Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu Boleh Halang Penyerapan Zat Besi


Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.

Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?
Risiko jika anak minum susu berlebihan
Berikut merupakan 3 alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:
Berat berlebihan dan obesiti
Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.
Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.
Kekurangan zat besi dan anemia
Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.
Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.
Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.
Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.
Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.
Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.
Intolerans laktosa dan alahan
Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.
Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.
Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?
Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.
Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.
The post Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu, Boleh Halang Penyerapan Zat Besi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-kalau-anak-terlebih-minum-susu-boleh-halang-penyerapan-zat-besi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya

Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 313 hits
Makan bersama anak memang mencabar lagi lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah nak memanjatlah nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya Memang pening ke...
Abah Nak Cuba Boleh Ramai Tersentuh Hati Bapa Ini Pinjam Jubah Konvokesyen Anak

Abah Nak Cuba Boleh Ramai Tersentuh Hati Bapa Ini Pinjam Jubah Konvokesyen Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 1192 hits
Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti Gambar adalah sekadar hiasan Image via Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan ...
Elfira Loy Menggigil Lihat Anak Terhantuk Sampai Benjol Kebiruan Ini Parents Boleh Buat Bila Anak Terjatuh

Elfira Loy Menggigil Lihat Anak Terhantuk Sampai Benjol Kebiruan Ini Parents Boleh Buat Bila Anak Terjatuh

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 604 hits
Bagai nak terkeluar jantung Pasti itu yang ibu bapa rasa bila anak kecil jatuh tidak kira dari tempat tinggi atau sebaliknya Lagi risau bila terhantuk di bahagian sensitif seperti kepala Walaupun diakui kecederaan sepanjang mereka membesar ...
Nampak Anak Macam Penat Buatkan Kepak Ayam Madu Ni Boleh Boost Mood Dia

Nampak Anak Macam Penat Buatkan Kepak Ayam Madu Ni Boleh Boost Mood Dia

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 358 hits
Kadang kadang makanan sedap yang kita suka harganya bukan main mahal Sedangkan kalau dibuat sendiri modalnya tidaklah sebesar mana Bila kita sediakan sendiri boleh buat lebih banyak mengikut keinginan kita Lebih berbaloi Sama seperti resipi...
Sikit Sikit Nak Tukar Susu Perlu Ke Kenal Pasti Dulu Masalah Anak

Sikit Sikit Nak Tukar Susu Perlu Ke Kenal Pasti Dulu Masalah Anak

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 298 hits
Ibu bapa mana yang tidak prihatin dan peka dengan permasalahan anaknya Memang wajib namun janganlah disebabkan perkara remeh susu yang sebenarnya sudah serasi dengan anak ditukar sesuka hari Jangan dulu periksa betul betul samada perlu atau...
Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi Superb

Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi Superb

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 495 hits
Tidak dinafikan ada di antara anak anak kita yang kurang gemar makan nasi seperti anak anak yang lain Pilihannya pastilah roti atau beraneka jenis mi yang turut mempunyai sumber karbohidrat Jika memilih untuk menghasilkan roti sendiri roti ...
Belanja Anak Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan Mudah Sangat

Belanja Anak Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 436 hits
Hujung minggu adalah waktu untuk anda mencuba pelbagai menu dan resipi untuk anak anak Tidak dapat menu serba lengkap menu ringkas seperti apam antara yang menjadi kesukaan anak anak serta seisi keluarga Paling menarik kerana apam cukup mud...
Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 428 hits
Duduk bersimpuh melipatkan kaki ke belakang yang dipanggil simpuh katak atau simpuh W sering kali menjadi kegemaran anak anak yang masih kecil Pastinya kita Biasa dengar teguran ketika kecil supaya duduk dengan betul kerana risau duduk begi...
Tak Perlu Pink Hitam Putih Pun Bilik Anak Boleh Jadi Superb Jimat Pulak Tu

Tak Perlu Pink Hitam Putih Pun Bilik Anak Boleh Jadi Superb Jimat Pulak Tu

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 858 hits
Menjadi kegilaan mak ayah untuk menghias bilik tidur anak apabila anak sudah semakin membesar Keinginan anak anak perempuan yang begitu taksub dengan warna merah jambu sememangnya tidak dinafikan Bukan mak ayah memaksa anak anak sendiri sud...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih