Bahaya Sengatan Tebuan Boleh Membawa Maut


Sengatan tebuan adalah amat berbahaya jika terkena sengatan kerana memang sangat bahaya dan menyakitkan kerana ia mengandungi racun yang mampu mengundang kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Tebuan yang biasa ditemui di Malaysia

Tebuan, Tabuan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ''WASP'' ini mempunyai sebanyak 24 spesies mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara.

Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera).

Kenapa Tebuan Sangat Berbahaya?

Apabila menyerang, Tebuan tidak akan mati selepas menyengat seperti Lebah Madu kerana sistem sengatnya (Hornet system) berbeza.

Sengat tebuan tidak akan terkeluar, kerana hanya venom sahaja yang ditusuk dalam tubuh mangsa (seperti ular) dan ianya mampu menyengat berkali-kali.

Ada kajian saintifik mendapati, venom (racun) tebuan mengandungi bahan acetylcholine (5%) iaitu Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam 'Shcmidt Sting Pain Index'.

Lebah Madu hanya pada tahap 2.0, sementara sengatan Labah-labah Tarantula adalah paling berbisa iaitu Tahap Maksimum 4.0.

Venom Acetylcholine adalah bahan kimia yang mampu melemahkan dan melumpuhkan sistem saraf manusia iaitu Sistem PNS (Pheripheral Nervous System) dan CNS (Central Nervous system) dengan bertindak sebagai 'neurotransmitter'.

Jika venom sampai kepada jantung, ia akan melumpuhkannya dan mangsa akan mengalami sesak nafas dan berisiko tinggi meninggal dunia jika lambat dirawat.

Bilangan koloni tebuan juga tidak banyak seperti lebah madu iaitu sekitar 10-25 ekor sahaja.

Walau bagaimanapun, sifat semulajadi tebuan akan menyerang sebagai 'self defence' apa sahaja yang mendekati sarangnya.

Tebuan Tanah

15 hingga 20 sengatan tebuan tanah atau lebih dikenali dengan panggilan 'gendang haji' boleh mengakibatkan kematian.

Kehadiran tebuan tanah biasanya lebih banyak pada musim buah-buahan dan sekiranya ternampak tebuan walaupun seekor, anda perlu berhati-hati kerana ada sarang di kawasan berhampiran.

PERIHAL SENGATAN

Serangga daripada spesis himenoptera ini sebenarnya boleh menyebabkan tindak balas keracunan mendadak serta alahan. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tempat sengatan dan kemudian bahan racun tersebut mengalir ke seluruh tubuh mangsa.

Tanda dan gejala

Setempat:
Kesakitan yang teruk pada bahagian yang disengat.Rasa gatal di sekeliling tempat sengatan.Lebam di sekeliling tempat sengatanTitik kesan sengatan kelihatan kemerah-merahan.Sengatan kadang-kadang masih melekat pada tisu badan.Bernanah.
Gejala Sistemik:
Bagi mangsa yang sangat sensitif kepada racun sengatan ini,mereka akan mengalami gejala pengsan dan turun tekanan darah.Mengalami gejala kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut, kalau tidak mendapat rawatan segera.
Gejala kejutan anafilaksis adalah seperti:
Pucat dan kulit yang sejuk.Berpeluh.Ruam menyeluruhBengkak pada salur darah.Pertuturan yang tidak jelas (slurred)Gangguan emosi, keliru dan resah-gelisah.Kadar pernafasan meningkat.Kesukaran bernafas.Tidak sedarkan diri.
Komplikasi:
Bengkak yang serius.Kegagalan sistem pernafasan.Kegagalan fungsi jantung.Gangrene.Kematian.
Dapatkan Rawatan Secepat Mungkin

"Tidak pernah saya merasakan kesakitan seperti yang saya alami ketika itu. Bisanya terasa mencucuk hingga ke tulang."

Begitulah kata-kata salah seorang mangsa serangan tebuan seperti yang pernah dilaporkan di Malaysia.

Seseorang yang terkena sengatan Tebuan perlu mendapatkan rawatan segera, terutamanya melibatkan kanak-kanak.

Tebuan mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih 4 sentimeter (sm).

Jika racun dilepaskan, walau setitik, ia mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa.

Jika kanak-kanak disengat tebuan, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota badan yang disengat.

Bukan itu saja, sekiranya sengatan terkena pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ianya memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, boleh membawa maut.

Rawatan


Sengatan tebuan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Lakukanlah tindakan kecemasan pertama yang boleh menghalang racun untuk merebak.

