Bahaya Microsleep Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya


Microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat, terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.


Pernah tak anda mengalami situasi; sedang memandu dan tiba-tiba hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap dan apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

Kebiasaannya, individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur dan masalah microsleep boleh mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

Simptom

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya.

Antara simptomnya adalah seperti:
Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.Terjatuh sesuatu yang dipegang.Kepala terlentuk.Mata lambat berkedip.Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.
Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Tanda amaran

Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:
Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.Menguap berlebihan atau kerap.Tersentak secara tiba-tiba.Mata berkelip lebih kerap dari biasa.
Tanda amaran ketika memandu:
Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.Berulang kali menguap.Terlepas jalan keluar.Kelopak mata memberat.
Apakah puncanya?

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.

Langkah pencegahan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:
Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, ambil sedikit masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri kita berasa lebih mengantuk dan lesu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Realiti Budaya ‘Karoshi’ Kerja Sampai Mati Di JepunKurang Tidur Melemahkan Sistem Imun, Berapa Jam Tidur Sebenarnya Diperlukan Oleh Tubuh Setiap Malam?
sumber: majalahsains



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/apa-itu-microsleep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berisiko Jadi Punca Kanser Usus Ini 5 Bahaya Sosej Ibu Bapa Wajib Tahu

Berisiko Jadi Punca Kanser Usus Ini 5 Bahaya Sosej Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 354 hits
Gaya hidup moden seakan tak dapat dipisahkan dengan perkara yang serba ringkas serba cepat Dek kerana sibuk ramai ibu bapa yang menyediakan makanan berproses kepada anak anak mereka biarpun makanan tersebut jelas tidak berkhasiat Umum menge...
Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 411 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Cara Sandiaga Uno Wujudkan Mimpi Bj Habibie Di Bidang Teknologi

Cara Sandiaga Uno Wujudkan Mimpi Bj Habibie Di Bidang Teknologi

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 260 hits
Pesan BJ Habibie tersebut membuka webminar Inotek Foundation bertajuk Seribu Teknopreneur Seribu Pekerjaan dari Jakarta Kamis
Bubar Parlimen Cara Terbaik Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Stabil Mohamad

Bubar Parlimen Cara Terbaik Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Stabil Mohamad

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 338 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan perkara yang sama sepertimana Singapura yang telah memb...
Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 361 hits
Apa beza marah dengan berleter pada anak Sebenarnya ada yang keliru dengan kenyataan ini kan Mungkin bagi sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anak Ada pula yang jenis berlembut Apa saja pendekatan yang d...
Foto Ramai Yang Tidak Dapat Terima Cara Anak Burung Hantu Tidur

Foto Ramai Yang Tidak Dapat Terima Cara Anak Burung Hantu Tidur

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 998 hits
Jika anda sedar sejak kebelakangan ini gambar banyak tular di media sosial Kebanyakan orang jarang melihat burung hantu depan mata kerana burung hantu adalah sejenis haiwan nocturnal yang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam ...
Cara Daftar Program Virtual Mini Job Online

Cara Daftar Program Virtual Mini Job Online

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 491 hits
CARA DAFTAR PROGRAM VIRTUAL MINI JOB ONLINE Peminjam termasuk yang disenarai hitam kini berpeluang mencari pekerjaan di platform disediakan institusi pengurusan dana dan tabung pendidikan tinggi itu dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan S...
Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 479 hits
Duduk bersimpuh melipatkan kaki ke belakang yang dipanggil simpuh katak atau simpuh W sering kali menjadi kegemaran anak anak yang masih kecil Pastinya kita Biasa dengar teguran ketika kecil supaya duduk dengan betul kerana risau duduk begi...
Cara Buat Akaun Cds Secara Online

Cara Buat Akaun Cds Secara Online

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 505 hits
Cara Buat Akaun CDS Secara Online Perkara pertama yang perlu anda buat jika nak melabur atau berdagang di Bursa Malaysia adalah dengan mempunyai akaun pelaburan atau lebih dikenali sebagai akaun Central Depository System Akaun inilah yang a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It