Bahaya Berkongsi Susu Ibu Yang Tidak Diketahui Risikonya Pada Bayi


Selalunya kita mendengar saranan untuk menjadikan seseorang individu sebagai ibu susuan jika kita tidak mampu memberikan susu ibu kepada anak. Tetapi tanpa kita sedar, sebenarnya terdapat risiko bahaya jika berkongsi susu ibu. Terkejut, bukan?

Risiko jangkitan
Dalam satu kajian yang dilakukan, doktor memberi amaran terhadap amalan berkongsi susu ibu sebagai antara punca risiko untuk mendapat jangkitan penyakit dan penyebaran virus kepada bayi.
Berkongsi susu badan mungkin bukan satu perkara yang menjadi amalan kebanyakan ibu di Malaysia. Tetapi amalan berkongsi susu ibu ini adalah satu perkara biasa bagi kebanyakan ibu di Amerika Syarikat.
Namun, apa yang menjadi kebimbangan para doktor di sana adalah apabila perkongsian ini melibatkan individu yang tidak dikenali, sedangkan wujud tempat pengumpulan susu (bank susu) yang disediakan untuk ibu-ibu yang memerlukan.
Lebih membimbangkan apabila individu yang berkongsi susu ibu ini tidak melakukan pemeriksaan sampel untuk dadah, alkohol atau jangkitan. Perkara ini sekali gus boleh menjadi punca kepada penyebaran virus seperti HIV, sifilis dan hepatitis B kepada bayi.
Selalunya ibu-ibu mendapat info mengenai perkongsian tidak formal ini melalui penggunaan media sosial dan blog. Sebagai contoh terdapat lebih 24,000 individu mengikuti laman Facebook ‘Human 4 Human Babies’ yang merupakan satu laman yang didedikasikan untuk perkongsian susu ibu.
Kajian berkongsi susu ibu
Satu kaji selidik atas talian telah dilakukan oleh penyelidik dari Cohen Children’s Medical Center/Northwell Health di New York. Kajian yang melibat 665 individu bergelar ibu ini melibatkan pendedahan mengenai dari mana susu ibu itu diperolehi dan perkara yang menjadi kebimbangan mereka
Hasil kajian mendapati sebanyak 422 (64 peratus) mendapatkan perkongsian susu ibu melalui prosedur informal “mother-to-mother” milk sharing (IMS) dan selebihnya, 233 menerima susu ibu melalui bank susu yang disediakan.
Daripada jumlah mereka yang memilih IMS, sebanyak 56 peratus tidak mempunyai kebimbangan dan 78 peratus mengatakan tidak perlu memaparkan sampel perubatan atas dasar kepercayaan. Hanya tiga peratus prihatin tentang isu pencemaran susu ibu dan empat peratus menyatakan kebimbangan potensi kehadiran alkohol, ubatan serta dadah.
Anggap remeh isu risiko bahaya
Menurut salah seorang penyelidik, Nikita Sood, hasil keputusan jelas menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan IMS mengambil mudah risiko-risiko yang mungkin berlaku. Ini sekali gus menjadi tugas pakar perubatan untuk mendidik ibu bapa mengenai bank susu serta menggalakkan amalan perkongsian susu ibu yang selamat.
Dalam analisis lain yang dilakukan oleh kumpulan penyelidikan yang sama mendapati penerimaan maklumat yang salah menjadi antara punca lebih ramai ibu-ibu memilih IMS berbanding bank susu.
Penyelidik juga menyatakan, jika ibu bapa membuat carian di Google mengenai pendermaan susu, mereka akan lebih cenderung untuk menerima dan mendapat banyak maklumat yang tidak tepat.
Berhati-hati
Walaupun seperti yang disebut pada awal-awal artikel ini, perkongsian susu ibu mungkin bukanlah satu amalan yang sering dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Malahan ia boleh dikatakan sebagai satu amalan yang jarang didengar.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian jika anda ingin mengamalkan perkongsian susu badan ini. Antaranya anda perlu memastikan individu yang ingin memberikan susu badan kepada bayi anda bukanlah seorang perokok, tidak mengambil ubatan tertentu dan tidak mengambil sebarang minuman alkohol lebih daripada dua cawan dalam seminggu.
Sumber: Health Group
The post Bahaya Berkongsi Susu Ibu Yang Tidak Diketahui. Risikonya Pada Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-berkongsi-susu-ibu-yang-tidak-diketahui-risikonya-pada-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui 5 Tanda Perahan Susu Ibu Sudah Expired Termasuk Simpan Dalam Peti Sejuk Lebih 3 Hari