Antara langkah yang perlu anda lakukan adalah:
Letakkan ais atau air sejuk pada bahagian sengatan untuk membekukan tempat sengatan sekali gus menghalang racun untuk merebak dalam tempoh tertentu.Bawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa 2 jam untuk mengelak racun merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah.
Namun, bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius pada alergi.

Antara simpton yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan menjadi lemah.

Kesimpulannya, kematian akibat disengat tebuan adalah isu yang perlu dipandang serius dan secara teorinya, lemah daya ketahanan tubuh dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya.

Jadi, berhati-hatilah!

BACA INI JUGA:
10 Serangga Paling Berbahaya Di DuniaGigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/bahaya-sengatan-tebuan-membawa-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Makan Roti Expired Mampu Mengundang Maut

Bahaya Makan Roti Expired Mampu Mengundang Maut

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 653 hits
Pernahkah anda membeli sebuku roti di kedai atau supermarket kemudian anda makan sedikit sahaja dan selepas beberapa hari lebihan kepingan roti yang masih banyak telah berkulat namun hanya pada sebahagian kecil roti Kebanyakan dari kita sud...
Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu Boleh Halang Penyerapan Zat Besi

Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu Boleh Halang Penyerapan Zat Besi

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 330 hits
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat Selain kaya dengan kalsium susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein karbohidrat lemak dan vitamin Walau bagaimanapun adakah kebarangkalian susu boleh membahayak...
Bahaya Durian Dan Nangka Boleh Menjadi Racun Yang Membunuh

Bahaya Durian Dan Nangka Boleh Menjadi Racun Yang Membunuh

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 402 hits
DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUHPerkongsian dari Doktor Pakar yang menerangkan dengan jelas dan terang bahawa Durian dan Nangka boleh menjadi buah yang beracun hingga mengakibatkan kehilangan nyawa Sejak seminggu dua ini di hospital tempa...
Mantap Bil Elektrik Boleh Disemak Melalui Telepon

Mantap Bil Elektrik Boleh Disemak Melalui Telepon

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 388 hits
Sabah Electricity Sdn Bhd memberikan kemudahan menyemak bil elektrik dan membuat pembayaran terus melalui talian online tanpa datang ke pejabat SESB Hal ini boleh menjimatkan masa berurusan This is a content summarry Visit my website for fu...
Beli Barang Boleh Menang Emas Di Cmasa My

Beli Barang Boleh Menang Emas Di Cmasa My

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 310 hits
Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA my l Assalamualaikum Siapa tak suka emas kan Lagi lagi boleh dapat secara percuma bila kita shopping barang keperluan Orang kata sambil menyelam minum air gitchuw Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA...
Tulisan Kita Boleh Jadi Dakwah Boleh Juga Bawa Fitnah

Tulisan Kita Boleh Jadi Dakwah Boleh Juga Bawa Fitnah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 311 hits
Tulisan Kita Boleh Jadi Dakwah Boleh Juga Bawa Fitnah Setiap hari kita menulis Tak kira pada buku papan tulis atau coretan di dinding alam maya Dalam kita menulis setiap hari tidak kira menggunakan pen pensil mahupun papan kekunci tetap sam...
10 Permainan Video Akan Datang Untuk Sony Playstation 5 Yang Korang Boleh Cuba Nanti

10 Permainan Video Akan Datang Untuk Sony Playstation 5 Yang Korang Boleh Cuba Nanti

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 392 hits
Pihak Sony baru je melancarkan Playstation 5 namun setakat ini tidak ada lagi harga rasmi yang diumumkan oleh pihak Sony Pelancaran PS5 menyaksikan peningkatan besar dari segi grafik untuk game yang akan dibawa jadi Kali ini Ohmedia nak kon...
5 Idea Hadiah Birthday Boleh Anda Beli Bawah Rm80

5 Idea Hadiah Birthday Boleh Anda Beli Bawah Rm80

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 978 hits
Assalamualaikum semua Incase anda first time dengar PG Mall jangan terkejut kalu BBL bagitau ni platform E commerce tempatan made in Malaysia tau Sekarang ni tengah nak famous sejak tahun 2017 lagi Satu perkata paling saya suka mestilah PG ...
Berapa Lama Agaknya Alat Solekan Kita Boleh Bertahan Ye

Berapa Lama Agaknya Alat Solekan Kita Boleh Bertahan Ye

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 386 hits
BERAPA LAMA AGAKNYA ALAT SOLEKAN KITA BOLEH BERTAHAN YE Memang tak dinafikan bukan semua alat solek tu ada tertulis bila tarikh luputnya kan Kadang kita main agak agak je kalau masih ok lagi takpelah Tapi kalau dah expired Tak memasal muka ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue