Pra Prk Semenyih Ada Cina Bodoh



Pra-PRK Semenyih: Ada Cina bodoh?Posted By: Selena Tayon: February 08, 2019 Print EmailPilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019. DUN Semenyih merupakan kawasan majoriti Melayu (lebih 65% Melayu). Bagaimanapun penentu kemenangan adalah kaum Cina (15%) dan India (17%).Menurut penganalisis politik, pasca PRK Cameron Highlands, kaum Cina mula tidak menghiraukan pilihan raya dan membiarkan kaum Melayu yang rata-rata pro BN dan Pas menguasai gelanggang. Hal itu, menurut mereka akan merugikan Cina sekiranya BN kembali berkuasa dan mengamalkan polisi penindasan berasaskan kaum sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.Seorang pengundi Cina yang mahu dikenali sebagai Uncle Choy, 80 tahun, mengulas fenomena itu sebagai ‘Cina Bodoh’ yang akan merugikan etnik itu pada masa akan datang.Katanya, kalau masyarakat Cina dan India tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) dengan sepenuhnya maka kekalahan PH di PRU15 adalah satu perkara yang tidak mustahil.“Oleh kerana keadaan ekonomi negara masih lembab, masyarakat Cina memang tidak berapa gembira dengan Kerajaan PH walaupun sudah diberitahu 1,001 kali Kerajaan PH memerlukan masa 2 atau 3 tahun untuk mengembalikan ekonomi kepada keadaan yang kuat dan kukuh.“Juga orang yang didakwa dalam skandal 1MDB masih dibiarkan berceramah di sana-sini juga adalah perkara yang membuatkan masyarakat Cina marah dan hilang keyakinan terhadap Kerajaan PH. Namun ada orang ‘Cina bodoh’ dan tidak keluar mengundi di Cameron Highlands.“Kalau pendirian ini diambil dalam PRU15 nanti, sudah pasti PH akan ditewaskan oleh BN apabila orang Melayu keluar beramai-ramai untuk mengundi sementara undi untuk PH dari masyarakat Cina dan India sudah berkurangan.“Kerajaan PH perlu menegaskan kepada rakyat bahawa kalau sokongan tidak diberi kepada PH maka negara Malaysia akan ketinggalan jauh di belakang dan ini akan merugikan semua pihak termasuk masyarakat Melayu,” kata Choy yang menetap di Kepong, Kuala Lumpur.Uncle Choy menambah, BN sudah tiada kredibiliti di pentas antarabangsa sebab pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai ‘pencuri’. Oleh itu, jika BN menang PRU15 maka Malaysia pasti akan dipulau oleh masyarakat antarabangsa.“PH tidak cukup undi dari masyarakat Melayu dan ini amat merbahaya jika masyarakat Cina dan India juga menarik-balik sokongan mereka.“Berkaitan undi Melayu, Kerajaan PH harus mewujudkan satu jawatankuasa khas hal-ehwal komunikasi buat mereka bagi memberitahu manfaat yang boleh diperolehi sekiranya PH terus mentadbir negara.“Buat masa ini, belum ada usaha secara besar-besaran untuk mencelikkan minda Melayu berkenaan senario politik negara. Harus ditekankan kepada mereka kalau sentimen perkauman dimainkan oleh pihak lawan maka semua orang di Malaysia akan rugi apabila ekonomi negara gagal dibaikpulih.“Kos sara hidup akan terus meningkat apabila ekonomi lemah dan ini semua adalah akibat kegagalan mantan Kerajaan BN. Kalau ini tidak diberi penekanan kepada masyarakat Melayu, mereka akan terus menuduh PH untuk segala masalah negara dan bukan itu sahaja, mereka akan terus menyokong Umno-BN,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/pra-prk-semenyih-ada-cina-bodoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Psm Sah Tanding Prk Semenyih

Psm Sah Tanding Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 371 hits
PSM dakwa rakyat perlukan suara ketiga wakili mereka KUALA LUMPUR Parti Sosialis Malaysia mengesahkan akan meletak calonnya bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih 2 Mac ini Menurut kenyataan dikeluarkan parti itu ...
Uncle Kentang Mahu Bertanding Bebas Pada Prk Semenyih

Uncle Kentang Mahu Bertanding Bebas Pada Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA Seorang aktivis masyarakat yang terkenal dengan inisiatif seperti perkhidmatan ambulans dan teksi 10 sen bagi meringankan beban kewangan golongan miskin dan memerlukan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kec...
Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 450 hits
PETALING JAYA Parti Sosialis Malaysia hari ini mengesahkan akan bertanding dalam pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan diadakan 2 Mac ini Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan berkata parti itu akan mengumumkan cal...
Melayu Jadi Penentu Gabungan Bn Pas Menang Dalam Prk Semenyih

Melayu Jadi Penentu Gabungan Bn Pas Menang Dalam Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 327 hits
PH masih gagal bela orang Melayu06 Februari 2019 2 48 PMKUALA LUMPUR 6 Feb Jumlah majoriti pengundi Melayu sebanyak 68 peratus dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan bermula 16 Februari ini akan menjadi kelebihan ...
Nama Siti Nurhaliza Tiada Dalam Calon Prk Semenyih Mukhriz

Nama Siti Nurhaliza Tiada Dalam Calon Prk Semenyih Mukhriz

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 492 hits
Datuk Seri Siti Nurhaliza foto AFFAN FAUZI ALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan...
Uncle Kentang Umum Bertanding Di Prk Semenyih

Uncle Kentang Umum Bertanding Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 334 hits
Pengumuman aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Semenyih 2 Mac ini diakui bakal memberi kesan kepada Pakatan Harapan Ketua ARMADA Selangor Adif Shan Abdullah berkata ...
Pengundi Mohon Injunksi Halang Prk Semenyih

Pengundi Mohon Injunksi Halang Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 328 hits
PRK SEMENYIH Seorang pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri Semenyih akan memfailkan injuksi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang pilihan raya DUN N24 Semenyih Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Az...
Prk Semenyih Uncle Kentang Dibantu Penyokong Kuat Dap

Prk Semenyih Uncle Kentang Dibantu Penyokong Kuat Dap

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 578 hits
SELASA lalu aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Semenyih 2 Mac ini Pengumuman itu sedikit mengejutkan kerana Kuan Chee Heng sangat ...
Calon Bn Prk Semenyih Orang Tempatan Kata Mat Hasan

Calon Bn Prk Semenyih Orang Tempatan Kata Mat Hasan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 305 hits
Calon BN PRK Semenyih orang tempatan kata Mat Hasan Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Feb 2019 8 27P
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong