Bahaya Tayar Gam Seperti Bom Jangka Di Jalanan


KEADAAN tayar celup kenderaan berat yang mudah meletup berikutan dihasilkan tanpa mematuhi piawaian.
Kuala Lumpur: Ibarat pembunuh senyap di atas jalan apabila penggunaan tayar celup atau turut dikenali sebagai 'tayar gam' terus berleluasa terutama dalam kalangan pemandu lori di negara ini.

Pemilihan tayar celup dianggap paling popular dalam kalangan pemandu dan pemilik syarikat kenderaan berat berikutan harganya hampir 60 peratus lebih murah berbanding tayar baharu.

Pakar automotif dan keselamatan jalan raya yang juga mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Profesor Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, keadaan diburukkan dengan kemasukan tayar celup dari luar negara dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, berdasarkan kajian dilakukan, penggunaan tayar celup atau tayar terpakai musim sejuk dari negara luar itu turut menyumbang kepada punca peningkatan nahas jalan raya di negara ini terutama membabitkan kenderaan berat.

"Walaupun ada kilang diberi kelulusan menghasilkan tayar celup namun ada pihak tertentu menyeludup tayar terpakai atau menghasilkan tayar celup tidak berkualiti untuk mengaut keuntungan.


"Secara asasnya tayar jenis ini terdedah kepada bahaya dan mudah meletup apatah lagi jika lapisan bahagian dalam tayar terlalu nipis," katanya.

Menurutnya, penggunaan tayar celup musim sejuk ini boleh dikesan berikutan lapisan bunga tayar lebih kasar dan tebal berbanding tayar untuk permukaan cuaca khatulistiwa.

"Namun, penggunaan tayar celup musim sejuk ini akan menyebabkan cengkaman melekat berlebihan pada permukaan jalan apabila brek kenderaan ditekan.

"Ia mudah berlaku sama ada pada permukaan basah atau kering. Disebabkan itu, JPJ letak syarat ketebalan standard minimum bunga tayar kenderaan tidak boleh kurang dari 1.6 mm," katanya.

Malah, menurutnya, tayar celup ini mudah meletup dan meninggalkan cebisan tayar di atas lebuh raya.

TAYAR celup mudah meletup dan meninggalkan cebisan di jalan raya. "Cebisan tayar atau road gator (buaya jalan) ini amat berbahaya berikutan kerap kali menjadi punca kemalangan kepada penunggang motosikal dan kemalangan pada kereta yang melanggarnya.

"Melalui kajian, tayar celup haram tidak mempunyai daya tahan terhadap haba. Akibatnya getah bunga baharu mudah tertanggal dan meletup. Ia ditambah dengan faktor lain antaranya tayar kurang tekanan udara, lori berjalan tanpa henti untuk jangka waktu panjang dan muatan beban melebihi had," katanya.

Sementara itu, seorang pemandu lori satu tan yang mahu dikenali sebagai Hazil, 35, mengakui penggunaan dan penjualan tayar celup haram dalam kalangan pemandu lori bukan perkara pelik.


Dia yang beroperasi di Kampar, Perak memaklumkan tayar celup tidak sah boleh dibeli dan ditawarkan kebanyakan bengkel membaiki kenderaan berat.

"Biasanya tayar celup untuk lori satu tan boleh dibeli semurah RM160 berbanding tayar baharu dijual bermula harga RM370.

"Kami biasa menggunakan perkataan tayar gam ketika berurusan dengan pemilik bengkel. Tetapi, tayar gam ini hanya tahan sekitar tiga hingga empat bulan sahaja.

"Jika terus digunakan, tayar gam akan bengkak, tertanggal atau mudah meletup. Keadaan sekatan pergerakan penuh (SPP) menyebabkan ramai pemandu lori memilih tayar celup kerana kedudukan kewangan tidak begitu bagus," katanya. Tayar mesti disahkan Sirim Pengeluar tayar celup haram sentiasa dalam pemantauan pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, KPDNHEP berperanan menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi pengguna dan meningkatkan etika peniaga melalui penguatkuasaan dilakukan.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam Menurutnya, KPDNHEP sentiasa menjalankan pemeriksaan dan menyiasat aduan pengguna terhadap premis yang disyaki melanggar peruntukan perundangan dikuatkuasakan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

"Langkah itu bagi memastikan persekitaran sihat dan beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga.

"Ada peruntukan perundangan dikuatkuasakan membabitkan penggunaan tayar celup iaitu di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Tayar Pneumatik) 2012.


"Peruntukan perundangan ini adalah berkaitan penandaan terhadap tayar celup. Di dalam perintah ini, mana-mana individu membekalkan atau menawarkan tayar pneumatik perlu ada tanda sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah.

"Tayar celup pneumatik bagi kenderaan penumpang dan kenderaan perdagangan adalah tayar pneumatik mematuhi Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dan mematuhi kaedah 30 atau kaedah 46, kaedah-kaedah kenderaan bermotor.

"Tayar celup pneumatik menggunakan penandaan standard Malaysia MS 224:2005," katanya.

Tayar celup ini industri dilesenkan di bawah KPDNHEP dan tayar celup berkualiti mesti disahkan Sirim melalui pengiktirafan ujian makmal sebelum sijil pengesahan dikeluarkan. Taktik Sewa tayar lain untuk lepasi Puspakom Penipuan licik. Itu antara tindakan segelintir pemilik kenderaan berat yang menyewa tayar di bengkel tertentu sebelum hadir menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd (Puspakom), Mohammed Shukor Ismail Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd (Puspakom), Mohammed Shukor Ismail ketika diajukan soalan membabitkan isu tayar celup dan keselamatan kenderaan berat.