Ketahui 5 Tanda Perahan Susu Ibu Sudah Expired Termasuk Simpan Dalam Peti Sejuk Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 298 hits
Macam mana nak tahu perahan susu badan dah expired atau masih boleh diberikan kepada bayi Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat Penting untuk mommies tahu Perahan susu badan boleh tamat tempoh Tiada apa yang lebih menyedihkan para i...
Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok Jangan Beri Pada Si Manja

Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok Jangan Beri Pada Si Manja

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 380 hits
Macam mana nak tahu perahan susu badan dah expired atau masih boleh diberikan kepada bayi Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat Penting untuk mommies tahu Perahan susu badan boleh tamat tempoh Tiada apa yang lebih menyedihkan para i...
Innate Lactea Untuk Para Ibu Yang Ingin Menambah Susu Badan

Innate Lactea Untuk Para Ibu Yang Ingin Menambah Susu Badan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 551 hits
Penyusuan ibu adalah suatu proses semulajadi Penyusuan ibu dalam dua minggu yang pertama agak sukar khususnya buat para ibu yang baru pertama kali mendapatkan cahaya mata Dalam penyusuan ibu setiap ibu harus berusaha dan berfikiran positif ...
Berapa Lama Tempoh Penyimpanan Susu Ibu

Berapa Lama Tempoh Penyimpanan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 411 hits
Macam mana nak tahu perahan susu badan dah expired atau masih boleh diberikan kepada bayi Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat Penting untuk mommies tahu Berapa Lama Tempoh Penyimpanan Susu Ibu Credit Pic Perahan susu badan boleh t...
Ramai Ibu Lega Bila Tahu Perjalanan Susu Anak Mereka Selamat Dipercayai

Ramai Ibu Lega Bila Tahu Perjalanan Susu Anak Mereka Selamat Dipercayai

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 292 hits
Kebimbangan di kalangan ibu bapa di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan akhirnya terjawab Friso Gold melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama di Malaysia bagi menyelesaikan kerisauan ibu bapa dalam pemilihan susu tepung rumusa...
Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil

Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 340 hits
Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan Namun terdapat juga komplikasi kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatka...
Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 521 hits
Seorang ibu muda berusia 24 tahun Noor Athirah akhirnya menemui ajal pada 9 Julai nbsp selepas 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser arwah meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil Lebih meruntun jiwa suaminya Muhammad H...
Normalkah Si Manja Tidur Lama Ini 5 Situasi Ibu Bapa Perlu Kejutkan Bayi Jika Mereka Tidur Terlalu Lama

Normalkah Si Manja Tidur Lama Ini 5 Situasi Ibu Bapa Perlu Kejutkan Bayi Jika Mereka Tidur Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 302 hits
Melihat bayi tidur lena pasti menenangkan hati ibu yang menjaga Umum mengetahui bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa Namun ada masanya ibu bapa perlu berwaspada jika bayi anda tidur lebih lama dari selalu Berikut ad...
Cara Nak Banyakkan Susu Ibu

Cara Nak Banyakkan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 366 hits
CARA NAK BANYAKKAN SUSU IBU Semua orang tau yang susu ibu mempunyai 1001 khasiat untuk anak Malah bukan anak je dapat kebaikan ibu pun boleh tumpang sekaki Selain itu ini adalah salah satu cara amat special untuk merapatkan hubungan dan kas...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook

Sesungguhnya Merokok Itu Haram

Tuuuuuuuu Diaaaaaa Aihhhhhh Derma Mulut Jahat Hati Hitam Pekat Iiiisssshhhh Iiiisssshhhhh Jihad Noh

Cina Dap Bantu Melayu Kelantan Yang Meremoat Di Penang

Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan