Bom Jangka Virus Membimbangkan Delta


Mutasi itu ditemui melalui kajian oleh UKM Medical Molecular Biology Institute dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre. - Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Di sebalik kelonggaran dan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), pakar kesihatan awam memberi amaran mengenai kemunculan kes baharu varian Delta di beberapa negeri dalam tempoh dua minggu terakhir umpama bom jangka yang boleh meledak.


Oleh itu, mereka mengingatkan supaya orang ramai tidak leka dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan sama sekali tidak mengambil mudah aspek kesihatan diri.

Ketua Pegawai Operasi Hospital Putra Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, dengan keupayaan jangkitan varian berkenaan yang lebih cepat berbanding yang lain, ia berisiko berlaku di mana sahaja dan tidak ada kawasan yang dikategorikan 'selamat'.

Katanya, dalam keadaan penularan virus yang masih tidak menentu, ia akan bertukar menjadi lebih parah jika aspek pematuhan kesihatan awam diambil mudah oleh orang ramai.

"Varian Delta ini sangat cepat merebak dan apa yang berlaku di Sarawak, boleh juga berlaku di mana sahaja termasuk di Semenanjung Malaysia.

"Virus Covid-19 ini tidak kira baharu atau lama, kita boleh basmi dengan pematuhan SOP. Walaupun kerajaan umumkan kelonggaran ketika ini, pematuhan tetap sama seperti sebelum ini malah ia perlu sentiasa dipatuhi tanpa kompromi.

"Kalau kita gagal patuhi SOP dan normal baharu, maka kita bakal berdepan keadaan lebih buruk walaupun ramai daripada kita sudah lengkap divaksin," katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau berkata, semua pihak perlu memastikan SOP dipatuhi terutama di tempat tumpuan umum sebagai langkah terbaik mengawal penularan wabak.

Sekurang-kurangnya 59 kes baharu varian Delta di beberapa negeri dicatatkan dalam tempoh dua minggu terakhir ini.

Ia termasuk 21 jangkitan membabitkan kes penularan varian Delta dan Beta dikesan di Terengganu sejak hujung Julai lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes varian Delta manakala sembilan lagi membabitkan kes Beta.

Majlis Keselamatan Negara dalam hantaran di Telegram berkata, setakat 13 September lalu, 61 lagi kes Covid-19 dengan varian yang membimbangkan (VOC) dikenal pasti membabitkan 59 varian Delta dan dua kes varian Beta.

Harian Metro semalam melaporkan Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Prof Dr David Perera mendedahkan, pada 31 Ogos lalu, sejumlah 303 VOC tambahan dikesan daripada 307 kes positif.

Menurutnya, semua VOC itu adalah varian Delta (B.1.617.2) dengan keseluruhan yang dikesan pada kadar 99 peratus dan ia mewakili peningkatan dari 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu.

Sementara itu, Pengarah Pentadbiran MediCOM Dr Mohd Shafiq Wahab berkata, sebaiknya semua aktiviti di kawasan umum perlu dihadkan buat masa ini.


"Walaupun kita memang menghadapi kelesuan pandemik, kita perlu tahu bahawa virus ini akan terus tersebar apatah lagi jika kita lalai.

"Trend jangkitan yang menurun bukan tiket kepada orang ramai untuk mengambil sikap sambil lewa mengenai penularan berkenaan," katanya.

Menurutnya, penduduk di Semenanjung Malaysia berisiko untuk 'diserang' varian Delta sekiranya cuai amalan pematuhan SOP dan leka dengan kelonggaran diberikan kerajaan ketika ini.

Dr Mohd Shafiq berkata, tidak mustahil keadaan yang berlaku di Sarawak ketika ini boleh meledak di Semenanjung Malaysia dan beliau memberi amaran situasi akan menjadi lebih buruk jika pematuhan SOP diambil mudah.

SOURCE: Hmetro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/bom-jangka-virus-membimbangkan-voc-delta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Tayar Gam Seperti Bom Jangka Di Jalanan

Bahaya Tayar Gam Seperti Bom Jangka Di Jalanan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 392 hits
KEADAAN tayar celup kenderaan berat yang mudah meletup berikutan dihasilkan tanpa mematuhi piawaian Kuala Lumpur Ibarat pembunuh senyap di atas jalan apabila penggunaan tayar celup atau turut dikenali sebagai tayar gam terus berleluasa teru...
Peningkatan Kes Saringan Bergejala Membimbangkan Masidi

Peningkatan Kes Saringan Bergejala Membimbangkan Masidi

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 211 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Trend peningkatan kes positif hasil dari saringan bergejala di negeri ini agak membimbangkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima...
17 Delta 2 Beta Kes Jangkitan Covid 19 Baharu Di Sabah

17 Delta 2 Beta Kes Jangkitan Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 294 hits
19 Kes Jangkitan Varian Membimbangkan di Sabah KKM mengatakan dalam facebooknya hari ini bahawa kes kes baru itu dikesan antara 31 Ogos dan 13 September Kes kes tersebut adalah sebahagian daripada 61 kes jangkitan Varian membimbangkan 59 De...
Kes Gadis Ditebuk Tupai Membimbangkan Di Kelantan

Kes Gadis Ditebuk Tupai Membimbangkan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 487 hits
PETALING JAYA Polis Kelantan menggesa ibu bapa memantau pergerakan anak mereka memandangkan jenayah rogol terutama melibatkan remaja bawah umur di negeri itu membimbangkan Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata dari Januari hingga Julai...
Bitcoin Bearish Flag Membimbangkan Peserta Pasaran Selepas Kejatuhan Harga Pada Minggu Lalu

Bitcoin Bearish Flag Membimbangkan Peserta Pasaran Selepas Kejatuhan Harga Pada Minggu Lalu

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 196 hits
Bitcoin tidak pulih dan malah ia menyaksikan sedikit penurunan pada hujung minggu Harga dilihat mengukuh setelah jatuh pada minggu lalu dan ia mula membimbangkan Sekiranya anda melihat carta harian dengan teliti anda dapat melihat Bearish f...
Peniaga Kecil Malaysia Membimbangkan Perlu Bantuan Segera

Peniaga Kecil Malaysia Membimbangkan Perlu Bantuan Segera

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 252 hits
Bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas akibat pandemik Covid 19 telah dikeluarkan sejak Mac 2020 namun sehingga kini masih kedengaran rungutan bahawa sebilangan peniaga kecil tidak mendapatnya Bagi Bendahari Agung KEADI...
Covid 19 Delta Variant Dominant In Sarawak

Covid 19 Delta Variant Dominant In Sarawak

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 261 hits
The Delta variant is currently the dominant circulating Covid 19 variant in Sarawak when 303 cases were detected from 307 cases undergoing genomic sequencing as of Aug 31 according to Universiti Malaysia Sarawak Institute of Health and Comm...
Seluruh Sarawak Diserang Varian Delta

Seluruh Sarawak Diserang Varian Delta

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 336 hits
Varian Delta dikesan 100 peratus di bahagian Kuching Serian Samarahan Sri Aman Betong Sarikei Mukah Miri dan Limbang serta kes Import A Kuching Varian Delta menjadi varian dominan yang menjangkiti pesakit Covid 19 di Sarawak Ia disahkan has...
Outbreak In California Classroom Underscores Delta Variant Risks

Outbreak In California Classroom Underscores Delta Variant Risks

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 183 hits
As the Education Ministry postpones the resumption of face to face lessons at schools a Covid 19 outbreak at a California classroom may offer some lessons on what risks might lie ahead According to a case study published last week the outbr...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025