Menurutnya, tindakan segelintir pemilik kenderaan berat menyewa tayar di bengkel untuk lulus pemeriksaan Puspakom bukan perkara baharu.

"Selepas lulus pemeriksaan, mereka tukar kembali tayar asal (termasuk tayar celup) yang sudah haus dan ia di luar kawalan Puspakom. Perkara ini akan terus berlaku selagi ada pihak yang menawarkan khidmat sewaan tayar," katanya dalam sesi temu bual eksklusif secara maya dengan Harian Metro.


Beliau berkata, penggunaan tayar celup pada kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam adalah selamat selagi mana pembuatannya mengikut spesifikasi ditetapkan, mendapat pensijilan sah Sirim Berhad (Sirim) dan menjalani penyelenggaraan secara berkala.

Shukor berkata, tahap keselamatan tayar celup juga terbukti kerana bukan hanya digunakan kenderaan darat, tetapi juga pengangkutan udara seperti pesawat.

Beliau berkata, pihaknya teliti dalam menjalankan pemeriksaan termasuk bahagian tayar bagi memastikan sesebuah kenderaan itu selamat sebelum digunakan di atas jalan raya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di GearTop dan langgan saluran Telegram GearTop untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://geartop.blogspot.com/2021/09/bahaya-tayar-gam-seperti-bom-jangka-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bom Jangka Virus Membimbangkan Delta

Bom Jangka Virus Membimbangkan Delta

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 200 hits
Mutasi itu ditemui melalui kajian oleh UKM Medical Molecular Biology Institute dan Tropical Infectious Diseases Research Education Centre Gambar hiasan Kuala Lumpur Di sebalik kelonggaran dan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara pakar kesi...
Luhut Ingatkan Jangan Sampai Kembali Terjadi Peningkatan Covid Seperti Negara Lain

Luhut Ingatkan Jangan Sampai Kembali Terjadi Peningkatan Covid Seperti Negara Lain

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 225 hits
Pernyataan Luhut bukan tanpa alasan Ia tak ingin Indonesia kembali berhadapan dengan peningkatan kasus seperti hal negara negara lain
Tulisan Seperti Cetakan Komputer Ini Rahsianya

Tulisan Seperti Cetakan Komputer Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 138 hits
Tulisan seperti cetakan komputer ini rahsianya JAKARTA Seorang remaja perempuan dari Prabumulih Sumatera Selatan menuai pujian warga net menerusi hasil tulisan tangannya sangat kemas seperti cetakan komputer lapor Tribunnews semalam Gadis b...
Wanita Terkejut Kucing Nya Mula Berperangai Aneh Seperti Dibelai Tangan Ghaib

Wanita Terkejut Kucing Nya Mula Berperangai Aneh Seperti Dibelai Tangan Ghaib

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 233 hits
Seronok bersantai sambil menonton televisyen seorang wanita terkejut apabila mendapati kucing peliharannya tiba tiba bersikap aneh menunjukkan perilaku seperti sedang dibelai oleh entiti ghaib Dalam video yang dimuat naik dalam akaun TikTok...
Polis Kuantan Sahkan Tiada Penutupan Taman Taman Awam Seperti Yang Telah Di Tularkan

Polis Kuantan Sahkan Tiada Penutupan Taman Taman Awam Seperti Yang Telah Di Tularkan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 292 hits
KUANTAN Polis telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Datuk Bandaraya Kuantan bahawa tiada penutupan taman taman awam seperti yang ditularkan semalam Kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad...
Erick Thohir Ibaratkan Kelola Perekonomian Di Masa Pandemi Seperti Menyeduh Kopi

Erick Thohir Ibaratkan Kelola Perekonomian Di Masa Pandemi Seperti Menyeduh Kopi

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 190 hits
Erick Thohir memahami bagaimana kondisi pandemi Covid 19 sangat berdampak ke tulang punggung Indonesia yaitu UMKM Oleh karenanya Kementerian BUMN ingin memastikan ekonomi Indonesia bisa berjalan seimbang
Menguasai Kerajaan Apa Kah Kalau Timbalan Bukan Dari Umno Seperti Dahulu

Menguasai Kerajaan Apa Kah Kalau Timbalan Bukan Dari Umno Seperti Dahulu

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 280 hits
Shahidan tegaskan sekarang masih kerajaan PN tapi dikuasai BNSeptember 3 2021 Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan beliau kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Kerajaan Pe...
Dosnya Sama Seperti Orang Dewasa Khairy Jamaluddin

Dosnya Sama Seperti Orang Dewasa Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 375 hits
Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa golongan remaja 12 hingga 17 tahun di kawasan Lembah Klang akan menerima vaksin Pfizer tidak lama lagi Katanya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 telahpun meluluska...
A Kadir Jasin Ismail Sabri Jadikan Kerajaan Seperti Barang Mainan

A Kadir Jasin Ismail Sabri Jadikan Kerajaan Seperti Barang Mainan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 341 hits
Malaysiakini Menganggapnya sebagai langkah semberono terbaru perdana menteri wartawan veteran A Kadir Jasin berkata Ismail Sabri sebenarnya tidak memiliki sedikit pun rasa hormat kepada orang ramai apabila mengangkat Muhyiddin Yassin menget...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r