tentang ini, risau jadi ceramah 3 jam. 
Begitulah, saya secara personal kurang setuju ada tadika-tadika yang iklankan
“Anak 4 tahun dah pandai baca, tulis, kira”
“Anak 6 tahun dah khatam Al-Quran”
Sebab semua ini memberi kesan kepada kepada stigma masyarakat.

Anak umur 4 tahun tak pandai baca, dah kira “lambat”.
Jadi, semua tadika berpusu-pusu pandaikan anak baca kira dan tulis. Yang realitinya tidak mengikut fitrah kanak-kanak.
Masuk darjah 1 disebabkan 80% murid dah pandai 3M, mungkin menyebabkan cikgu pun terpaksa mengajar pukul rata sehingga tak perasan ada murid yang tercicir.
Kita sibuk ajar baca kira tulis ngaji, tapi terlupa develop “BIG WHY”.
Mengaji untuk apa?
Menulis untuk apa?
Mengira untuk apa?
Membaca untuk apa?
Belajar tanpa amal memang lama-lama anak akan hilang minat. Buat apa khatam Al-Quran umur 6 tahun tapi dekat sekolah buli kawan. Tak amalkan pun ayat-ayat yang dibaca.
Begitulah, kasihan kan?
Jadi cadangan saya:
1. BIG WHY.
Mak ayah yang ada anak umur bawah 6 tahun, sambil-sambil kita ajar anak 3M. Jangan lupa develop BIG WHY kenapa kena belajar pada anak.
2. Perlahan tak apa yang penting konsisten.
Banyak sangat kes saya jumpa, masa tadika anak cepat sangat belajar. Masuk darjah 3 atau 4, anak dah mula hilang minat belajar.
Sebab itu kena berpada-pada. Bila kita ajar anak advance sangat di rumah, pergi sekolah anak rasa semua mudah & remeh. Anak jadi bosan.
3. Wajib bawa anak pergi taman.
Jangan abaikan hak bermain anak sehingga umur 12 tahun. Kalau boleh bawa anak ke taman 3 kali seminggu. Bermain & bersukan boleh rangsang otak anak.
Nak anak cergas & cerdas, rajin-rajib bawa anak pergi taman.
4. Kepandaian & kebijakan anak masa tadika atau sekolah rendah tidak menentukan keberjayaan di masa akan datang.
Tidak ada kajian pun berkaitan ini.
Cuma ada kajian, paling lambat anak boleh membaca adalah pada umur 8 tahun. Skil membaca semasa umur 8 tahun menentukan sama ada anak habiskan persekolahan ataupun tidak.
5. Rujuk terapi sekiranya ada perasan kelewatan perkembangan pada anak.
Umur 2 tahun belum pandai cakap, tak ada kontak mata,
Umur 3 tahun tak pandai melompat lagi,
Umur 4 tahun tak pandai lukis bulat,
Umur 5 tahun tak kenal warna & bentuk,
Umur 6 tahun tak kenal ABC & 123,
Umur 7 tahun tak pandai uruskan diri 100%
6. Kita terpaksa terima kalau nak masukkan anak sekolah kebangsaan.
Kita bukan menteri, bukan kerja di KPM. Setakat bising di FB, tak ada kuasa pun nak ubah itu ini. Terpaksa terima realitinya anak masuk darjah 1 memang kena pandai 3M.
Letak target paling lambat anak pandai 3M pada umur 8 tahun, tapi kalau umur 7 tahun ABC pun tak kenal saya cadangkan rujuklah terapis kanak-kanak.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu ayah memilih tadika yang sesuai untuk anak.
Sumber: Maryam Jamadi, 
Mummy & Pediatric Occupational Therapist
Kidsaurus Therapy
The post Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis, Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/trending-4-tahun-mesti-kena-pandai-baca-menulis-pakar-terapis-luah-rasa-bimbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Luah Rasa Syukur Bantuan Bap Lega Dapat Beli Kelengkapan Sekolah Awal

Mak Ayah Luah Rasa Syukur Bantuan Bap Lega Dapat Beli Kelengkapan Sekolah Awal

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 221 hits
Pemberian wang bantuan sumbangan atau Bantuan Awal Persekolahan 2025 yang sudah mula diedarkan di seluruh negara membuatkan ibu bapa menarik nafas lega Ramai ibu bapa yang meluahkan rasa syukur mereka di media social lebih lebih kerana pemb...
Hiburan Mesti Depa Ingat Artis Korea Ketibaan Hael Husaini Di Karpet Merah Milan Fashion Week Jadi Tumpuan

Hiburan Mesti Depa Ingat Artis Korea Ketibaan Hael Husaini Di Karpet Merah Milan Fashion Week Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 151 hits
Penyanyi baru baru ini telah menjadi tumpuan warga maya di aplikasi TikTok khususnya apabila dia tampil di karpet merah sempena Milan Fashion Week Difahamkan Hael hadir ke sana bagi memenuhi jemputan penganjur dan kelihatan segak bergaya se...
Ulang Tahun Rayqal Nora Danish Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

Ulang Tahun Rayqal Nora Danish Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 184 hits
Menerusi laman Instagram pelakon dan usahawan terkenal Nora Danish berkongsi beberapa keping gambar sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang kini genap berusia 16 tahun Dalam perkongsian tersebut Nora memuat naik foto foto kenangan...
Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 263 hits
PERKHIDMATAN BAS KE BUKIT FRASER PAHANG TAHUN 70 DAN 80 AN Bas legend dalam kenangan ini lebih dikenali dengan bas kepala kasut oleh orang Pahang Bas Mercedes ini banyak digunakan untuk perkhidmatan bas di seluruh negeri Pahang Bas ini sang...
Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ketika Memancing Bersama Dua Rakannya Di Jerantut Feri

Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ketika Memancing Bersama Dua Rakannya Di Jerantut Feri

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 143 hits
JERANTUT Seorang remaja lelaki Azri Fahmi 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing bersama dua orang rakannya di Kampung Jerantut Feri dekat sini Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan P...
Kalau Gugur Mesti Kena Buat D C Atau Tak Peluang Nak Hamil Adakah Tipis Lepas Buat D C

Kalau Gugur Mesti Kena Buat D C Atau Tak Peluang Nak Hamil Adakah Tipis Lepas Buat D C

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 128 hits
Kalau gugur mesti kena buat D C atau tak Peluang nak hamil adakah tipis lepas buat D C Apabila berhadapan dengan situasi keguguran ramai wanita bimbang tentang keperluan menjalani prosedur D C dan sama ada peluang untuk hamil semula akan te...
Nak Wat Camana Lagi Kalau Keluar Ja Dari Mulut Lebai Mesti Tak Kaji Sah Bengong

Nak Wat Camana Lagi Kalau Keluar Ja Dari Mulut Lebai Mesti Tak Kaji Sah Bengong

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 172 hits
terus dia kata Kalau tanya lebai ni dia tahu tak maksud sebenar ni bermaksud Negara yang mungkin boleh dikenakan Dari segi apa dia nak kata Malaysia menuju Tengok PMX kita tu ke mana saja beliau pergi disambut dengan mesra dan meriah Dan pe...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh